Tuesday 31 January 2012

Warna kuku petanda masalah kesihatan

Mungkin ramai di antara kita mengetahui bahawa kuku pada jari boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kelainan atau perubahan dalam warna dan tekstur kuku mungkin menjadi tanda penyakit dari anemia hingga penyakit jantung.  Ini adalah salah satu cara doktor memeriksa kondisi tahap kesihatan pesakitnya...

  • Kuku berwarna merah jambu - satu petanda kuku sihat,
  •  
  • Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat - tanda kekurangan zat besi, dan berkemungkinan mempunyai penyakit kronik,
  •  
  • Kuku berwarna kebiru-biruan - hemoglobin yang membawa oksigen didalam darah mengalami kekurangan oksigen,
  •  
  • Kuku yang berwarna kuning - Reaklsi terhadap bahan kimia atau asap rokok.  Ada gejala batuk dan sinus. Ia jugak menunjukkan penyakit paru-paru.
  •  
  •  

Sunday 29 January 2012

ANTARA CINTA DAN KASIHMU

Tiada ku menduga
setelah sekian lama 
aku sendiri menyepi

Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus lembut diwajahku
mengeringkan airmata
Kau belaian dijiwa

Genggaman erat tangamu
membuat aku terharu keikhlasanmu 
Sungguh...

Mengusik emosi dan perasaaan
kau jua pernah dipermainkan
kini kau ingin aku membelai dijiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Dihati nan terluka 

Diantara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Dihati nan terluka
Oh sayangku...

HATI TEGAR

Sekelumit hati ini ingin memohon kepadamu agar tenteramkan jiwa gundahku... Amankanlah hati gusarku... Ku tahu bukan pintamu.. Ini lah pintaku... Hanya sekali ini kumohon padamu... 
Aku ingin pergi sejauh termampu agar aku bisa melarikan diri darimu
Cukup puas menahan gejolak dikalbu. Cukup ungkap aku menebas perasaan piluku... Untuk ke sekian kalinya ini ku pohon dari setulus rona hatiku... Kau pergi lepaskan aku...
Tenteramkan jiwa bak ombak salju... Hunuskan senjatamu dan lemparkan ke api membara...
Bukakan relung hatimu agar bisa kulontarkan kuntum-kuntum indah ucapan kasihku
Bukakan pintu kemaafan buatku
Agar aku bisa pergi dengan setenangnya
Tanpa ada perasaan bersalah...

Saturday 28 January 2012

Pernahkah Engkau Hargai

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
tentang diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberi ku sejuta pilu
Mengapa agungnya asmaramu
Membuat ku Terpaku
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
 Kucinta padamu

Nafasku terhenti 
Bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Kusayang  padamu
kan kuabadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Tuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah 
Di dalam hidupku ini

 Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu menggoncang jiwaku 
Untuk mencari
Daratan yang damai
oh cintaku

( Hatiku Milikmu - Nera )

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.



Hidup berumahtangga sememangnya banyak dugaan mendatang.. Dimasa itu, mental dan kerohanian mesti teguh kerana risiko berumahtangga amat besar dugaannya.

Masa bercinta tiada apa yang kelihatan.Yang pahit jadi manis, pendek kata semuanya indah-indah belaka.  Bak lagu ini...

Manis Masa Bercinta
Tutur Dan Kata
Bahasa Tersusun Indah
Jalan Berpimpin Tangan
Makan Bersuap Sabarnya
Lembut Dan Mesra Sentiasa
Hujan Membasahi Teriknya Suria
Sanggup Dihadapi Berdua
Manis Masa Bercinta
Biar Bersusah Payah Tidak Mengapa
Gunung Ganang Nan Tinggi
Lurah Berduri Lautan
Ombak Berapi Rela Tempuhi
Sesaat Tak Bersua 
Bagai Berabad Tidak Berjumpa 
Rindu Merasuk Diriku Setengah Mati
Buruk Dimata Orang Pada Matamu Indah Belaka
Tiada Walau Sekuman Cacat Cela
Jikalau Bercinta Biar Berpanjangan
Usah Sehabis Madu Sepahnya Dibuang
Usah Berlalu Waktu Engkau Berpaling Pandang
Moga Ke Anak Cucu Berkasih-Kasihan
Cinta Yang Begitu Diberkati Tuhan

Oleh itu...Hadapilah hidup ini dengan ketenangan dan berdoa kepada Ilahi semoga jodoh dipanjangkan.

