Monday 15 December 2014

WELCOME BOY BUCUK : KHALIF UMMAR OWAIZ B. MOHD RIZALMAN EFFENDI


Nah... Menunggu saat kelahiran Budak Bauk nie... Abang aku Fadzley, Adik Aku Faudzean, Fariz Tarmizey, Laki aku Jasni dan Laki adik aku, Adek... Hihihi...lengkap kan...haha Semuanya excited menunggu... Apa lagi aku... hihihi... Lama da tak cium bau syurga nie.... huhuhu...

Baa ... Ngam2 jam 0945pm 01 Disember 2014... Nah lahir laa si Boboi nie... KHALIF UMMAR OWAIZ laa kunun nama dia, dengan beratnya... 3.94kg... Wow! Mabeles... hahaha                      

Yang excited, adik ipar aku laa... Alhamdulillah....
Baru dapat boboi, sebelum nie dua gugurl ... 

 Tuh... Nur Qaseh Humaira dan 
Nur Qaseh Fathihah... Excited menunggu khabar kelahiran dari mama diorang

Nah ... Nie laa Khalif Ummar Owaiz... montel kan... Bah seterusnya.... layan gambar2 si montel gebu bauk nie.... hihihi..

Tahniah Dek... U got it!




Mommy pun takmo ketinggalan... Geram cangat cangat... isk! Semoga Khalif membesar dengan sihat dan jadi anak yang berguna.... Amin....

Wednesday 10 December 2014

PERSEMADIAN YANG AMAN CIKGU JAMRI GURI


Tiada lagi panggilan 'Budak Kecik Besar' untuk aku... Tiada lagi Panggilan 'Gadis Ayu' untuk kawan aku... Tiada lagi sebutan 'Kirim Surat Melalui Udara' Untuk Kami, Tiada sudah berkata 'saya di atas kasut saya' untuk kami... Tiada sudah istilah 'Jam four laa, dtg jumpa saya' Tiada lagi guru Math BI 'kosong satu three lima lima seven lima six kosong six' utk kami.. erm.. semua sudah tiada kerana pemilik kepada panggilan dan gurauan itu sudah pergi menyahut seruan Ilahi....

Innalillahiwainnalillahiroji'un...

Pada jam 0830 am bertarikh 10 Disember 2014, kami menerima perkhabarannya tentang kepergian abadinya.. Bagai terhenti detak jantung kami di office, sekilas spontan termundur ingatanku kali terakhir kami bersua dan kali terakhir menerima lawatannya di office kami... Teringat lagi aku ketika itu, kami berkongsi minuman (berbagi dua) kerana dia kenyang... Bercerita kisah kami dulu kala, mengimbau kenangan perkenalan kami... 

Selama perkenalan kami, memang dia seorang kawan, abang, bapa untuk kami.. Seorang yang baik hati dan tidak suka menceritakan perihal buruk orang lain, suka tersenyum dan suka menasihat... Sedih! Dia pernah nasihatkan aku satu tika dulu... "Peduli la apa orang mahu cakap Lina, teruskan hidup kau. Penat dorang, diam juga tuh...Bukan dorang hantar beras ke rumahmu". Sedih sangat!!

Pernah duduk meratap, menangis di meja saya ketika anak kesayangannya meninggal dunia kerana kemalangan. Dia minta saya simpan gambar anaknya baik2, gambar yang diselitnya di kaca meja saya.. Memang saya simpan sehinggalah arwah bertukar ke PPD. Saya masih terus menyimpannya, hanya sehingga awal tahun lalu, semasa perpindahan pejabat ke bangunan baru.. Gambar itu tercicir dari simpanan kerana kecuaian orang yang mengemas meja saya. Erm... Saya merasa ralat.. Tapi hari terakhir kami berjumpa, saya ada minta maaf dan maklumkan yang gambar itu telah hilang, arwah hanya berkata... "Terima kasih ya Lina lama kau simpan gambar itu....Tidak mengapa laa..." sambil dia tersenyum.

Memang dia hari itu, kurang berbicara dan banyak termenung. Tiada lawak2nya lagi, tiada usikannya yang menghiburkan... Betul2 tiada....

Rupanya itu petanda....

Aman la kau bersemadi di sana

CIKGU JAMRI @ JAMIRI BIN GURI

" ALFATIHAH"