Wednesday 29 February 2012

Layan Blues Kak Hasnah ~ Got MC for a few days

Hai everybody... I want to share again wif uolls here 'bout program 'mengejut' wif my 'kakak' nie... I heard  that she's not very well dalam beberapa hari nie... Tapi tetiba di petang yang indah dan redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa cewah... She's call me... Dia kepingin makan Pizza sebab dalam beberapa hari nie.. Selera makannya berkurangan dan sudah bermacam2 helahnya memaksa diri untuk menelan sebarang makanan tidak berhasil... So, she's want to try to go Pizza wif me... So... i share la with uolls... What the story... uolls look her...  Walau dalam keadaan ndak sihat, senyuman tetap menawan sukma... Hihihihi... Dia xmo aku letak cerita nie dalam blog aku takut tanggapan orang terhadap diri dia.. Sebab dia ndak sihat tapi macam2 makanan mo dihantam... I told her! Pedulikan kata-kata Orang... Kalo kita layan setiap butir perbicaraan orang... Kita pun boleh jadik gila... Whatever! 

Me wif Kak Hasnah Mahmod

Tengah Melayan kemahuan orang sakit...Anduk baaaa...





Aku share gambar makanan jak yaa....






Ini la kesudahannya... Dah selesai.. Alhamdulillah... 

After Dinner nie, kami ke satu tempat perubatan cara Islam untuk tengok2 mana la tahu... kesakitan Kak Hasnah nie kerana ada 'gangguan' lain... Dia ndak pernah mengalami sakit yang lama seperti ini, asal Maghrib She's got headache n selera makan tiada... But uolls know... MasyaAllah... Then i share wif uolls K... So Gud nite... 


*I'm tired n so sleepy... Lagipun My Darling tidak sihat so... Satu lagi 'orang' kena layan bluesnya... Hahaha...

Tuesday 28 February 2012

Teramat Pedih Luka

Bayangmu Bertamu
Mengundang Masa Silamku
Termangu Aku Bagai Kusam
Menjerit Jeritan Hirukmu
Pantulan Cahaya Merembeskan Sinaran
Pelangi Membara menekan ke Lembahmu
Tergusar Semangat Setia Juang
Memori terpahat Diketuk Paku Bersari

Luka Yang Lama Terpalit
Di Lutut Duka Terhampar
Menghambat Memori Lama Meluka
Kau Hadir Dengan Senyum
Aku Balas Dengan Cuak

On The Spot   :
Fadleena M. Noo 
28.02.2012 

Monday 27 February 2012

Enjoy Party ~ Marlinah & Syaffiq (2)

Nie kesinambungan entry Perkahwinan Marlinah & Syaffiq (1)... Hehehehe... Masa acara malam tue... lewat akak datang sebab menjaga adik di emergency. Sorry ek...

Alahai.... Hehehe... Besonya....






Nduk baa... Syaffiq ko mesti sayang nenek tue tau!

k
Amboi... Malu-malu la kunuk...

My Mom & My Dad...




Kesian ko Yana... Akak layan la bluesmu... Hehehehe
Menantu vs Mentua

Alalalala Bila la turn aku nie... Bila la dia pinang aku nie???

Nie Pengantin baru jugak.. Entry banjir dan gelap.. Hahahahaha Dyan... Psssstttt... Ko ingat ya permintaan akak tue... Da ko laksanakan ker????? Hihihihi

 Nah.... Bersantai di atas bangku pelamin..




I'm with my mom, younger bro & my niece...

Nah... Puteri Duyung melabuhkan tirai...  Hehehe 

Perkahwinan Adik Sepupu ~ Marlinah & Syaffiq (1)

Assalamualaikum... Adik2ku Pewaris Hj. Imam Etong 'CCHII' dan my visitors. Hari ni aku mau share pulak Majlis Perkahwinan Adik sepupuku ~ Marlinah & Syaffiq pada 25 Februari 2012 tue...

Nah... Nie dia pengantin kitorang... Pelamin dorang ni pun 'vogue' u know... Cantik dan kreatif... Korang cuba teka siapa designer dorang nie...
Hahahaha... Tinguk pelamin nie... Cantik kan.. Dengan bunga rambu rambu ramba sana sini... Dengan alas dinding yang liplap liplap, dengan 'red butterfly' yang memukau, dengan bangku yang sooo romantic...
Nie hasil rekaan Tok Imam kita / Jurunikah / Ayah kepada pengantin perempuan kita. Amacam??? Mau buat tempahan?? Hehehe

Ok.. Kita selitkan gambar-gambar Pasangan Bahagia nie... Check it out...


 Nice cake... Cantik kan... Nah aku kasi besar lagi
 Blue tone....
 Syaffiq Dan Marlinah..

Untung dapat 2 ibu dan 2 bapa mertua... Sporting diorang nie... Siok...


Bergambar kenangan dengan nenek kesayangan kitorang.
Peace ...

Nie adik beradik... From Left : Mardiati, Mardiana, Marlina, Mardiah & Hero Tunggal Mohd. Khairul.

