Monday 15 December 2014

WELCOME BOY BUCUK : KHALIF UMMAR OWAIZ B. MOHD RIZALMAN EFFENDI


Nah... Menunggu saat kelahiran Budak Bauk nie... Abang aku Fadzley, Adik Aku Faudzean, Fariz Tarmizey, Laki aku Jasni dan Laki adik aku, Adek... Hihihi...lengkap kan...haha Semuanya excited menunggu... Apa lagi aku... hihihi... Lama da tak cium bau syurga nie.... huhuhu...

Baa ... Ngam2 jam 0945pm 01 Disember 2014... Nah lahir laa si Boboi nie... KHALIF UMMAR OWAIZ laa kunun nama dia, dengan beratnya... 3.94kg... Wow! Mabeles... hahaha                      

Yang excited, adik ipar aku laa... Alhamdulillah....
Baru dapat boboi, sebelum nie dua gugurl ... 

 Tuh... Nur Qaseh Humaira dan 
Nur Qaseh Fathihah... Excited menunggu khabar kelahiran dari mama diorang

Nah ... Nie laa Khalif Ummar Owaiz... montel kan... Bah seterusnya.... layan gambar2 si montel gebu bauk nie.... hihihi..

Tahniah Dek... U got it!




Mommy pun takmo ketinggalan... Geram cangat cangat... isk! Semoga Khalif membesar dengan sihat dan jadi anak yang berguna.... Amin....

Wednesday 10 December 2014

PERSEMADIAN YANG AMAN CIKGU JAMRI GURI


Tiada lagi panggilan 'Budak Kecik Besar' untuk aku... Tiada lagi Panggilan 'Gadis Ayu' untuk kawan aku... Tiada lagi sebutan 'Kirim Surat Melalui Udara' Untuk Kami, Tiada sudah berkata 'saya di atas kasut saya' untuk kami... Tiada sudah istilah 'Jam four laa, dtg jumpa saya' Tiada lagi guru Math BI 'kosong satu three lima lima seven lima six kosong six' utk kami.. erm.. semua sudah tiada kerana pemilik kepada panggilan dan gurauan itu sudah pergi menyahut seruan Ilahi....

Innalillahiwainnalillahiroji'un...

Pada jam 0830 am bertarikh 10 Disember 2014, kami menerima perkhabarannya tentang kepergian abadinya.. Bagai terhenti detak jantung kami di office, sekilas spontan termundur ingatanku kali terakhir kami bersua dan kali terakhir menerima lawatannya di office kami... Teringat lagi aku ketika itu, kami berkongsi minuman (berbagi dua) kerana dia kenyang... Bercerita kisah kami dulu kala, mengimbau kenangan perkenalan kami... 

Selama perkenalan kami, memang dia seorang kawan, abang, bapa untuk kami.. Seorang yang baik hati dan tidak suka menceritakan perihal buruk orang lain, suka tersenyum dan suka menasihat... Sedih! Dia pernah nasihatkan aku satu tika dulu... "Peduli la apa orang mahu cakap Lina, teruskan hidup kau. Penat dorang, diam juga tuh...Bukan dorang hantar beras ke rumahmu". Sedih sangat!!

Pernah duduk meratap, menangis di meja saya ketika anak kesayangannya meninggal dunia kerana kemalangan. Dia minta saya simpan gambar anaknya baik2, gambar yang diselitnya di kaca meja saya.. Memang saya simpan sehinggalah arwah bertukar ke PPD. Saya masih terus menyimpannya, hanya sehingga awal tahun lalu, semasa perpindahan pejabat ke bangunan baru.. Gambar itu tercicir dari simpanan kerana kecuaian orang yang mengemas meja saya. Erm... Saya merasa ralat.. Tapi hari terakhir kami berjumpa, saya ada minta maaf dan maklumkan yang gambar itu telah hilang, arwah hanya berkata... "Terima kasih ya Lina lama kau simpan gambar itu....Tidak mengapa laa..." sambil dia tersenyum.

Memang dia hari itu, kurang berbicara dan banyak termenung. Tiada lawak2nya lagi, tiada usikannya yang menghiburkan... Betul2 tiada....

Rupanya itu petanda....

Aman la kau bersemadi di sana

CIKGU JAMRI @ JAMIRI BIN GURI

" ALFATIHAH"


Wednesday 19 November 2014

ANNUAL DINNER 2014 SK. PEKAN, LAHAD DATU

Annual Dinner kami yang meriah, diadakan pada 19 November 2014 di My Inn Cafe Hotel, Lahad Datu.  Memang meriah.. banyak acara dipersembahkan dan kami biasa laa... dengan gaya ala2 anggun kami yang hanya sekali setahun... Merenyam laa sangat...

Disini aku selitkan laa gambar2 untuk santapan korang...

This is me... .... Love it!  