Friday 27 January 2012

Welcome Back Dear

Esok... 28hb Januari 2012... Dikhabarkan melalui chat di antara kami. Seseorang akan datang mengunjungi aku (kami) di esok hari. Aku berharap pertemuan ini tidak ada titisan airmata lagi seperti sebelum ini. Yang kuharapkan jerit pekik gurau senda, salam bertaut kegembiraan hingga ke akhirnya.

I know you are dealing with this life without someone you love. He has to go far to abandon with life. I am quite proud to know you are courageous and always follow through painful life, personal problems, family and life.
 
Finally ... You heard about the happy. We can still happy even without love. You can be happy and love life can also be harmful to life. Kerana cinta terhasilnya kegembiraan, kerana cinta juga terhasilnya keperitan.


Cinta bisa membahagiakan hidup dan cinta juga bisa memudaratkan hidup. 

Hidup ibarat seperti bunga yang mekar dan layu akhirnya... Sekiranya tidak dibaja dan tidak disinari. Kehidupanmu yang berbunga menjadi kehidupan yang kelam menerima cinta seorang bernama 'suami'.  Dan 'suami' itulah akhirnya yang mencengkam hati dan perasaanmu sehingga hancur luluh pedih membeku.  Kerana cinta yang bertaut tetapi hanyut....
 
Istilah... Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. I'd no idea to talk 'bout it.  Zaman sekarang ini.. Tiada istilah, orang baik kita baik.. Orang jahat kita lagi baik.. Oh no.. I dont think so...Tapi ini  berdasarkan dari pandangan kita masing-masing.. Ada di antara kita bahagia dengan jalan yang kita pilih dan ada juga yang tidak boleh menerima kenyataan kehidupan yang dia pilih.

Always people say... No body perfect...

Thursday 26 January 2012

PANTUN UNTUK ALIFF

Ini kisah tahun lalu...

Aliff di arah oleh cikgu BMnya untuk membuat Kad ucapan beserta pantun sekali di sekolahnya, Aliff reka sendiri kad dan corak-corak, aku just bagi material dan bagi peluang dia untuk berkreatif.  Dia merayu Kuch Kuch hota hai dengan aku, minta aku ciptakan dia 2 rangkap pantun untuk ibu dan ayah. Aku takmo tapi dia mendesak. Aku bagi la dia peluang untuk aku ciptakan dan aku suruh dia berjanji untuk dia mencuba sendiri di masa akan datang.

So pantun nie dia letak di kad tue...

Bunga Selasih Daun Pegaga,
Ramuan Masakan Dimana-mana,
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga,
Takkan Luput Sampai Bila-Bila.
Duduk Tafakur Di Tepi Serambi,
Hatiku Luka Terasa Disayat,
Jasamu Ayah Menjaga Kami,
Takkan Kulupa Ke Akhir Hayat.

Wednesday 25 January 2012

Nilai Sebuah Tinta

Semendung Dihati
Gerimis Dijiwa
Seombak Sealun Senada
Getar Bersama Rasa
Pilu Terontah Takdir
Sepelusuk Hati Disudut Terakhir
Jauh Mengintai Jauh Bersalam
Takdirku Takdirmu
Satu Bukti Kekuasaan
Tidak Mampu Berkata
Kelu Dijiwa
Bernada Rentak Irama 
Sahut Bergoncang
Memori terpanah
Lupus Semua Bersama Sumpah
Kabul Doa Makbul Sirna
Noktahkan Segala 
Pinta Bertalu Dari Sahabat
Bahagia Tiba Di andai Undang
Doa Panjangmu Kasih Sayangku

On the spot By Fadleena Matt Noo

Tuesday 24 January 2012

Antara Hujan Dan Airmata

Selebat hujan yang turun
mencurah membasahi bumi
tidak selebat hujan di dalam jiwaku

Sehebat halilintar
membelah langit yg kelabu
Tidak sepanas petir yg membakar hidupku

Oh Hujan...
Di antara airmataku
Menitis laju bersama pilu pilu

Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara 
Rindu yang ku sekamkan


Selagi aku mencoba
Semakin terasa siksa
Ini yang kau tinggalkan
Untuk diriku kasih.


