Cerpen hasil nukilanku Cintaku Bertugu belum lagi ada kesinambungannya. Lain yang kufikirkan di awal karangan, lain jadinya dipenghujung. Sehinggakan aku sendiri mati akal untuk menyambung. Macam ndak sampai hati aku memisahkan Emira ngan Azlan... Tapi ndak sampai hati pulak aku menengok Borhan yang sanggup berkorban demi kasihnya ngan Emira. Kesian jugak aku ngan bini baru Borhan... Aduiyai... Lagilah aku geram dengan ibu Azlan... Macamana aku mahu bagi kena2 Ibu si Azlan nie... Biar dia menyesal dengan sikap angkuhnya itu...
Aku masih memikir apa lanjutan cerita ini. Ada sedikit gambaran aku rasakan tapi aku rasa jalan ceritanya bisa memberi impak negatif kepada sesiapa yang membaca... Mengenai seorang isteri yang kecewa dan curang... Tetapi sebenarnya dia tidak curang, dia hanya mencari ketenangan dan kebetulan kehadiran Borhan merubah hidupnya. Adios... Aku jadi serba salah untuk meneruskan hasil tulisan ku ini kerana aku takut untuk pengakhirannya... Jadi aku kena lebih matang mencari kesudahannya kerana aku sendiri cukup terasa pedihnya...
Huh!!!!
No comments:
Post a Comment