Monday 31 October 2011

Sketsa Menyakitkan...

Huh!!! Geramnya pagi ini... Siapa la punya idea yang cukup gila dan menggilakan... Mengerjakan rakan sejawatku dengan panggilan telefon... mengaku dibuat dari Jabatan Akauntan. dan unit akaun kk konok. Gila kan??? Sungguh-sungguh gila... Apa la untungnya dia dapat... mau meng'aib'kan orang kali... Dengan nombor (No Number) di skrin Handphone Nokia baru rakanku itu... Tidak logik di akal kewarasan... Membuat perhitungan tanpa hakim... Hahahaha itu ka istilahnya...?  Itu tak boleh... ini tak boleh...

Bikin mengejutkan lg... Calling from 'perempuan' isk isk... Bijak lg berkata-kata... Erm... Tapi persoalannya...  syapa ek??? Mindaku ligat bermundar-mandir di setiap penjuru ruang... memikir tapi tidak ketemu jawapan...

Duhai Aliff... ko dapatkan jawapan tu dengan kadar segera... Biar terjawab kemusykilan kita...

Wednesday 26 October 2011

ADIB OH ADIB

Aku menerima panggilan telefon dari Umi pada jam 1030 mlm... Dub dab dub dab pada mulanya....Mengapa Umi menelefon selewat ini... Rupa2nya Umi cuma mahu memberitahu yang Adib masuk wad lagi.. Huh!!! Kesian Adib... Anak buahku yang sorang nie... Dari lahir hingga kini sentiasa keluar masuk wad dek kerana penyakit yang dihidapinya... Penyakit Jantung Berlubang... Penyakit yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi.

MOHD. ADIB AFZAN...  itu la nama gerangan... Amat sedih tatkala melihat sekujur  tubuhnya yang lemah melawan sakitnya... Hati ini yang sememangnya 'pantang' berduka... saat itu itu jugak... 'renyai-renyai'...
Lantas... Jari-jemari ku liar menekan punat 'search' untuk mendail adik iparku...
Alhamdulillah... Adib cuma batuk-batuk biasa dan kerana penyakitnya, terpaksa dimasukkan ke wad kerana takut diserang asma. 
MUHAMMAD ADIB AFZAN

Semoga Ibubapanya diberikan kekuatan dan ketabahan didalam menghadapi situasi begini... Tapi syukur Alhamdulillah.. adik iparku merupakan seorang wanita yang cekal... Tidak pernah merungut... Tidak pernah menangis... dan tidak pernah menyesali atas apa yang berlaku.. Dia menerimanya dengan penuh ikhlas kerana ini merupakan qada dan qhadarnya... Ermm... Walhal... Hatinya hanya Allah yang tahu... Dia mampu lagi tersenyum dan tidak menampakan kedukaannya... Mmg aku salute betul ngan dia nie.. Sejak aku mengenali dia... Ujian hidupnya memang cukup banyak..... tapi semua bisa dihadapi dengan tenang....

Adikku pulak seorang yang simple and bertanggungjawab and tegas dengan anak-anak.. Maklumlah.. Mungkin sebab dia Pak Pulisi... Isterinya pulisi jugak tapi naluri ibunya kuat membenteng... Berbalik kepada adikku... Pernah menelefon Ayah dan Umi sambil menangis kerana sedih sangat dengan keadaan Adib...  Hurm... Kesian aku dengan adikku..Kukuatkan semangatnya.. Kunyatakan padanya.. Ramai yang sayang Adib walaupun Adib begitu... ( Ada satu lagi penyakit Adib dikesan tapi tak boleh la nyatakan sini )

Semoga adikku tabah menghadapi keadaan ini...

Friday 21 October 2011

Icha Oh icha...

Hari ini hari sabtu..Biasa la lumrah, giliran Umi Dan Abah menjaga Icha...

Ralat rasanya hati ini dengan kejadian pagi ini yang membuatkan hati tersedak...
Icha tumpahkan makanan bijirinnya cococrunch...Mom marah sangat sebab hidangan itu masih panas dan belum pun dijamah lagi...

