Thursday 29 November 2012

RALAT SEBUKU LUKA

Assalam... Lamanya aku tak update my loving blog nie... 2 months i guess... 

Banyak sungguh alkisah, tragedi, airmata.
Tapi aku bersyukur, dugaan yang aku hadapi dalam tempoh itu sangat membuka mata dan mindaku... Menyedarkan aku bahawa hidup kita semua bersebab, apa ujian yang Allah bagi semua bertujuan... Kuat lemahnya kita hadapinya melambangkan sekuat teguh iman kita menerimanya.  Memang aku akui, aku memang lemah mulanya, aku terlalu goyah tatkala menerima ujian itu, sangat! Airmata ku laju jak meluncur... Sampai aku rasa macam Kassim Selamat lagaknya...

Tapi bila ku hitung, kudarab, kutambah, kubahagi and kutolak2... Akhirnya aku terima dengan hati terbuka disamping menyudahkannya... Nasib baik ada sahabat setiaku sudi mendengar kelu kesahku, mendengar tangis gundahku...Mengulas seru hatiku... Alhamdulillah..... Bersyukur punya Encik Lucky yang menerimaku seadanya, tidak mudah melenting... Malah Menerangkan hatiku... Thanx!

Dari  sepucuk sumpahan mahsuri, kepada panggilan yang cukup meranapkan untuk memusnahkan sebuah hubungan, Dgn puteri yang kehilangan kasut cinderellanya, dgn raja yang kehilangan cincin manikamnya. Dengan kehidupan zaman Hang Tuah ke zaman Farid Kamil. Dengan Setianya cinta sanggup bermatian, Dengan Cinta Bercurangkan Hasad, Kawan jadi lawan, baik bermakna, Segala2nya menjadi SATU...

Tapi Semuanya bisa ku atasi... Walau Beribu Sesalan, Beribu Kesakitan, Beribu Kedukaan... Alhamdulillah...

Tuesday 18 September 2012

:: Pandangan serong tetap pada aku ::

Susahkan hidup ini... Memang apa yang berlaku baik buruk semua menuding kepada aku. 

"Tidak la"... "Ndak la ba tu"... "Jgn kau begitu baaa"... "Perasaanmu saja tuh"...

Yang menghadap aku.... Semuanya aku... 

Kadang2 rasa dunia nie tidak adil walhal kita sendiri yang mengadili dunia... Semua sudah Allah tentukan tapi kekadang orang tetap bermereng memandang... Nampak kelibat hitam... Haaa memang la tuh! Tudingan membunuh diri...

Dimana aku mahu letak diri aku .... ? Dimana aku mahu singkirkan perasaan kurang enak itu...? Memang aku tahu... Mengadu kepada Allah... Allah
mendengar tapi sekeliling tidak akan faham... 

Tapi yang susahnya... Orang kepercayaan tidak percaya malah menjatuhkan aku... Menuduh aku... Mempertikaikan aku... Dengan siapa harus mengadu... ?

Diam? Itu yang terbaik yang aku rasa setakat ini.... :,(
 

Thursday 13 September 2012

Kadang kulihat satu

Dari kesamaran itu...
Aku tahu kau merenung tajam ke arahku...
Ada janji belum tertunai...
Ada sumpah belum termakbul...
Ada hati harus dibungai...

Aku adalah aku... Kau adalah kau...
Punya jauh bezanya...
Tiada makna tiada bermakna
Tiada erti tiada bererti
Kau jauh sangat tapi dekat sedikit
Aku melupakan tapi sukar memadamkan

Kau ceria hatimu nestapa
Aku nestapa hatiku ceria
Tersangkal jauh tapi kutahu satu
Perasaanku perasaanmu 
kekadang kulihat satu...

Bisikan ke telingaku...
Fadleena De Matt Noo
14 September 2012

Tuesday 11 September 2012

Warna Hari Indahku Hari Ini

Alhamdulillah... Hari ini sudah genap usiaku ke tuttt hehehe... Takmo takmo... Malas mo sebut... Ngee ~

Syukur aku masih boleh bernafas hingga ke hari ini. Masih boleh mengecapi kebahagiaan bersama Encik Suami dan anak2ku seramai 4 orang. Walaupun debaranku masih mengencang tatkala ketika ini dan hari ini dari kemaren lagi... Anak sulung aku menghadapi UPSR dan hari ini adalah hari keduanya... Mudah2n Anakku tue dapat menghadapinya, menjawab soalan dengan penuh rasa, cekal dan tawakal.  Hanya iringan doa yang termampu dilakukan.

