Showing posts with label Aku dan Anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Anak-anakku. Show all posts

Monday, 11 August 2014

MY ICHA FIRST DAY SCHOOLING

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN


Ini la sebuah hikmah di kesaratan otak memikir nasib Icha apabila amah berhenti kerja tanpa pesanan akhir... Terus hilang... Memang sadis tyme tuh.. Mana tidaknya, dgn keadaan rumah , dgn Icha lagi yang tiada penjaga selama aku dan abang bekerja.  So, dengan sel sel otak yang mulai berhubung antara satu sama lain, maka dengan penuh semangat berkobar-kobar dan dengan perbincangan yang baik2 antara aku ngan my darling... so akhirnya kami menyekolahkan Icha. Alhamdulillah.. Kami berjaya mendaftarkan Icha Di Sekolah Taski Muhibbah, Lahad Datu dengan bayaran yuran pendahuluan RM150.00 dan bulanan sebanyak RM35.00 sahaja.  Alhamdulillah...



This is My Icha.. Bangun pagi yang ralat dengan mata yang terima kejutan..


Me n My Icha



Bersama sepupu Icha, Nur Qaseh Umaira ...




CUTE KAN MEREKA ???


NUR DANIELLA DANISYA ... 

Semoga menjadi anak yang berbudi, ingat jasa orang tua, anak yang soleh dan selamat dunia dan akhirat...

AMIN!



