Ayah dan Umi telah mengajar aku agar menjadi seorang yang baik hati, bersopan santun dan hormat orang yang lebih tua. Nenek kesayangan aku Afsah Baran, telah mendidik aku menjadi seorang yang taat kepada Allah, mengajar aku mengaji sehingga khatam AlQuran. Dan aku berbangga, usiaku baru mencecah 7 tahun, aku sudah mahir membaca AlQuran dan menulis tulisan jawi.
Atukku Hj. Imam Etong Okk Usah dan Nenekku Hjh Hairan Briya telah mengajar aku supaya menjadi seorang yang berbudi bahasa dan akur menjadi cucu seorang imam dan bidan kampung yang dihormati.
Aku ingin dan kekal menjadi diri aku walaupun pernah membuat onar dan menitik calitan hitam. Aku berusaha untuk kekal menjadi seorang cucu yang dulu dididik dengan penuh kasih sayang bercampur ketegasan, Kekal memupuk semangat berkelakuan baik... Masya Allah... Kalau kuingat didikan Arwah Nenekku Afsah Baran, memang aku bersyukur dan menjadi seperti aku sekarang walaupun... Ada sesuatu yang bukan pintaku melanda aku.
Nek, Lina rindukan nenek... Sangat-sangat rindu... Kalau seperti Dragon Ball.. Jumpa naga dan permohonan... Itu la permohonan pertama aku... Aku mahu bertemu nenek. Setiap malam aku mengharap agar bisa aku bertemu dengannya didalam mimpi indahku, Kusulam kembali kenangan indah ku bersama nenek kesayanganku ini. Didikannya masih melekat disanubariku.. Dan aku akan usahakan untuk turunkan ke anak-anakku.
Nek... Lina tahu nenek kecewa tapi walaupun begitu, nenek tetap melayan Lina seperti biasa. Kasih sayang Nenek tetap menjalar diurat nadimu dan kau lampiaskan melalui nafas serumu...Untuk aku!
Lina berjanji tidak akan mengecewakan nenek dan orang di sekeliling Lina. Lina akan menjadi seorang yang tidak akan mudah dan tidak akan menjatuhkan, mensia-siakan ajaranmu. Maruahku ibarat maruahmu jugak.
Memang akhir2 ini ada satu dugaan yang Lina terima Nek.. Dan tidak mampu Lina hadapi... Lina berharap agar ada satu tangan menggapai tangan Lina dan Lina boleh keluar dari belenggu ini. Lina tidak termampu menjauhinya kerana ia merupakan sebahagian dari sebelah hati Lina yang hilang. Kalau Lina lupakannya bererti Lina tidak lengkap kerana mempunyai satu hati yang setengah.
Ya Allah... Kupohon padamu... Permudahkan segala urusanku...
Na'uzubillahiMinzalik!
No comments:
Post a Comment