Adik dulu nikah... Akak bila lagi??? Langkah bendul tue... Cincin mari... Hehehehehe
Nduk baaaa.... Syapa paling menawan ??? Hihihi

Kembalikan Lina ...

Ayah dan Umi telah mengajar aku agar menjadi seorang yang baik hati, bersopan santun dan hormat orang yang lebih tua. Nenek kesayangan aku Afsah Baran, telah mendidik aku menjadi seorang yang taat kepada Allah, mengajar aku mengaji sehingga khatam AlQuran. Dan aku berbangga, usiaku baru mencecah 7 tahun, aku sudah mahir membaca AlQuran dan menulis tulisan jawi. 

Atukku Hj. Imam Etong Okk Usah dan Nenekku Hjh Hairan Briya telah mengajar aku supaya menjadi seorang yang berbudi bahasa dan akur menjadi cucu seorang imam dan bidan kampung yang dihormati.

Aku ingin dan kekal menjadi diri aku walaupun pernah membuat onar dan menitik calitan hitam. Aku berusaha untuk kekal menjadi seorang cucu yang dulu dididik dengan penuh kasih sayang bercampur ketegasan, Kekal memupuk semangat berkelakuan baik... Masya Allah... Kalau kuingat didikan Arwah Nenekku Afsah Baran, memang aku bersyukur dan menjadi seperti aku sekarang walaupun... Ada sesuatu yang bukan pintaku melanda aku. 

Nek, Lina rindukan nenek... Sangat-sangat rindu... Kalau seperti Dragon Ball.. Jumpa naga dan permohonan...  Itu la permohonan pertama aku... Aku mahu bertemu nenek. Setiap malam aku mengharap agar bisa aku bertemu dengannya didalam mimpi indahku, Kusulam kembali kenangan indah ku bersama nenek kesayanganku ini. Didikannya masih melekat disanubariku.. Dan aku akan usahakan untuk turunkan ke anak-anakku.

Nek... Lina tahu nenek kecewa tapi walaupun begitu, nenek tetap melayan Lina seperti biasa. Kasih sayang Nenek tetap menjalar diurat nadimu dan kau lampiaskan melalui nafas serumu...Untuk aku!

Lina berjanji tidak akan mengecewakan nenek dan orang di sekeliling Lina. Lina akan menjadi seorang yang tidak akan mudah dan tidak akan menjatuhkan, mensia-siakan ajaranmu. Maruahku ibarat maruahmu jugak.

Memang akhir2 ini ada satu dugaan yang Lina terima Nek.. Dan tidak mampu Lina hadapi... Lina berharap agar ada satu tangan menggapai tangan Lina dan Lina boleh keluar dari belenggu ini. Lina tidak termampu menjauhinya kerana ia merupakan sebahagian dari sebelah hati Lina yang hilang.  Kalau Lina lupakannya bererti Lina tidak lengkap kerana mempunyai satu hati yang setengah.

Ya Allah... Kupohon padamu... Permudahkan segala urusanku...

Na'uzubillahiMinzalik!

Sunday 26 February 2012

TAKKAN PISAHKAN ~ Satu Penghayatan Jiwa

Aku tidak tahu... Memang hebat penangan lagu nie...Ku intai2 kisah lama... kubelek2 diari usang... Lagu nie menerjah ke hati yang satu nie... Hebat tol penangan lagu nie.. I dont know why.. Maybe iramanya yang mengalun, syahdu atau mungkin hati aku nie yang syahdu... Ahhh.... What the hell of this feeling???!!!!  Jom... Kita share lirik dia... Paling men'jahanam'kan bahagian chorus... OMG... I'm torn... Murahnya airmataku nie kan??? Nah... Beruntung la sesapa yang cuba menjentik hati aku nie, sedikit saja dijentik... tanpa segan silu... Awan nano dalam hati aku nie memerahkan airnya dari sang mata yang redup .. Wah! 

* Sayang aku ingin berbicara kepadamu tentang apa yang tengah aku rasakan.  Ada apa ada apa katakanlah semuanya kukan dengarkan duhai cintaku.  Bila nanti orang tuamu tak meredhai dengan apa yang kurasa kan padamu, Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya Begitupun orang tuaku Kau takkan tinggalkanmu Takkan pernah... sayangku.  Janjimu janjiku untukmu...