Wednesday, 18 July 2012

Kronologi Kelahiran Nur Daniella Danisya aka Icha

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah umur anakku yang 'bongsu' dan memang bongsu nie 2 tahun.  Icha lahir tanpa dirancang, inilah baru namanya rezeki turun dari langit. 
Sebelum aku disahkan mengandung Icha, aku mengalami keguguran dengan usia kandungan ketika itu dua bulan. Sedih bukan alang kepalang, menangis ndak sudah. Sebelum kejadian berlaku aku telah bermimpi sebelum itu dimana aku melihat seorang bayi terjatuh ke dalam parit yang penuh air. Aku cuba menyelamatkan bayi itu, tetapi terlepas dari genggamanku. Aku tersedar dari tidur dan tersentak seketika apabila kurasa basah dibawah punggungku. Aku cuba bangun dan terasa nyeri dibawah perutku. Ku bangun dan kuberpaling cadarku ada darah yang terlalu banyak berbentuk love (hehe bentuk punggungku). Aku terkedu... Bukan rezekiku... Pagi2 itu aku berkemas seperti biasa untuk ke tempat kerja dan berharap baby dalam perutku ini dapat diselamatkan. Di sekolah (pejabat) aku mendiamkan diri sahaja dan berharap tiada apa2 yang tidak baik berlaku. Nyeri perutku semakin kuat. Aku ke tandas dan semakin banyak darah keluar. Aku telefon adikku untuk mengambil aku di sekolah kerana sakit perutku semakin kuat. Aku minta keizinan  pihak pentadbir untuk keluar ke hospital (emergency). Sesampai ku di kereta, aku maklum kepada adikku Farah mengenai keadaanku... Hehehe terus bunyi esakan dalam kereta... Hahaha... Aku apa lagi... cam suara Ziana Zain pun ada... Cam Siti Nurhaliza pun ada...Macam saja bha.. Hahaha
Aku kemudian dimasukkan ke wad dan diarah berpuasa untuk proses 'cuci'. Aku tak risau dan takut, sebab ini bukan pengalaman kali pertama... Sebelum nie aku pernah keguguran sebanyak 2 kali. Jadi bab cucuk2 jarum dilengan dah jadi lali dengan aku...
Yes ! Selepas 3 bulan kemudian... Aku muntah biawak hehehe Bermaksud aku mengandung. Happy sangat, si Babah pun happy sangat... Mahu dapat anak lagi n hopefully baby boy kunuk... Aku siap pilih nama lagi... Muhd. Ariel Danish...
Alahanku tidak teruk masa mengandung nie, cuma muntah2 biasalah... Pastu aku suka mekap2... Siap ikut kursus mekap lagik, mahu bercantik2 saja kerjaku. Padahal perut dah terjojol ke depan.  Masuk kandunganku 5 bulan, aku sudah tidak larat... Dengan keadaan darah kurang, aku tidak larat asyik menelan ubat sebesar2nya, makan bayam rebus, makan hati dan sebagainya tapi darahku tetap tidak bertambah. Perut makin besar dari hari ke hari, masuk restoran, orang tinguk perut tinguk mukaku... Macam alien kalik dorang sangka aku nie... Huhuhu... Besar kandunganku dan ramai berpendapat yang aku mengandung kembar. Aku suka jugak tapi hehehehe scan satu jak bha. Bulan2 terakhir, darahku belum stabil terpaksalah aku menerima suntikan 10 kali selang sehari... Aduh siksanya.. Aku kctaw korang laa... Elakkan menerima suntikan nie. Sakit Oooo....
Tiba la masa ditunggu2... Dueku sebenarnya 15 Julai 2010 tetapi terlajak ke angka 19. Hehehe Dari malam 18 tuh aku rasa sudah tidak selesa... Tidurku gelisah dan ada rasa nyeri sikit  di bawah perut. Abang balik2 turun naik turun naik menengok keadaan aku ( Kami tidur tingkat bawah kerana menjaga mertua yang sakit ) tapi malam itu, aku tidur di atas kerana aku rasa kurang selesa di bawah. Jam 7 pagi, ada tanda sudah aku rasa dan abang menelefon pejabatnya untuk memaklumkan yang abang tidak turun bekerja. Jam 8 pagi aku dan abang ke hospital dan terus masuk ke Labour Room.
Staf2 and pelatih2 masa tuh bertungkus lumus menjalankan prosedur ke atas aku. Mereka menyangka aku mengandung anak kembar. Aku kata tidak. Mungkin perutku sebesar ini kerana air yang banyak didalam kandunganku. Mereka memecahkan air tetubanku dan menekan2 perutku agar air tetuban tidak berbaki didalam. Menggelikan hatiku... Perutku tidak surut walaupun air tetuban telah dikeluarkan. Aku tengok abang, anduk bha keningnya da bercantum menengok aku.. Kesian kalik dia ngan aku kan berjuang untuk mengeluarkan zuriatnya. Adeh... Hehehe Tania yang ketika itu baru berumur 3 tahun turut bergenang airmata. Kalau aku tanya kisah itu dengannya sekarang ini pun Tania masih ingat. Kesian Mummy kena suntik, katanya.
Aku disaran menjalankan pembedahan kerana risau dengan size baby dalam perut. Sebenarnya doktor sudah menyukat size baby sebelum nie... Cuma 2.5 kg, tapi... Lain pula jadiknya...
Doktor juga menyarankan aku menjalani proses 'berpotong' dan abang setuju dan menandatangani borang... Bergenang sekali lagi airmata ini kerana aku tahu, kesejatianku sebagai seorang wanita berakhir hari itu juga. Huh!
Aku ditolak ke wad pembedahan... dan berjalan selama hampir satu jam. Satu pengalaman yang indah dan terima kasih di atas layanan staff hospital pada hari tuh.. Salute laa...
Maka Icha lahir dengan beratnya 4.25kg.Alhamdulillah... Baby Girl... Pada mulanya kusangkakan Baby Danish... Tapi Baby Danisya sebenarnya. Yang lucunya, time tuh pampers Newborn tidak muat ngan Icha..Alalalala size M baru ngam2... Betapa...
Dengan gabungan nama anak2ku... Ku dengan persetujuan abang yang memang tidak pernah membantah apa sahaja nama yang kupilih. Kami dengan sepakat menamakan anak baru kami ini dengan nama " Nur Daniella Danisya "... Dengan nama panggilan Icha... ( Nama nie diberi oleh Abah Wan nya & Umi Rynn nya )
Alhamdulillah...
Hari ini Icha genap dah 2 tahun... Aku share sini gambar2 Icha ... Miss this moments...








  



























Thanx for read it...