Kehidupanku? Alhamdulillah... Meniti hari demi hari dengan gagahnya bangun sendiri dari jatuh. Pernah mencalitkan onar tapi bisa kuubati dengan dalamnya luka bersama sebuah kolam airmata yang sarat.  Menjadi bahan bualan, menjadi bahan cacian tapi bisa kubuktikan, Aku adalah aku yang tidak bisa lunyai walau banjir melanda.  Pernah 'down' satu ketika dulu... Tapi bangkit dengan lembutnya sepasang tangan menggapaiku.

Kerjaya? Bersyukur punya kerjaya walaupun biasa2 saja tetapi Halal di sisiNya. Walaupun sudah 15 Tahun bertugas, tapi masih banyak yang perlu aku pelajari. Ralat dengan setiap orang yang mengucap syukur tapi sekali kita buat kesilapan... Kebaikan kita menjadi duri untuk mencucuk2 setiap pengorbanan kita. RALAT... 

Teman2... Aku dikelilingi ramai teman yang baik... Menghargai aku... Tetapi pepatah yang satu ini menjadi ingatanku selalu... Teman yang baik tidak semestinya menjanjikan kebaikan tetapi teman yang kita lihat 'tak sayang mulut' itu la yang bisa menyambut tangan kita, mengelap airmata kita tatkala ditimpa musibah dan sebagainya. Teman untuk ketawa memang ramai tapi teman untuk menangis bersama, berkongsi rasa amatlah sukar ditemui.

Suamiku? Alhamdulillah... Caring orangnya, penyayang, bertanggungjawab... Berbakti dengan orangtuanya.  Doktor aka Pakar kesihatan ketika sakitku. Kerana mahukan keluarganya sihat, makanan tambahan aka vitamin / herba berlambak dirumah, Kalau dah berkhutbah pasal penjagaan kesihatan... Standby jak kapas letak ditelinga... Memang jenis menjaga kesihatan orangnya... "Yang, jangan lupa makan ini... makan itu..." Aduh! Aku suka kalau tyme lepas bersalin... Rasa sangat diri dihargai... Datang la sudah minta puji ku berganda2... Kemanjaan... Ngee~ Sekarang dah tak buli mengandung lagi... Huhuhu... Semoga Allah beri ketetapan hati kepada Abang untuk terus menerus menyayangi aku dan anak2... Tidak berubah walau sedikitpun. Aku Sayang Dia tapi maluuu ah! Hehehe

Anak2ku? Aku bersyukur punya anak 4 orang didalam usia ini.. Kudoakan agar anak2ku berjaya dalam hidup dan menjadi orang yang berguna / berjasa pada orang tua, adik beradik, kuarga dan negara.

Erm...

I think, ini sahaja yang dapat kukongsikan. Lama da tidak update blog aku nie...  Rasa sibuk menjalar disetiap darah dagingku... Tidak punya masa, kekangan demi kekangan... But... Disubuh ini... 

Aku cuba untuk melakar indah hatiku hari ini. Menconteng dan mewarnai rasa sukaku.  Titik kegembiraan kuharap menjadi bola-bola besar dan sentiasa melantun ke sana ke mari dan melarik senyum indahku. 

Kepada pandangan 'Mata' di sana itu... Kupohon sejuta maaf di atas perginya 'Aku' dari dakapmu.. Kepada senyuman Indah di sana itu... Kupohon sejuta rasa agar kau tidak 'resah' menerima segulung kenangan dulu diikat bersama riben berwarna merah buat pengetat agar tidak 'menjenguk' aku lagi. 

Salam indah, salam sayang ku buat semua... :,(

Sunday 2 September 2012

Istimewanya Hari Ini


Assalamualaikum...

Hrmmm... Today is 02 September 2012 and the special today isss.... what aaa...? Erm... My Birthday? No laaa... Jauh lagik...

Hahahaha That's was my date when i start dari remaja di alam persekolahan ke Alam pekerjaan... Itu adalah tarikh dimana aku tinggalkan zaman persekolahanku... Sanggup! 

Hari ini genap 15 tahun aku berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sinopsisnya ketika itu, aku masih bersekolah dalam Tingkatan 6 Rendah... Dapat temuduga dan sekaligus sebulan kemudian aku bekerja sebagai Pembantu Tadbir... Kerja yang biasa sahaja tapi HALAL...

Aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah... Aku tidak merasa kekurangan kerana Apa adanya diriku... Aku bangga sedikit ... Ngeee tidak banyak laaa...

Baaa hanya nie jak komentar aku for this tyme... Hehehe See U Soon...

Monday 27 August 2012

Ampuni Aku Kekasihku

Subhanallah...
Terlalu perit dan aku terkedu, kisah itu memukau hatiku yang terlalu kuno dan naif... Ada kisah itu, sangkaku tak wujud...MasyaAllah...

Aduh!