( Sudirman Hj. Arshad )

CERPEN : CINTAKU BERTUGU

Berteleku ku sujud di atas tikar sejadah, kupanjatkan doa buat suamiku.Syukur Alhamdulillah, Ya Allah... Kau kurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang dan mengambil berat akan diriku. Aku kasihan melihat dia. Perkahwinan kami sudah lima tahun tapi kami belum dikurniakan anak. Aku sudah berubat di sana sini, moden dan tradisional semua sudah tapi satu pun tidak menjadi. Ahhh memang bukan rezeki kami rasanya. Aku sangat cemburu kepada rakan-rakanku yang lain, yang sudah memiliki anak sedangkan aku hanya mampu tersenyum.  Ada jugak kata-kata nakal halwa telingaku, aku mandul suamiku mandul.. Sungguh sakit hatiku tapi ahhh persetanlah dengan mereka. Kubur masing-masing.

Sila klik  CINTAKU BERTUGU By : Fadleena M Noo 


Alhamdulillah selesai jugak akhirnya kisah ini. 
Terima kasih kepada yang sudi membacanya dan sila beri komen keberhasilan cerpen ini.
Thanx with love...

Monday 23 January 2012

Dia...

Aku tahu
Sejauh mana sayangmu

Aku nampak
Dengan mata hatiku
Tulusnya hatimu
Menyayangiku

Tiada apa bicara
Kau kini jauh
Jauh dari batasan waktu
Tidak mampu diselongkar
Melawan takdir kita
Ketentuan telah tercipta
Dari mula perkenalan

Abadikan semuanya
Bukan ku tak rela
Perpisahkan tanpa redha 
ibarat ombak dan pantai dijarakkan
Tapi akun merelakan
Ini bicaraku buatmu
Kita harus terima
Akur dan ukur
Terima hakikat

on the spot by : Fadleena Matt Noo

Sunday 22 January 2012

OMBAK RINDU

TUHAN
TOLONG LEMBUTKAN HATI DIA
UNTUK TERIMA KU SEADANYA
KERNA KU TAK SANGGUP
KERNA KU TAK MAMPU
HIDUP TANPA DIA DISISIKU

TUHAN
AKU TAHU BANYAK DOSAKU
HANYA INGAT KAMU KALA DUKAKU
NAMUN HANYA KAMU YANG MAMPU MEMBUKA
PINTU HATINYA UNTUK CINTAKU

MALAM
KAU BAWALAH RINDUKU
UNTUK DIRINYA YANG JAUH DARIKU
AGAR DIA TIDAK KESEPIAN
SELALU RASA ADA CINTA AGUNG

HUJAN
BAWA AIRMATAKU
YANG MENGALIR MEMBASUH LUKAKU
AGAR DIA TAHU KU TERSIKSA
TANPA CINTA DIA DIHATIKU

HANYA MAMPU BERSERAH
MOGA CAHAYA TIBA NANTI

Doaku Buatmu Sayang

KAU MAHU APA PASTIKAN KUBERI
KAU MINTA APA AKAN KUTURUTI
WALAU HARUS AKU TERLELAP DAN LETIH
INI DEMI KAMU SAYANG

AKU TAK AKAN BERHENTI
MENEMANI DAN MENYAYANGIMU
HINGGA MATAHARI TAK TERBIT LAGI
BAHKAN BILA AKU MATI
KUKAN BERDOA PADA ILAHI
UNTUK SATUKAN KAMI DI SYURGA NANTI

TAHUKAH KAMU APA YANG KUPINTA
DISETIAP DOA SEPANJANG HARIKU
TUHAN...
TOLONG AKU 
TOLONG JAGA DIA
TUHAN AKU SAYANG DIA

( WALI BAND )

Buat Kacau !!!

Disini aku mahu kongsikan kisahku semalam. Tekanan betul, sudahlah hatiku sayu mayu, fikiran tak berapa nak tenteram. Anak-anak semua dah berlabuh, lucky pun da lelapkan mata. Aku tak boleh tidur so... Kupasanglah Laptopku nie and surf internet.
Layan Blog, Layan Facebook, Layan Youtube... Baca majalah, Baca berita.. Mata takmo lelap... Sekali sekala terdengar suara budak-budak bercerita di luar rumah

Jam sudah menunjukkan jam satu lebih... Ku tengok anak-anak dibilik sebelah, ku tengok lucky dan anak ku lagi dibilik sebelah, nyenyak diorang tidur, dibuai mimpi indah da tue... Kemudian aku duduk semula disudut ruangan khas ku sediakan untuk anak-anakku menelaah pelajaran.

