Saturday 31 December 2011

LOVE THIS SONG - Pasrah

a

PASRAH

Takku menyangka dan tidak ku menduga
Akhirnya engkau dah berubah sekelip mata
Cinta kita terlerai
Kuhujani dengan linangan airmata


Mengapa engkau dustai cinta kita
Dimana letaknya janji setia
Yang pernah engkau lafazkan sewaktu dahulu
Yang ingin terus hidup selamanya
bersamaku hingga ke akhirnya


Tinggallah aku
bersama hati yang pedih
Terpaksalah ku telan
Segala kepahitan
Sehingga kering airmata ku menangis
Bila aku kenangkan
Nasib yang telah menimpa diriku ini


Biarkanlah kusendiri
Meneruskan hidup tanpamu disisi
Relakan dikau pergi
Andai itunya mahumu
Ku menganggap ianya
Adalah ujian dariNya
Tiada jodoh di antara kita


Aku pasrah aku redha
Atas apa yang terjadi
Kudoakan agar dikau bahagia
Disampingnya....




p/s  suka sangat lagu ini, terubat sikit hatiku yang lara bila menyanyikan lagu nie... Sob sob sob sedih...

Thursday 29 December 2011

OMBAK RINDU


 

Fuh!! Telampias sudah segala nafsu. Tertonton jugak akhirnya.... Hajat untuk menonton filem Ombak RIndu kesampaian. Maklumlah di Daerah Lahad Datu nie tiada panggung wayang. Hari tue masa di Sandakan, cadangan mahu pergi ke Panggung Wayang Sandakan tapi.. penat sangat menjelajah sana-sini. Enjoy ngan anak-anak...

Malam nie... Terpaksa tengok wayang nie dengan anak yang baru berumur 4 tahun. Mo bawak Darling tengok? Huh! Not my choice, baik tengok kartun...Amboi... Memang jiwa Darlingku tue tiada perasaan. No Heart Feeling. Macamana la aku yang jiwang nie boleh terjatuh cinta dengan lakiku yang skema nie... Huh!!! Tapi... Apa2 pun.. Thanx Darling coz downloadkan this movie...

Walaupun korang cakap sa dah ketinggalan tapi sa mo hujahkan juak...

Ermmm.... Mengenai Ombak Rindu..Di awal persembahan tue.. Susah mahu tengok ngan anak-anak. Kes Maya Karin cubaan diperkosa. "Eeeee... Mummy.... Kenapa tue?" Anakku bertanya. Terpaksa la aku me'laju'kan wayang nie. Ralat jugak hatiku.  " Kenapa dia buka baju tue?" ha!!! Masa adegan Aaron Aziz membuka bajunya.

Maya Karin best bawa watak tue. Walaupun kadang2 bayangan "Pontianak Harum Sundal Malam" masih kelihatan.  Lebih ketara ketika Maya Karin membesarkan matanya. Erm.. Wataknya cukup mengujakan sesuai dengan wajahnya yang lembut dan budak baik. Isk!!! Akupun menangis ya tengok movie nie. Betul kata kawanku... Dia tengok di Panggung.. . Yaaaa memang betul, terkena jugak dengan aku. Mengalir airmataku...

Aaron Aziz.. Huhuhuhu Menyesal tolak cintanya dulu... Wah!!!! Hehehehe aku suka tengok setiap lakonannya... Tapi babak dia mengasari Maya Karin... Huh!!! Tak sesuai... Wajahnya yang lembut memang tak sesuai membawa watak mengasari wanita.. Pergh!!! Tapi bab wayang Bang Long KL Gangster tue... Sesuwei... Nampak lebih macho and tough!!!

Lisa Suriani...  Pergh!! Cantik sangat mekap dia... I like... Lakonan dia.. Ermm.... Cam biasa jak.. Aku suka lakonan dia tapi  for this movie... I dont think so.. Watak simple and byk jerit2 jak.. Tak suka la...  Tapi orangnya i suke la.. Walaupun lakonan kali nie cukup membosankan...

Azizan Mahzan??? Alalalalalala no comment...  Aku tak suka dia... Terlebih sudah!! Bilang Stacy...

Babak-babak sedih pulak.. Alalalala berair jugak ini mata wooo... Sedih part Maya Karin kejar Aaron Aziz n part Maya Karin dituduh mengandung... 

Kata kazen aku... Itu Matahari Blogger...   Siok baca novelnya berbanding movienya... Aku setuju jugak kata-kata dia nie... Bagi penggemar novel pasti mengiakannya... Bahaya kalo da terjebak ngan baca novel2 nie... Aku pernah sampai lalai.. Kalo b'anak kecil.. Jangan coba2... Erm.. Tunggu Icha besar ckit akan kukembalikan hobiku itu... dan akan bertambah la entry untuk novel2 yang kubaca dalam blog kesayanganku ini...

Baa that's all for this time... Urusan SPBA ku nie lagi yang ingin kusambung....

p/s  Dua tiga hari nie balik lewat hanya kerana urusan SBPA.. Penat ! Letih ! Lapar pun ade...

Tuesday 27 December 2011

  


Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
 
Di waktu begini diusik kenangan 
silam yang bertandang
lalu kubiarkan ia menabahkan hati ini
Cukup kau buatku begini
Luka ini usah berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu

Didalam Rindu Ku Menangis
Didalam Kalbu Kuterasa
Teringatmu Dikala Derita Yang Memisahkan Kita

Dikala Sendu Ku Berseru
Yang Terukir Dalam Hatiku...


 Kesilapanku Keegoanmu by Ct Nurhaliza
My Loving Song
 


Monday 26 December 2011

HAMPA MALAM INDAHKU


MALAM INI TERGANGGU 
SENDU MENGHAMBAT HATIKU
TATKALA RENTAPAN BICARAMU
MENGHEMPAS MEMORI INGATANKU
AKU RALAT
MEMUJUK HATI MENDAMBA KEMBALI
SEBUAH CERITA YANG HANYUT
HANYUT BERSAMA KECAMKU
TIBA BERSAMA TULAHKU

SEGALA MENJADI SATU
SATU MENJADI SERIBU
SERIBU MENJADI SEJUTA
TAPI TIDAK SAMA DENGANMU
PEMBUKAAN KENANGAN INDAH
MENYENTUH JIWA TERSENTUH JIWA

Words Of The Day (2)

 
Lanjutan...

Dia sudah ada disini.    He's here already.
Dia sudah tibakah?  Is he here already?

Apa hal?    What's the matter?

Dia telah menerima wang itu.  He did receive the money. 

Anda ada pen?  Do you have a pen?

Ada muslihat.   Ti have a hidden motive.

Dalam keadaan baik.  In good condition.
 
 Saya tak suka orang yang mereka-reka cerita
                                             I don't like  people inventing stories.

Anda mahu makan bersama kami?  Would you like to join us for lunch?

Ada-ada saja! Kalau mahu pulang, pulanglah!
                        Nonsence! If you want to go home, just go!

Anda ada kamus?    Do you have a dictionary?

Adakalanya dia tiada di rumah pada petang hari.
                             Sometimes he is not at home in the evening.

Walaupun apa keadaannya, jangan pergi.
                                Under no circumstances should you go.

Saya mesti pergi sekarang.      I must go now.

Mestikah anda pergi sekarang?    Must you leave now.

Saya mesti membayar hutang saya.     I must pay my debt.

Kerja ini mesti selesai esok.   This work must be finished  tomorrow

Anda harus menunggu saya.  You have to wait for me.

Saya harus membeli tiket kapal terbang. I have to buy a aeroplane ticket.



That's all for today.