Sunday, 1 July 2012

Cantikkan Diri Kerana Dirimu Begitu berharga!

Dua hari aku dalam keadaan sakit, dua hari aku dalam keadaan tidak selesa. Dua malam tidur tidak berapa lena, mundar mandir saja. Memang tidak selesa habis la... Aku rasa macam tidak bermaya daa... Asyik merungut.. mengeluh jak... Sampai kesian Abang membongkar setor mencari Mesin urut Ogawa untuk aku guna... Huh! Dalam hatiku mau berurut la nie... Tidak boleh pakai Ogawa nie sbb pas berurut mesti sakit.  So, teringat ngan Kak Pah yang pernah berjumpa dengan aku satu ketika dulu semasa temujanji d Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak. dan ditambah lagi dengan 'syor' Kak Ida untuk ke tempat Kak Pah.  So, dengan sekuat-kuat semangat, tidak mahu lentur lagi, aku gagahkan kaki memandu untuk ke Taman Aman 3.
Alhamdulillah... Kak Pah ada dirumah.. Orangnya memang peramah dan kita tidak segan untuk diurut. Selepas dari urutan tuh, aku rasa cukup selesa. Kata Kak Pah, dalam badan aku ada angin bisa. Kesian Kak Pah tidak henti2 sendawa dan meludah ( kerana urutan tradisional aura - effect kepada pengurut ).
Disamping perkhidmatan mengurut, banyak lagi perkhidmatan yang dilakukannya termasuk tempahan katering, kuih-muih tradisional dan baju sewaan. Seperkara lagi, kalau sesapa mahu zuriat... Sila la mencuba... InsyaAllah... Ramai yang mencuba, makbul... Dengan izin Allah...

Ini adalah koleksi jualan langsungnya... Pelbagai jenama... Sendayu Tinggi dan sebagainya...
 Rawatan dalaman wanita dan untuk lelaki pun ada juga. Untuk hubungan suami isteri pun ada juga... Kalau berminat sila la... hehehe



 Ini adalah sijil2 Kah Pah yang turut dipamerkan di premis nie..

Disini aku kongsikan harga-harga perkhidmatan :-

Urut   :   RM25.00
Sauna :   RM45.00
Rawatan Rambut   :  RM30.00
Rawatan Muka    :   RM30.00
Rawatan Kaki    :   RM30.00
Rawatan Badan  :  RM30.00
Mandi Herba    :   RM45.00
Mandi Bunga   :  RM30.00
Rawatan Resdung   :   RM35.00

PAKEJ URUTAN  :

Urut / Mandi Rempah   :  RM60.00

Urut & Sauna    :  RM60.00

Bodyscrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi muka dan urut  :  RM180.00

Lulur badan, rawatan rambut, mandi bunga, rawatan muka dan urut  RM150.00

Rawatan rambut, rawatan muka, lulur badan, mandi bunga, urut dan rawatan resdung  :  RM185.00

Rawatan muka, lulur badan, mandi bunga dan rawatan rambut : RM120.00

Scrub, sauna, lulur badan,rawatan rambut, rawatan muka dan mandi bunga  :  RM150.00

Scrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi  bunga, urut dan rawatan resdung  :  RM215.00

Lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi bunga dan rawatan resdung   :  RM155.00

Sauna 1 kali +  urut 3 hari    :   RM110.00

WANITA SELEPAS BERSALIN

Urut sahaja       :    RM35.00
Pakej lengkap  
- Berasap, mandi, tungku, urut, lulur, bengkung, jamu, mandi bayi 
RM70.00

# Menyediakan perkhidmatan urut ke rumah pelanggan

Nah... Sesapa yang rasa mahu mendapatkan perkhidmatan, sila la datang memang puas hati.

Kata-kata nasihatnya yang membuat aku rasa terpukau...

Kita sebagai seorang ISTERI...
Jagalah diri dan penampilan kita...
Mestilah sentiasa dipandang cantik ...
Bergaya cantik tidak semestinya dirumah sahaja, diluar kita mesti sentiasa kelihatan cantik tetapi nawaitu harus satu, untuk suami...

