Sunday 24 November 2013

HAPPY BESTDAY MY AYAH NOH ABOL HASSAN

Assalamualaikum semua...

Every year aku ingat birthday setiap orang2 yang aku sayang, dari lucky aku, anak2 aku, ayah aku, Umi aku, adik beradik aku, semua aku ingat. Tapi 24.11.2013 aku terleka... So, bila tersedar, aku kol umi n kita buat la mengejut punya makan2... Mahu jugak buat On 25.11.2013, sekali ngan bestday Umi, 26.11.2013. Tapi 26hb mereka2 nie mok terbang Ke KL for jalan2... So, Amik keputusan 24hb laa.... hi3...

So, kami urang buat la birthday kicik2 jak for our Ayah, mmg kelamkabut punya kes, Umi masak Mee Sup jak untuk acara tuh. Ayah pun taktaw... Special Cake yang memang terkejut juga adik aku, Farah buatkan untuk ayah, tuh sampai terjelir lidah tuh... Ahaks...

Just Cucu2 nyanyi n aku jugak tak ketinggalan nyanyi lagu Happy Birthday untuk ayah... Ayah tiup kek itu...
Semoga Panjang Umur, Dipermudahkan segala urusan dan dihilangkan segala duka lara, diberi kesihatan yang baik.   Amin!

Cucu2 yang tukang nyanyi Hepi Bestday Atok!!!
Nie jak yang sempat Umi masak untuk kami urang malam itu... Mee Sup Ayam...

I don't like MEE SUP... tapi... Takdak pilihan, so hantam saja laa.... :)
 
Orait... Aku mok perkenalkan si cilik2 bergaya kami... Ahaks!

NUR TANIA ARISYA 6 TAHUN


NUR QASEH UMAIRAH 4 TAHUN


NUR DANIELLA DANIESYA 3 TAHUN


NUR QASEH FATHIHAH 2 TAHUN



NUR NIMA ARMA, tgh SPM


 Ahaks.... Nie pulak mamak2 na... Mo juga merenyam... Meragam.... Hahaha... Kalau rasa hidung tuh mok berdarah, sila pindah ke entry lain yeee... Hahahhaha...
 
 Aku with my Adik... Farah. bergedik2 dulu arr...
 
Wokey laa... That's all laa for today... Mengantuk gila da nie... Esok nak p kerja, siapkan la apa2 yang patut sebelum aku menerbangkan diri aku untuk berkursus....

Fly Fly Fly The Butterfly, In the Meadow Is Flying High,
in The Garden Is Flying Low... Fly Fly Fly Away!
 
Da...Da...

PENGADIL SUAMI MEKAP ISTERI HARI KELUARGA YUM

Assalam... Hehehe entry kali nie da berlalu daa same day wif my entry Pengadil Kek dan Puding Hari keluarga YUM hari itu... Tak sempat mo upload... So, i amik kesempatan la today...

Erm... Yang seronoknya games  nie... SUAMI mekap ISTERI... Waa... Teruja sangat!!  But don't try do to me... Ahaks...

Okey...  Nie peserta2 yang very sporting gilerr....

Khusyuk memekapkan si isteri...

Aisehmen... Si isteri redha jak...

Pelbagai skill ditunjukkan...

Redha jek laa....

Dalam hati si isteri... Apa la khabarnya muka ku ini...

Haaa.... Mcmn nie??? Ada lawan kaa??? Best kan tinguk diorang nie... Sweet couple....



Semua peserta yang sedang diadili...

Ok laaa... Ini jak sempat di paparkan untuk bacaan semuaa....
Ok... da da...