Tiba-tiba... Bunyi tepukan kuat kedengaran di luar rumah. Dalam hatiku .. Aiks... Lain macam jak bunyi tepukan... Macam signal2... Aku mengintai la disebalik tirai kamar.Cewah!.. Mungkin cahaya gelap cuma dibantu dengan cahaya sedikit maka terhasillah pergerakan bayang-bayangku. Aku tengok ada tiga orang budak di luar rumah mendongak ke arah jendela tempatku berdiri.. Teringat pulak aku wayang Man laksa "Bila lagi giliran saya".. Haa.. Gitu la bebudak tue... Mungkin baru dorang perasan yang ini adalah aku.. Lari lintang pukang budak2 tue ya... Nasib baik... Geramnya hati... 

Pandai2 dorang pasang-pasang signal, macam filem P.Ramlee tue... Part Sudin laga-laga botol tanda signal mo jumpa girlfriend dia... Huhuuhu Kenapa lah budak-budak tue ya?? Apa niat dia?? Oooo.. Ngorat anak dara aku yaa??? Isk isk isk... still 12 tahun pown di urat ka... Badan jak besar, otak still 12 tahun.. Geram betul! Budak-budak tue memang aku kenal... Nasib baik aku nie bukan kategori menyerang.. Wah! (Macam ada orang tue)... Aku masih boleh berfikiran rasional.. Kalo aku jenis kaki gaduh, dah aku ganyang budak tue...  Heheheheheeh ganas ooo.... Nasib baik aku nie kategori Wanita Melayu Terakhir... Tapi jaga2 nie keturunan Mahsuri nie... Makbul Doa... Hahahahaha

Jadi pagi nan indah nie... Sayu mata ku nie... Ngantuk sangat tapi tak boleh lelap...  So jadi security tak berbayar la aku semalam... Cis!

KEHORMATANKU KASIH SAYANGMU

 "Aku tak berkecil hati dan berdendam denganmu. Walaupun aku ni pernah terluka olehmu. Demi Allah aku katakan, aku tidak pernah berdendam. 
Banyak lagi kisah hidup ku."
"Aku sanggup rosakkan diri ku, dari pada aku merosaki masa remajamu. Maaf kalau kata-kataku ini membuat kau tersinggung. Jujur aku katakan. Kaulah sebenarnya yang ingin kujadikan isteri. Walau pun kedua org tua mu tidak bersetuju, aku tetap sayangkan kau. Demikian juga ada segelintir keluarga mu yang tidak inginkan aku"
"Izinkan aku memanggil mu sayang, malam ni saja kerana masa dahulu aku tidak sempat memanggil mu sayang." 

* Panggillah aku sayang selama mana mahumu *

(Seorang rakan berkongsi rasa dan aku terjemahkan dgn penulisan) 

Tiada Penghujung Kisah

Cerpen hasil nukilanku Cintaku Bertugu belum lagi ada kesinambungannya. Lain yang kufikirkan di awal karangan, lain jadinya dipenghujung. Sehinggakan aku sendiri mati akal untuk menyambung. Macam ndak sampai hati aku memisahkan Emira ngan Azlan... Tapi ndak sampai hati pulak aku menengok Borhan yang sanggup berkorban demi kasihnya ngan Emira. Kesian jugak aku ngan bini baru Borhan... Aduiyai... Lagilah aku geram dengan ibu Azlan... Macamana aku mahu bagi kena2 Ibu si Azlan nie... Biar dia menyesal dengan sikap angkuhnya itu...

Aku masih memikir apa lanjutan cerita ini. Ada sedikit gambaran aku rasakan  tapi aku rasa jalan ceritanya bisa memberi impak negatif kepada sesiapa yang membaca... Mengenai seorang isteri yang kecewa dan  curang... Tetapi sebenarnya dia tidak curang, dia hanya mencari ketenangan dan kebetulan kehadiran Borhan merubah hidupnya. Adios... Aku jadi serba salah untuk meneruskan hasil tulisan ku ini kerana aku takut untuk pengakhirannya... Jadi aku kena lebih matang mencari kesudahannya kerana aku sendiri cukup terasa pedihnya...
Huh!!!!