Pegang kata2...
Dalam rumah dia suami kita...
luar rumah dia bukan suami kita...
Oleh itu, kita harus tahu dan pandai mengambil hati suami dan mesti sentiasa cantik untuk suami...
Bukan cantik luaran sahaja tapi dalaman juga harus cantik... Oleh itu... Hehehe sendiri mahu ingat!

Pinjam kata2 Kak Jidah Koleksi...

CANTIK ITU HARUSssss....

Tanam dalam hati nie mahu terus kelihatan cantik... Lucky kita pun sedap mata nengok. Kalo serabai, macam orang tengah dalam pantang...susah laa Hehhehe Orang pantang bersalin pun berseri2 muka, nie lagi kita... Wah! Kg pun kena kurang2kan.. Huhuhu... Mana da DrDietku... Elken.. Dah 8 bulan dibeli 1 peket jak baru diminum... Kena bongkar balik nie... Kalo kazen aku Kak Zat Zarina from Papar my upline tau abes la aku... LD Venus ada 24 botol dalam baru 3 aku minum... Huhuhu macamana la nie.... WinTea... Dalam satu kotak baru 4 peket aku minum... Huhuhu... Jus Perawan... Wah! Hehehe expired daaa x diminum... Herbalife? Jgnkan terbiar, botolnya pun ntah mana daaa.... After this situation... Aku mo hargai setiap apa yang aku miliki dan aku mahu lebih memahami hati orang yang menyayangi aku... Hidup dengan aku, sebilik dengan aku, sekatil ngan aku, sebantal ngan aku... Hehehe sebab aku seorang yang 'pemalu' masih seperti dulu...

Ok da..da...

Saturday, 26 May 2012

Enjoy At Pusat Rekreasi Hutan Taliwas

Just want to share... Kelmarin 26 of May 2012. Kami urang ke Hutan Rekreasi Taliwas for mandi manda. Suma perempuan n only 2 boys ( Along & Aliff ).. Tak dapat mo share gambar sbb memory card my fon is full.

Ini idea adik aku... Farah...  Dengan bayaran RM40.00 untuk 2 kereta.. so kami mulakan destinasi perjalanan yang memakan masa hampir 1 jam... Sesampai disana... Erm.. Memang selesa dan kami mulalah BBQ... Sedia apa yang patut untuk dikunyah2 selepas bermandi manda... Aku tak dapat la mandi manda.. spoil tul.. Aku 'P'.. Hahahhaa erm... tapi takpa sbb aku pun tak berapa minat nak berenang2 sbb badan penuh dengan allergic... Sedangkan kena hujan jak pun dah bengkak2. 

Enjoy punya enjoy... Kitorang  tinguk jam dah hampir 330 pm... omg... Kami da dipesan oleh kakitangan kalo mo pulang jangan lewat sangat sbb Mr. Jumbo selalu ada dijalan... Ganas kunuk...

Kami kelam kabut la berkemas... So memang rezeki jugak laaa.. hehehe first tyme nampak Mr Jumbo. Tapi syukur time tuh itu Mr Jumbo baru lepas menyeberang jalan dan telah masuk ke satu simpang dan kami sempat melihatnya... Umi jerit pada kami suh baca Doa Qunut.. So... Aku apa lagi.. Tak henti2... Allahumma Dini Fiman Hadait, Waafini fiman afait..... Berdebar2 jugak hati takut terserempak lagi ngan Mr Jumbo yang dikatakan liar. But Thank god... Kami selamat sampai rumah pada jam 445 pm....

Alhamdulillah...

Saturday, 12 May 2012

Selamat Hari Ibu !

Kelmarin ada Mesyuarat Umno kunuk di Kg. Sepagaya Tengah Lahad Datu. So, kitorang pun meeting laa dengan keseriusan masing2... After that tyme.. .Kitorang sambut lagi Majlis Hari Ibu... Ramai tetamu yang hadir dan menerima hadiah yang penuh 'warna-warni' waaa.... Hahahaha Warna warni la kunuk... Yang specialnya hadiah-hadiah nie buli pilih sendiri lagik... Hahaha aku buking da awal2 apa yang aku mahu... Walau simple, walau sederhana yang pastinya acara nie penuh bermakna... 