Thursday 21 November 2013

PENGADIL KEK DAN PUDING HARI KELUARGA YUM

Hahaha.... Lucu pun ada, teruja pun ada...  Bila diberi kepercayaan untuk menjadi Pengadil Pertandingan Kek dan Puding dari Yayasan Usaha Maju. Aku dengan 'akak' aku, Kak Ida. Acara diadakan pada 21 November 2013 bertempat di Dewan Kompleks Pasukan Marin Lahad Datu... Hehehe... Yang bikin lucu, aku yang serba tak tau dan tau  makan jak nie jadi pengadil. Ahaks... Dan Yang teruja nya... Waaa gerenti kenyang Owhh... Hahahaha
Kak Ida
It's Me... Pinky Pinky
 Inilah kami that day... Gojes jugak bha kan.... Hahaha

Orait... sa mahu share ngan korang gambar2 kek n pudding berkenaan... Well... :P

Kreatif kan... Macam real tembikai tapi PUDING...

Erm... I like this, cantik sangat!

Anggur Anggur Anggur... ( Kedua Kategori Puding )

Kacang Merah mix ngan jagung...
( Juara Ketegori Puding )


Kiwi sana sini...

Love this... Bunga ros...


Nie pun pudding jugak....

Ada tulisan YUM...

Adeh... Nie Yummy sangat.... I like...
( Juara Kategori Kek )


Nie pun not bad juga rasanya...

Erm.... Hijau mareeee...

Cheese Cake... Hihihi heran nengok, mendap nie kek, rupa2nya kalau cheese cake bakar, mendap kedalam... Iya ka???? Ahaks!

Ini saja kek dan pudding yang sempat di snap2... :)

Erm... Kitorang memilih pemenang bersama2 dengan beberapa orang Pegawai.
Keputusan sudah ditangan...Hihihi
 
Susah juga buat keputusan ... Ada yang cantik tapi rasa hanyut... Ada yang simple jak hiasannya tapi... rasa dia sedap sangat...
 
Ehem!!!
 
Seperti manusia jugakkan... Cantik luaran dalaman tak pasti dan begitu juga sebaliknya... Maka sebelum nilai orang lain, nilai dahulu diri kita samada perfect atau tidak... Wallahu'alam!

Monday 18 November 2013

Seronok Di Alam Percintaan.


Aku melirik seketika ke Jam dinding... erm... 12.37 pagi, well... Aku tidak bisa melelapkan mata. Telah kucuba berlagu syahdu, mendodoi rasa agar mata terus layu bertemu kelopak dan bermimpi indah, namun segalanya terlarang. Mata ini tetap galak terkebil didalam gelap. So, ku capai laptop and cuba menari2kan jariku di atas laptop ini. Kucuba mengarang kata dan khasnya kutujukan buat anak muda mudi rakan FBku...

Bila ber'friend' dengan anak2 muda, memang kita terasa mudanya dan terasa juga jiwangsnya, sana sini I LOVE U, I MISS U... hahaha... Tapi disini kita mahu berkongsi, bukan nasihat tapi hanya peringatan.

CINTA

Memang seronok di alam percintaan. Tapi waspada, kekadang ada yang bisa menerima cinta bersama pelajaran dan ada yang bisa menerima cinta dan mengabai pelajaran. Adik2 pilih dimana kedudukan sekarang... Situasi 1 atau situasi 2.. Memang kekadang bercinta ini juga bisa menyuntikkan semangat berkobar2 untuk belajar dan bersaing bersama pasangan dan tak heran la ramai di antara mereka berjaya dan mempunyai kerjaya dan akhirnya... mereka berkahwin setelah semua impian tercapai. Itu yang bisa....

Ada yang tidak boleh membahagikan keadaan itu.  Ingatlah... Pelajaran itu amat penting! Kita akan terbuang tanpa pelajaran... Hidup tetap dapat diteruskan dengan cinta tapi tanpa pelajaran kehidupan kita bisa hilang entah ke mana... 

KAHWIN ...

Pastikan kau mengecap kehidupan yang sempurna, punya kerjaya yang baik dan selepas itu, baru memikirkan soal kahwin. 

Yang lelaki, belajar la sebaik mungkin punya kerjaya baik dan kahwin. Besar tanggungjawab... Cinta tidak akan terus hidup dalam hati seandainya  hidup kita banyak kekurangan. Dengan cinta, kita tidak bisa membeli beras, membeli itu ini dan sebagainya. Punya kerja yang baik, menjanjikan hidupmu bahagia. Percaya laa...