Dengan perasaan yang sedikit risau... Mom jeritkan Icha... Icha faham... Icha tundukkan kepala... 
Mom tanya... Buat lagi?? Icha angguk... Mom marah lagi... Buat lagi?? Icha diam tunduk memandang lantai.. Dengan mulut yang muncung.. Icha diam sahaja..
Bunyi kereta berderum di luar... Umi Icha da sampai... Icha masih tunduk ke lantai..
Icha tengok muka Mom..Mom Masih marah... Umi sahut Icha.. Icha diam tunduk sambil mendepang tangan minta ambil.  Umi dukung Icha... Icha masih diam.. Umi suruh salam...Icha unjuk tangan tanda signal minta salam... Mom tak peduli... Icha diam lagi... Mom hulur tgn Icha salam dan cium tangan mom.. Sayu hati Mom, Mom cium pipi Icha... Dalam kereta Icha senyum dan lambaikan tangan sambil mata berkedip tanda signal 'Beautiful Eyes'.. Icha... Icha...  Masuk rumah Mom nampak hidangan bijirin Icha berhamburan dilantai dan botol susu Icha yang tidak sempat dijamah.... Ralat rasa hati Mom...


Mungkin begitu juga hati Icha... Ya Allah.. Anugerah yang diberi amat bernilai dalam hidup ini... Harta ku dunia akhirat...  Tanpa kusedari airmata bergenang lagi...

Telatahnya ini yang sering menbuatkan orang rindu

RAPUH SEMANGAT

Baru aku tahu jiwaku  begini
Mudah mengalah hanya kerana
Semangatku yang mencurah akhirnya membeku....
Hehehe... Jiwang la  pulak...
Ini mlm ke 3 kelahiran blog ku nie...
Huh!!! Masih tak cantik.. masih tak ceria...
Dengan erti kata lain ...
Aku masih dalam kekucarkaciran...

Thursday 20 October 2011

Semangat Hari Ini

Ya... Semangat untuk pulang rumah dari kerja... Lantas tanganku menggapai Laptopku dan menekan punat Power... Jejari ku rancak bermain disetiap punat keyboard dan lantas mataku tertumpu ke Blog ku yang kulahirkan semalam di atas bantuan rakan sekerjaku. Untuk makluman... beberapa kali percubaanku untuk mewujudkan blog tanpa bantuan sesiapa... tapi  kudratku, akalku merundum asa... Tak menjadi... Ahhhh baru kali ini aku mendapat...
Tapi usaha mencantikkan blog ini pulak tidak menjadi.. Adakah kerana aku tidak kreatif atau kerana aku tidak mahir atau kerana bidang ini bukan permainanku... Aku sangat putus asa... Aku suka sangat melihat blog kazenku... "ARTIFAK DALAM BOTOL" sungguh meyakinkan dan keyakinanku mengatasi kemampuanku. Cantik Blog dia...

Wednesday 19 October 2011

SEJERNIH AIRMATA

Mengapakah "Sejernih Airmata" yang menjadi pilihanku...


Airmata yang mengalir adalah magik yg bisa mentafsir ke'naluri'an seseorang manusia.. Kita akan merasa lebih puas dan lega sekiranya airmata itu jatuh...


Dengan Aimata kita akan dapat membaca situasi sebenar...Gembira suka duka...
apa sahaja situasi maka akan mengalirlah sejernih jernihnya airmata...


Hrmmm... Aku tahu perihal diriku yang sememangnya "Cengeng" dan tidak dapat disangkal lagi akan kewujudan airmata yang menjadi penemanku di saat suka dan duka....

Huh!!! Pernah di suatu ketika aku menjadi terlalu takut menghadapi kemelut, gelora dan badai kehidupan di saat kanak2, remaja yang sedikit nakal, seorang awek (hihi), seorang penjawat awam, seorang isteri dan sekarang. well seorang Mummy 'gulp' kepada anak2ku. la..  Namun... Kukuatkan semangat jati dalam diri ini, menangkis dan terus menangkis segala nikta dan cemuhan  dari dulu hingga kini yang MAHA...dahsyat... Kuat la Konon...


Walhal... Hati ini??? Hanya Allah yang tahu... Wallahu a'lam...



Assalamualaikum...

I just try to make this BLOG look perfect... I just want to say Hello for the first trying... So ashamed when i opened this Blog for the first time...hihi btw... Thanx to my Officemate for this blog existed...