(Chorus )  

Takkan ada yang pisahkan kita Sekalipun kau telah tiada Akan kupastikan kukan memeluk menciummu disyurga... Jangan kau pergi tinggalkan aku Bawa aku kemana kau mahu  Janjiku padamu jiwa dan ragaku mati pun ku mahu * ( Taip koros nie pun bolehnya  ngalir airmata nie .. Adui )


So... Enjoy the song!! Kalo korang pun rasa yang sama... Memang hebat lagu nie...Kalau korang tidak rasa apa2... Memang something la with me... Huhuhu

Saturday 25 February 2012

KAU TIPU AKU

Betapa Remuk Jantungku
Kau Tipu Aku... Kau Tipu Aku...
Betapa sakit hatiku
Kau Buang Aku... Kau Buang Aku

Ku Tatap Langit Yang Hitam
Saat Menanti Malam
Kau Pun Tak Kunjung Datang

Kau Buat Gelap Pelangi
Lalu Kau Datang Lagi 
Membuat Luka Ini

Kau Jangan Mencoba Untuk Disini
Kau Jangan Mencoba Untuk Kembali
Bila Kau Disini Biar Ku Yang Pergi

Kau Telah Ingkari Semua Janjimu
Kau Telah Ingkari Semua Sumpahmu
Sudah Usai Sudah  Cerita Tentang Kita

Jangan Pernah Kau Kembali
Jangan Pernah Kau Disini...

( Kangen Band )
 

KISAH HATI YANG LEBUR

Kisah satu keabadian yang tak terungkap, satu kisah yang nan abadi tapi hanya jadi mainan memori didalam ingatan dan lubuk yang paling dalam.  Tidak menjadi kebencian tapi hanya sebagai satu ingatan dan kenangan paling termanis walaupun pengakhirannya sebuah kedukaan yang menyentap jiwa... Hahahaha So seriously la pulak petang-petang nie... Bercanda dahulu aku di atas kepingan dinding tegak menjunub ke mataku. 

Amboi...

Alkisahnya sebuah kisah lama, tiada koma dan tiada tanda-tanya. Hanya noktah bersilih ganti menanda dan menitik diminda yang berligat memikir. Jiwa itu terlalu mendalam  untuk dimengerti dan tidak bisa dikongsi kerana hanya kata-kata memilukan.

Sebuah hubungan yang terjadi, sedikit kalut kerana pertama menikmatinya. Tiada ibarat kata hanya kerana sesingkatnya membelek novel terkarang dan kisah penutupnya terluah kerana hanya ketidakpuasan hatiku menikmati cinta yang bukan sejati. Cinta yang bukan kepura-puraan, cinta itu ikhlas tetapi menyayat hati sehingga lahirnya sebuah kebencian.  Sentuhan demi sentuhan, menghalangi nikmatnya merasai cinta terindah. Perbalahan menjemputku kerana hanya sentuhan itu, sentuhan jelas meranapkan rasa sayang dan kasih.  

Ia menjadi sebuah kisah yang mati, novel cinta yang dibakar menjadi abu kebencian., kain kebahagiaan yang telah dilipat rapi dan diabadikan di muzium keindahan di hatiku, ibarat sampan tanpa pendayung, kualirkan ke tengah lautan tidak bertepi agar ia bisa terus memunggah angin tanpa perhentian.

Sebuah nikmat menjalani ranap bersama hatiku yang mula mereput dari awalnya. Tulang belulangku terasa merekah sedikit demi sedikit. Sesekali kudengar namamu, sekalian juga didihan takat lebur dalam hatiku menggegar memuntahkan larva-larva sumpahan mahsuriku.  

Sumpahan itu telah menjalar diseluruh pelusuk sanubariku. Melahirkan perasaan yang sedikit gugat dan jenuh. 

Sesungguhnya... Aku tidak membencimu seumur hidupku kerana aku tahu kau sayang aku.  Dan perasaan itu benar-benar melembutkan hatiku yang walang dan gusar.

Thursday 23 February 2012

GAMBAR MELETUP PERKAHWINAN ~ Rodzaidie & Nordiana

Sekarang dah jam 1235am.. Aku ngantuk gila tapi sambil2 menunggu my washing machine bertugas... Aku secalit-calitnya mengambil kesempatan mengxpose gambar-gambar meletup dorang dua orang nie.. Hehehehee... Walau dengan mata yang sedikit mau tertutup nie.. Aku layan jugak blues hatiku yang rancak mau berdansa depan laptop nie...

Saksikan la....
Part sini yang aku suka tinguk.. Macam kerabat diraja jak ...

Cantik nie kek Oooo... Merah putih lagi... My feberit kolor...


Adui Dyan... Apa ka hei jarimu tue... berhandyplast lagi... Kantoi!

Terima Kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi hadir memeriahkan majlis kami ini...

Yang Berhormat siap mendendangkan lagu lagi tapi apesal besan-besan dibelakang tue, menunggu turn ka...
Amboi ... Cantik pose tapi alalalalala...



Sori la termasukkan gmbr nie pulak... Entah apa Pacik Paisal bisik ngan pacik sebelah tue ... Sori yaa.... hihihihi







Antara tetamu yang sudi hadir...



Anduk ba.... Baru pas amik Dottie (Icha) tadi pat Ummie & Abahnya... Sweet Dream my Sleeping Beauty...

Nie adik aku... Faridzan Noh...
Wif anak2 Mummy. From left... Nur Lailatul Qaisyah, Nur Ainatul Alesya, Nur Afeeqah Natasya,it's me,  Nur Tania Arisya, Mohd. Aliff Daniel, Mohd. Afif Afnan & Mohd. Nor Fiqri..

K la... Just here jak... I dont know what to say... hehe