Monday 27 August 2012

Ampuni Aku Kekasihku

Subhanallah...
Terlalu perit dan aku terkedu, kisah itu memukau hatiku yang terlalu kuno dan naif... Ada kisah itu, sangkaku tak wujud...MasyaAllah...

Aduh!

Aku terduduk. Memang nyata aku punya silap, aku berubah dan cuba menjadi yang terbaik. Tapi dek kisah itu, aku merasa sgt bertuah kerana walaupun adanya diriku tetapi tidak sejauh jaraknya aku melangkah.

Moga aku dijauhkan ke langkah itu, 
Moga aku diterangkan hati tidak pernah merasa malap... 
Ya Allah...  Hati aku kuatkan... Hati aku teguhkan...
Aku tidak mahu hanyut seperti 'mereka'...

Airmata itu mengalir amat menderu lagunya...
Aku tahu tiada sempurnanya aku dimataMu... 
Tapi aku tahu ciptaanMu terlalu sempurna...
Aliran deras itu terus menyampaikan lagu berbunga duka...
Rintikan itu terus membungakan rasa pekung membeku...

Huh! Sungguh...
Jauhkan aku...
Aku kesal dan menyesal...
Aku tahu CintaMu padaku tidak berkurangan...
Malah semakin menyala
kerana ingatanku tidak pernah putus kepadaMu.