Ombak Syahdu

Detik nadi bergetar
Bertitik waktu titian lama
Memori lama singkaplah
Datang mengetuk pintu hatiku
Telah kucoba telah kucanang
Datanglah sembahlah aku
Semoga dapat kususun indah
Di otak  memori kelam

Kupujuk hati
Kupujuk rasa
Bersama lagu nan indah
Kusenandungkan
Agar aku bisa mengimbas
Semua cerita lama
Penyegar ingatan
Tapi kelam dan kabut
Kegelapan


Ini suratan ini ketentuan
Memang tiada punca 
Memang tiada tertera
Inilah takdir kita
Untuk selamanya

on the spot : Fadleena De Mat Noo

Saturday 21 January 2012

BUKAN AKU PINTA

BUKAN AKU LUPA
AKU TAK MAHU INGAT

BUKAN AKU BENCI 
AKU TAK MAHU SAYANG

KEHILANGANMU SATU TAMPARAN
KEDUKAANKU SATU PERINGATAN

BELAJAR UNTUK ITU
BELAJAR UNTUK MELUPAKAN
BELAJAR UNTUK MEMBENCI
BELAJAR UNTUK MELALUI

TAK KUKISAH KAU BENCI AKU
TAK KU KISAH KAU SERANAH AKU
KERANA SATU TANDA KASIH SAYANGMU
YANG KEKAL ABADI DALAM HATIKU

On the spot  by me...

HARIJADI TOK DADDY...SM PENCEN !

TADI PETANG AKU TERIMA PANGGILAN TELEFON DARI TOK DADDY... MEREKA MENJEMPUT UNTUK ACARA MAKAN-MAKAN. DITANYALAH KONOK... ACARA APA?? TAHUN  BARU CINA BILANGNYA... HAHAHAHAHA RUPA-RUPANYA... TODAY IS HIS BDAY PARTY.... WAH... MAKAN FREE LAGI... I WANT TO SHARE HERE... KEGEMBIRAAN MENYAMBUT HARIJADI INI WALAUPUN SIMPLE MIMPLE... ICHA TAK DAPAT JOIN SEBAB ICHA DEKAT RUMAH UMMIENYA... SO ONLY ME WITH MY LUCKY, BABY DAN ALIFF... DAYANG PUN TAK JOIN SEBAB KENA DENDA...
MAJLIS NIE KUNUK SUPRISE TAPI TERKANTOI OLEH KEK NI.. SO TAK SUPRISE LA SUDAH....
DITANYA LA ... HOW OLD ARE YOU???? HEHEHEHEHE 60 YEARS OLD... ERM... NAMPAK MASIH MUDA YA.. HAHAHAHAHAHA MEMBODEK NIE... MEMBODEK...


TOK DADDY & TOK IMAM & DAYANG
BERKONGSI TARIKH KELAHIRAN BULAN YANG SAMA
( DAYANG TAK DAPAT JOIN )
Nie nenda kitorang... Hajah Hairan Binti Hj.. Peliyar.. Memang malu2 kucing kalo digambar. Tinggal ini jak nenek yang kitorang tinggal... Huhuuhu I miss so much my arwah nenek... Afsah Baran Huhuhuhu
INI ANTARA YANG HADIR BERSAMA-SAMA MERAIHKAN...

Auntie (Fatimah Hj. Etong )  ngan nenek bom (Mariamah Hj. Etong ) - Serius kalo dah berbual2... Tengok Auntie tue... Hihihi





Nie plak adik-adik aku.... Tue sana bakal pengantin... 12022012.. Wow cantik tarikh keramat diorang pilih nie....


 Haaa... Nie adik aku yang bongsu... Fariz Tarmizey with his cousin... Mohd. Khairul 

Sumbui plak lalinkku tue... Jangan ada yang marah ya... Hahahahaha with Ayah and Sarjan pencen...

 Anak Sarjan Pencen... Nur Nima Arma

My Prince Charming with his cousin.. Nur Afeeqa Natasya...

Nduk.. Kesian nie makcik brutal nie... Tumpang cucu orang jak...
Hehehehehhe Intan Bahiya Hj. Etong... Bertugas di SMUI Kunak.. Dengan makcik nie la aku tinggal masa form 6 di Kunak dulu... Kuarga yang sporting gila.. Makcik nie brutal sangat.. Kalau rancak bercerita tangannya selalu kelepap belakang kita.. Adui! Muntah darah kitaa... Tapi cengeng ya.. Cerita sedih sikit, nangis daaa...Dia ndak tahu paru2 kita dalam nie pun nangis di'kelepap' oleh makcik kesayanganku nie... Hihihihi
Sedihnya hati bila nampak anak kecil ini.. Dia dilahirkan menggantikan abangnya yang telah pergi.. Lihat disini

Hahahahahaha sekarang aksi jenjangkan leher oleh Atok Imam kita... Suami makcik brutal nie...