With My Kakak Herminy Shapawie
Penolong Kanan Kokum kami yang sporting

 Wif Abby Norenna Jimi Andrew yang
Tengah Preggy...

Bergambar Bersama Kakak Guru Besar kami,
Puan Hjh Sakka Labacho n my BFF...

Bergambar itu Harusssss...

Dan Bergaya pun itu Harusssss... Hahhaa
Yang specialnya... Aku tambah lagi koleksi Sijil ku...
SIJIL ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2013
yang disampaikan malam itu...

Terima Kasih Kepada Sepasang Mata Itu yang memilih aku sebagai salah seorang penerima APC 2013.

Well.... Jom kita lanjutkan dengan persembahan dari kami..
Yey!!



Persembahan Lecobiat... 



Seterusnya... Persembahan Nyanyian Dari aku dan tarian2 gelek dari kakak2 aku yang sporting n Cikgu Mokhtar,, Cikgu Ronnie yang sakit pinggang dan Cikgu Latiff.. Memang best laa malam itu... ( hehehe sorry... terpaksa merengkan kepala ) kikiki....


OK laa everyone..
 See yaa Next Destination!

Saturday 15 November 2014

PENCERITAAN YANG SUMBANG

Sekarang nie jam 08.35pm... Tgh duduk termangu sendirian... Bosan laa.. Dgn duduk berkemban, mau mandi mau ndak. Anak2 masing dengan agenda sendiri, encik suami ada makan malam anjuran jabatannya...  Macam terngiang2, macam berenang2 kata2... dalam kepala otakku nie... Baa...... sblm aku melangkah kan kaki aku utk ke kamar mandi , terasa la pulak seperti ingin memgutarakan sebuah penceritaan dan perkongsian untuk tatapan semua pembaca...

Mengenai kawan baik, kawan setengah baik, kawan makan kawan dan macam2 lagi laa,,,

Yaa.. erti sebuah perkawanan, persahabatan... 


KAWAN  yang baik , maka kita pun baik kan...
KAWAN yang baik tapi memesong akal fikiran kita.. Naa ini yang penuh dengan sandiwara..

Suka-suka jak tuh menikam belakang kita... Bicara selembut salju... 

FITNAH??? Erm.. entah laa.. kadang2 penceritaan kita disalahtafsir.. kekadang kita yang menyaksikan agenda pendustaan, agenda pemiikan sumbang...erm... Definitely, pasti anda tahu apa kesudahannya....

(mandi dulu kejap)

Friday 7 November 2014

Aduhai.... ASAP ROKOK!



Alkisahnya...

Punya sedap aku  menikmati nasi kuning ayam goreng sarapan pagiku bersama encik suami tadi... Memang enak tapi yang tidak menyenangkan bila asap rokok berkepul2 di sana sini... Ya Alah.. sudah laa aku alah dengan bau asap rokok... 

Sana sini orang itu dengan sedapnya meniup menghembus.. Syahdu mahdu rasanya... Erm.... Keluar la mengkali rasa kesejatian lelakinya... Bengang aku jadinya.... 

PLEASE DEH....

Naa amik ko Iklan rokok di Thailand...  
Baru ngam....!

Anda Anak ke 1 2 3 6 dan 7 ? Sila baca..... ^_^



SAYA ANAK KE 2...


SUKA MARAH-MARAH TAPI FUNNY

SUKA NYANYI ATAS MOTOR

SUKA DENGAR LUAHAN HATI SEDIH ORANG TAPI KALAU BAB DIRI, DIPENDAM

TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG KECUALI TERPAKSA

SEKALI DILUKAI SAMPAI MATI INGAT

JENIS TAK DUDUK DIAM

TAK MATERIALISTIK

NAMPAK JAK PENDIAM TP SEBENARNYA HYPERACTIVE

TAKKAN PERNAH LUAH SEMUA RAHSIA DEKAT ORANG

SANGAT NAKAL

SUKA KETAWA TAPI KEKADANG SERIUS

SUKA BULI ORANG SESUKA HATI

CUTE TIME MARAH

SELALU HAPPYKAN ORANG SEKELILING

KUAT CEMBURU

KUAT MERAJUK

KUAT NANGIS

SUSAH ORANG NAK DAPAT DIA

SELALU GEMBIRA WALAUPUN HATI SELALU DILUKAI

SETIA


( Bha... Kamu urang anak ke berapa? )

Thursday 6 November 2014

Fitnah Terlalu Besar Untuk Dibayar!!!




Bila kesakitan tidak terduga
Bila kerinduan tidak terbilang
Bila ucapan itu terngiang
Bila dendam itu terbalas...
Bila kepanasan itu memulai

Bila doa itu memeterai
Bila semuanya selok menjadi
Patutkah kelegaan itu ku usulkan
Patutkah kesyukuran itu kukotakan

Oh tidak!
'Maruah' aku lebih mahal dr dapatanmu!!