Abes la... Kakitangan kerajaan ikut meeting macam nie.. Tak pa jugak kan... SKT tue aku letak jugak aktiviti gini nie... Untuk tambah markahku 5% lagik... Hehehehe

Blog aku post nie lebih fokuskan untuk Majlis Hari ibu jak yaa... Heheheh takut pulak kalo terlebih2 share tentang meeting kitorang walaupun tiada yang sulit...Hehehe...
 
 
 
So... This is our cake... Cantek kan... Ndak taw sapa yang pilih nie... But great.. I like the pink colour.. Nyum2... 
 
Haaa... Nie la penerima hadiah dari tuan rumah... Auntie Rosnanie Hj Itong and Uncle Jani Kiang...






Nie di antara ibu2 yang menerima hadiah2 berkenaan.. Lucu kan... Ada besen... Ada baldi... Ada cup... Ada Piring... Macam2 lagik...

Seterusnya... Giliran bapa2 ... Untuk bini2 durang la kunuk...

Mr. Azman aka Mang...

Abang Talib...

Abang Ayub... Nie org yang bakal b'tugas di Darvel Bay Plaza. Berkurun lama menetap di Kota Kinabalu dan kembali semula di Kampung Halaman...

Haaa... Nie dia Nenek Kesayangan kita urang...  Hajah Hairan @ Hairani Briya. Nie nenek memang sinonim ngan Kacamata hitam.. Mengalahkan cucu2 dia Hahaha... Jangan sangka... Nenek pun dapat bahagian... Baldi lagik.. Huwahuwa... Dapat ciuman lagik dari anak2.... Tue yang mahal tuh....
ِAnduk Baa~
Let's we share more photo from my album...

Naaa... Ini adik2 kesayangan aku semua.... Hehehehe



This is My Icha aka Ombak Rindu with Dyan Naydiaz, my cousin's wife...
 
Amboi Dyan Naydiaz... Macam kurus pulak akak cni kan? Hehehe Pandai pulak c Yana Mardyana shoot nie gambar... I like!... Request... Lenkali c Yana Mardyana jak yang menggambal arrhh.... Namau c Rodzairul... Gumuk tus akak...  Waaa!



This is me...... ;P

Last touching from me.... Hepi Mothers Day to my Umi, Makcik2, kengkawan and all yang mengenali diri ini... Waaa...  Kita harus bangga menjadi diri kita... Kita harus bangga menjadi ibu kepada anak2 kita... Kita harus bangga kerana kita bisa mengandungkan anak2 didalam rahim kita selama 9 bulan.. dan kita harus bangga kerana bisa melahirkan anak dengan penuh kesakitan dan bisa menghadapinya dari sebelum lahir, selepas lahir,  tempoh penyembuhan dan membesarkan... Alhamdulillah... Tiada hadiah yang lebih bermakna berbanding apabila melihat anak-anak membesar dengan sempurna.

Untuk anak-anak Mummy...
Nur Aida Athirah, Muhammad Aliff Daniel, Nur Tania Arisya, Nur Daniella Daniesha... Mudah2n menjadi anak yang berguna dan menghargai diri sendiri kerana begitu sakit,payah dan perit Mummy menempuh proses alahan, penjagaan sembilan bulan dan melahirkan. 

Untuk anak-anak buah... Mohd. Nor Fikri Fadzley, Nur Natasha Afeeqah Fadzley, Nur Lailatul Qaisyah Faridzan, Mohd. Afif Afnan Faridzan, Nur Ainatul Alessha Faridzan, Putra Aqil Zayyan Faudzean, Putra Airis Haziq Faudzean, Nur Qaseh Humairah Rizalman, Nur Qaseh Fatehah Rizalman dan Anak susuanku... Nur Qasirah Arora... Semoga diberikan kesihatan yang baik.

Adui... Syahdu pulak hatiku tiba2... Hahahha...
Baa... That's all for this tyme...