Aksi ambil hati dulu.. sayang sayang dulu... senyum senyum dulu...

Angkat2 dulu... manja2 dulu... Kejap siap!!!
Kesiokan Bakir dibuat gini yaaa.... 
Jeng jeng jeng... 
Anduk baa..... Bakir jadi Bakil da.. Hahahahahahaha Cian...
Naa na na.... Nangis! Dottie jugak juara.... Haahahaha
Pujuk tok pujuk.... 


Siannya Bakir....

 Haaaa!  Sarjan Pencen tengah gaduh... Gaduh ngan pemain2 bola dalam TV... Entah siaran apa entah... I dont like Football... Jap bodoh! Mampus! Isk! Adui! Kenapa la! Hehehehehehe sabar ya atok... Kata Umaira.. 'Tidak boleh cakap bodoh baa Atok'... ;P


Haaaa.... Semua tengok siaran Football nie... Aku tengah tunggu2 mo balik... Lucky aku tak berganjak-ganjak dari pat duduk... Confius aku sejak bila pulak laki aku minat tengok nie.... Ceh!

K la... Nie jak dapat dikongsikan... Banyak gambar tak boleh dimasukkan sebab kabur dan sebagainya... Maklumlah camera murahan hahahaha...

Kita kongsi tengok nie pulak... Orang bermesej2 sambil senyum2.. Entah napa tue yaaa....? Any answer for my question nie..? Hahahaha Susah jugak orang mabuk kepayang nie... So pelagi... Suruh la masuk minang....

Hehehehehehe... Nie adik aku... Mardiah anak makcik brutal ngan Tok Jenjang... Hahahahahaha ( Gambar didelete kerana atas permintaan ) Heheheheehe

 Nie aku... No Mekap No lipstick... Hehehehe Hari nie 
aku betul2 tak sihat... Tu la muka semacam... Migrain!


Nie aja la yang dapat dikongsikan buat tatapan uolls....
Kepada Pewaris Haji Imam Etong OKK Usah... Enjoy for read it...


Check it out... Jumpa lagi kita di 12022012...

Kesunyian

Sunyi rasanya hari nie. Hatiku diketuk-ketuk bagai paluan lesung batu menghenyakkan segenggam lada buat santapan penyedap rasa.Tidak bermaya langsung ditambah lagi dengan situasi hatiku yang mendung dan sekejap lagi mungkin gerimis mengundang. Hati bagai disayat-sayat, entah muncul tiba perasaan ini dan entah dari ceruk mana datangnya. Huh! Bagi mengelakkan perasaan ku gundah gulana, Hatiku yang bak bagai curang mendua, sikapku bak bagai singa tak menjamah, perasaanku bak bagai retak menanti belah, dan kemanusiaanku  bak bagai kehilangan belas. Aku layan dulu gambar -gambar penyejuk hatiku nie... Huhuhuhu... Layan....



Friday 20 January 2012

BENCI TIDAK TAPI TAK SUKA...

Aku tidak mahu bayangmu
Juga baumu
Aku jelak dengan suaramu
Walau sesayup udara menyampaikan
Aku tetap tidak suka!


Jangan sapa aku bila
Kau terlihat aku
Terhidu harumanku
Terlihat ramping bayangku
Mahupun terang jasadku
Aku tak rela menjawabmu
Kerana luka itu masih belum terluka


Aku akan biarkan jika
Jau hanya terhidu harumanku
Mencuri pandang aku
Mendengar ceritaku
Menyapa hal aku dalam laman kesayanganku
Kerana aku masih ada hati nurani!


Tolonglah...
Jangan tanya aku lagi
Jangan ganggu lena aku
Jangan!
 




* Jatuh cinta dengan puisi di atas nie... For adikku Itumatahariku.Blogspot.com  ... Cekup sebentar cuma...  I luv it...

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA.

Terkejut bila buka Facebook tadi... Nampak status post dari Real Abby Abadi, Dia menyatakan yang Izwan Pilus telah kembali ke Rahmatullah...

Ini tweet dari Aril... Adik arwah...

 

Terkejut dengan berita nie... 




Nie last tweet arwah kirim.

I have no interest with him but when i saw his pic nie... Sejuk mata memandang... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
CAUCE OF DISEASE  :-

Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Belum disahihkan lagi... Dimaklumkan juga, Aril dan Arwah pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan....

ALFATIHAH... 

 ( Petikan dari  I Love Read It )