Fadleena Matt Noo
(06112014  j0846)

Wednesday 5 November 2014

KALAULAH AKU BISA...






KALAU LA BISA...

Kuimbas semula
Kuulang semula
Kutadbir semula
Hatiku ini...

Pasti kurombak semula
Agar tidak menjadi seperti
HARI INI...

Kalau bisa hari ini
kupadam segalanya 
menjadi mimpi...
Ku hentak semua agar lenyek..

PASTI KU TAKKAN JADI
SEPERTI HARI INI...
 ╮(╯_╰)╭

Nukilanku :

Fadleena Matt Noo
(23092014 j438pm)

Tuesday 4 November 2014

Happy Birthday Kak Herminy Shapawie

Assalamualaikum...

Yey! Today 04 November 2014, Tarikh kelahiran Kawanku aka kakakku yang ke......? Hihihi... Biar la rahsia katanya.. Dengan serba ringkas dengan ingatan tulus ikhlas, kami buat la sedikit tiup-tiupan utk her best day... Cheh!





Kak Ida pun dapat suapan sayang dari Kak Puan GB... Hihihi.... 



Buat Kak Her.. Semoga hidupmu dibawah limpahan Kasih Sayang dan Rahmatnya... Semoga Berbahagia Bersama Suami Dan Anak-Anak Tercinta...




OLWEZ  Da Lyn Her By !!!

Tuesday 28 October 2014

Alhamdulillah...

Hari nie 29 OKTOBER 2014... Sekian lama kau ku tinggalkan..

Dek kerana, kesibukan dan kesuntukan masa kau kuabaikan...

Chewah! Erm... Yeeeeaaaay Aku da dapat buka kembali my blog... Pendengar setia ku, pembaca coretan ku... Nie la gara2 lupa pasword.. n mungkin juga lalai untuk memaksa diri membuka blog kesayanganku ini...

Well start today,, i try utk mencoret setiap masa mengikut rentak hatiku... kalau happy yaa mesti wow kan tapi kalau moodku slow... sedih.. gundah.. naaa disitu la aku mula mencarut tak tentu pasal...

Oh My Dear Blog...! kehkehkeh...


This is me.. Rindu aku tak!!! Hihi...

Bubye!

Saturday 13 September 2014

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2013

Di Hari Lahir ku.. 12/09/2014

Alhamdulillah...

Hadiah Termahal Yang Aku Terima Di Hari Ulangtahunku.... 


"Penghargaan adalah perkara yang membahagiakan.. "

Terima kasih kepada sepasang mata itu yang telah memilih aku dan mempercayai aku di atas dasar siapa aku.... Thanx very much!

Thanx to My Lucky , My Umi, My Ayah , anak2 dan adik beradikku... FADZLEY, FARIDZAN, FAUDZEAN, FARADILA & FARIZTARMIZEY

Thanx too to  My Bestie Bestie Friend...

Anugerah Khidmat Cemerlang 2013 yang diadakan pada 13 September 2014, bertempat di SK. Lahad Datu 11,            Lahad Datu.

.
My Fren Rasmi & Teresa



Penerima Anugerah 2013 : Dari kiri Nurul Ashikin Md Ali, Junaidah Sarikul, Rosrinah A, Rahim, Nora Abdul, Fadzlinah Noh, Nursyuhadah M. Irwan, Herminy Shapawie, Aisah Appehdullah, Rudinie Hashim, Rasmi Sattu
( Bergambar bersama  : Abd. Salam Salinri, Pun Hjh, Sakka Labacho n Faulziah Adian )





Persembahan Koir

Monday 11 August 2014

MY ICHA FIRST DAY SCHOOLING

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN


Ini la sebuah hikmah di kesaratan otak memikir nasib Icha apabila amah berhenti kerja tanpa pesanan akhir... Terus hilang... Memang sadis tyme tuh.. Mana tidaknya, dgn keadaan rumah , dgn Icha lagi yang tiada penjaga selama aku dan abang bekerja.  So, dengan sel sel otak yang mulai berhubung antara satu sama lain, maka dengan penuh semangat berkobar-kobar dan dengan perbincangan yang baik2 antara aku ngan my darling... so akhirnya kami menyekolahkan Icha. Alhamdulillah.. Kami berjaya mendaftarkan Icha Di Sekolah Taski Muhibbah, Lahad Datu dengan bayaran yuran pendahuluan RM150.00 dan bulanan sebanyak RM35.00 sahaja.  Alhamdulillah...



This is My Icha.. Bangun pagi yang ralat dengan mata yang terima kejutan..


Me n My Icha



Bersama sepupu Icha, Nur Qaseh Umaira ...




CUTE KAN MEREKA ???


NUR DANIELLA DANISYA ... 

Semoga menjadi anak yang berbudi, ingat jasa orang tua, anak yang soleh dan selamat dunia dan akhirat...

AMIN!