Yang perempuan... Sudah belajar dapatkan kerjaya yang bagus. Pastikan ada duit... jangan mentang2 perempuan, kita hanya tunggu dihulur.. Tolong.. sekarang bukan zaman Hang Tuah. Berdikari la... Berkahwin punya kerjaya.  Tanam dan set itu diminda. Masa disayang, dicinta semuanya indah.  Bila ada masalah timbul, mula la keluar segala. 

Jangan terlalu mengejar cinta, belajarlah demi masa depan. Pada lelaki, pada perempuan semuanya sama, saling memerlukan. Seronok kan kalau masing2 berkerja, punya uwang, apapun bisa dibeli. Bila berkahwin, Mahu buat Wedding Of The Year... Silakan. Mahu Honeymoon, kemana saja ya silakan. Tiada melarang kerana kamu punya kemampuan.

Bukan menakutkan, bukan membuat hukuman. Tapi ini kenyataan, ini realiti. Sampai bila orang tua menanggung kita?? Kesian mereka. Kita senang mereka pun berasa senang hati.  

INGATLAH... ADA CINTA BISA MEMBAHAGIAKAN HIDUPMU, ADA CINTA BISA  MEMUDARATKAN HIDUPMU.

Cinta memang tulus, cinta memang suci. Itu memang anugerah terindah. Tapi... Bukan Cinta yang mengawal kita, tapi kita yang harus mengawal cinta... Hati Kita Yang Satu Inilah Yang Seharusnya Mengawal CINTA.

Tapi... Segala-galanya bergantung kepada rentak tari ketika kamu mendakap cinta itu. Jika rentak 'halus', maka halus laa cinta itu.. Tapi Jika 'keras'. maka keraslah cinta itu.

Wallahu'alam.

Sunday 17 November 2013

JAGAILAH HUBUNGAN PERSAHABATAN ITU...

Assalamualaikum....


Erm... Dah lama tak update my blog nie... Because what?? Banyak kekangan demi kekangan mengganggu laluan sisiran kehidupanku.  Cewah!!! 

For the first my entry for this 'ketukan' yang dah lama tak bertaut, bergantung2 nie... I want to share with uolls 'bout' hubungan persahabatan, perkawanan.. Hihihihi janggal pulak rasanya... "perkawanan"

Erm everyone...

Kita tak boleh desak orang untuk suka kita, untuk sayang kita. Semuanya dari pandangan rasa dan pandangan mata orang yang ingin berkawan dengan kita. Apa sahaja sikap kita positif dan negatif sekalipun pasti dinilai oleh sang mata dan sang hati yang merasai. Kita bukan sempurna untuk menentukan kawan kita itu begitu, kawan kita ini begini. 

The points is... Berkawan sahaja sehingga denyut nadi yang terakhir, Berbuat baik sahaja.. Mana yang baik jadi ajaran dan kurang baik jadikan sempadan. Tak perlu menilai bagai.

I love all my friend...  Aku memang seorang kawan yang baik dan aku sanggup berkorban demi sebuah perhubungan. Aku cuba menjadi yang terbaik dan mata ini mengajar aku menjadi seorang kawan yang baik.

Mata ini menjadi saksi, sebagaimana jenis kawan yang pernah aku lalui... Kawan yang baik, kawan yang menikam, kawan yang amik kesempatan dan pelbagai ragam. Aku bukan seorang yang sempurna tapi aku cuba menjadi yang sempurna.

Kita Hargai lah Kawan kita... 

Kerana kita takkan mengenal erti sunyi kerana Mereka ADA... Kita tak mengenal gelak tawa kerana mereka ADA... Kita tak mengenal erti kesabaran kerana mereka ADA... Kita tak mengenal erti kecewa kerana mereka ADA...



JAGAILAH HUBUNGAN ITU WALAUPUN KEKADANG
HATIMU DIULIT SEDIKIT KELUKAAN...