Showing posts with label Hasil Nukilanku. Show all posts
Showing posts with label Hasil Nukilanku. Show all posts

Thursday, 25 February 2016

SEPI ITU HILANG

SEPI ITU HILANG


Sudah lama rasanya aku menyepi
Tiada kuberi perkhabaran 
Semua kulesapkan untuk menyapa rasa

Aku belajar untuk itu
Setelah sekian punah kepercayaan
Aku berhenti untuk memberi
Kerana hambar yang terlalu menguasai

Semua tertulis hikmah
Indah setiap perancanganNya
Memberi sedikit kekuatan
Untuk mencapai rasa keindahan

Setiap gelap hadirnya terang
Bila segalanya memberi kesan mendalam
Serasa teramat menggamit perasaan
Tapi sungguh kerserasaan itu
Nikmat kesakitan yang mengundang kebahagiaan,

Nukilan Seorang Aku
Fadleena M Noo
j121pm 26022016




Monday, 12 January 2015

NUKILANKU : AKU SI WANITA BESI


Aku Si Wanita Besi
Kau Hiris Kau Tepis
Aku Tetap Gah Bangun
Menggagah Kaki
Meski Sakit Tertusuk Keping
Meski Pelbagai Di Perisai Diri
Tidak Akan Mati Jatuh Terintik
Kerana Besarnya Semakin Durjana
Pun Bisa Ku Tempuh Juga Ku Tangkis.


Fadleena Matt Noo
12012015 / j0755pm

Friday, 6 July 2012

Indahnya Hari Ini


Jiwa nan senja telah menjadi terang. Jiwa yang lara telah bebas seperti beburung yang terbang. Segala-galanya mengujakan dengan hari ini, hari keramat yang teramat sungguh sebagai titik dan tanda ingatanku masih cerah. Dulu, sunyi menjadi urat nadiku, kelam menjadi darahku. Tetapi kini... Kau hadir membawa sebiji loceng penanda kesunyian berdenting jauh.

Huh! Akhirnya....

Terlangsai sudah, terembes segala memori  terindah, kuperah segala rindu yang lama, kuluahkan segala rasa terperam, betapa kau telah lama menghilang.Jeritan Pekikku, Tangisan peritku telah pergi, telah hanyut bersama tangisanku yang panjang.  Kini, kau hadir seseri senyuman seseri hatiku.

Tuesday, 24 January 2012

CERPEN : CINTAKU BERTUGU

Berteleku ku sujud di atas tikar sejadah, kupanjatkan doa buat suamiku.Syukur Alhamdulillah, Ya Allah... Kau kurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang dan mengambil berat akan diriku. Aku kasihan melihat dia. Perkahwinan kami sudah lima tahun tapi kami belum dikurniakan anak. Aku sudah berubat di sana sini, moden dan tradisional semua sudah tapi satu pun tidak menjadi. Ahhh memang bukan rezeki kami rasanya. Aku sangat cemburu kepada rakan-rakanku yang lain, yang sudah memiliki anak sedangkan aku hanya mampu tersenyum.  Ada jugak kata-kata nakal halwa telingaku, aku mandul suamiku mandul.. Sungguh sakit hatiku tapi ahhh persetanlah dengan mereka. Kubur masing-masing.

Sila klik  CINTAKU BERTUGU By : Fadleena M Noo 


Alhamdulillah selesai jugak akhirnya kisah ini. 
Terima kasih kepada yang sudi membacanya dan sila beri komen keberhasilan cerpen ini.
Thanx with love...