Aku terduduk. Memang nyata aku punya silap, aku berubah dan cuba menjadi yang terbaik. Tapi dek kisah itu, aku merasa sgt bertuah kerana walaupun adanya diriku tetapi tidak sejauh jaraknya aku melangkah.

Moga aku dijauhkan ke langkah itu, 
Moga aku diterangkan hati tidak pernah merasa malap... 
Ya Allah...  Hati aku kuatkan... Hati aku teguhkan...
Aku tidak mahu hanyut seperti 'mereka'...

Airmata itu mengalir amat menderu lagunya...
Aku tahu tiada sempurnanya aku dimataMu... 
Tapi aku tahu ciptaanMu terlalu sempurna...
Aliran deras itu terus menyampaikan lagu berbunga duka...
Rintikan itu terus membungakan rasa pekung membeku...

Huh! Sungguh...
Jauhkan aku...
Aku kesal dan menyesal...
Aku tahu CintaMu padaku tidak berkurangan...
Malah semakin menyala
kerana ingatanku tidak pernah putus kepadaMu.


Tuesday 31 July 2012

Aku Dan Gitarku : Kau Membohongiku


Assalam... Lamanya dah tak update blogku nie... Well.. Aku just mahu share kod gitar lagu "Kau Membohongiku"... Senang jak kod dia, bagi sesapa yang baru belajar2 macam aku... Try laa...

So, enjoy for this chord...
 
D               Bm
Mengapa kau menjauhiku
        G               A
Mengapa kau meninggalkanku
        D               Bm
Ternyata kamu selingkuh
        G               A
Selingkuh di belakangku

        G               D
Lalu apa kau memanggilku
        G               A
Tiba-tiba kau minta maaf padaku

        D               Bm
Aku ingin engkau pergi
        G               A
Dalam hidupku tanpa dirimu
        D               Bm
Tapi ku tak rela
        G               A
Meninggalkan dirimu sayang
      D               Bm
Mengapa kau menjauhiku
        G               A
Mengapa kau meninggalkanku
        D               Bm
Ternyata kamu selingkuh
        G               A
Selingkuh di belakangku

        G               D
Lalu apa kau memanggilku
        G               A
Tiba-tiba kau minta maaf padaku
 
 
Me : Sedap lagu nie, first tyme dengar i enjoy... My daughter favourite song nie... Mula dengar diorang nyanyi bebel2 jugak mulut, lagu apa la bah tuh... One tyme aku tdgr anak kecikku nyanyi2 lagu nie walaupun butir kata tak faham langsung tapi rentak dan melodi sama... Aku cuba menjadi mereka dan menyelami rentak lagu nie.. Erm... Memang Sedap and aku terus cuba menggorengnya... Well so far so good!

Wednesday 18 July 2012

Kronologi Kelahiran Nur Daniella Danisya aka Icha

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah umur anakku yang 'bongsu' dan memang bongsu nie 2 tahun.  Icha lahir tanpa dirancang, inilah baru namanya rezeki turun dari langit. 
Sebelum aku disahkan mengandung Icha, aku mengalami keguguran dengan usia kandungan ketika itu dua bulan. Sedih bukan alang kepalang, menangis ndak sudah. Sebelum kejadian berlaku aku telah bermimpi sebelum itu dimana aku melihat seorang bayi terjatuh ke dalam parit yang penuh air. Aku cuba menyelamatkan bayi itu, tetapi terlepas dari genggamanku. Aku tersedar dari tidur dan tersentak seketika apabila kurasa basah dibawah punggungku. Aku cuba bangun dan terasa nyeri dibawah perutku. Ku bangun dan kuberpaling cadarku ada darah yang terlalu banyak berbentuk love (hehe bentuk punggungku). Aku terkedu... Bukan rezekiku... Pagi2 itu aku berkemas seperti biasa untuk ke tempat kerja dan berharap baby dalam perutku ini dapat diselamatkan. Di sekolah (pejabat) aku mendiamkan diri sahaja dan berharap tiada apa2 yang tidak baik berlaku. Nyeri perutku semakin kuat. Aku ke tandas dan semakin banyak darah keluar. Aku telefon adikku untuk mengambil aku di sekolah kerana sakit perutku semakin kuat. Aku minta keizinan  pihak pentadbir untuk keluar ke hospital (emergency). Sesampai ku di kereta, aku maklum kepada adikku Farah mengenai keadaanku... Hehehe terus bunyi esakan dalam kereta... Hahaha... Aku apa lagi... cam suara Ziana Zain pun ada... Cam Siti Nurhaliza pun ada...Macam saja bha.. Hahaha
Aku kemudian dimasukkan ke wad dan diarah berpuasa untuk proses 'cuci'. Aku tak risau dan takut, sebab ini bukan pengalaman kali pertama... Sebelum nie aku pernah keguguran sebanyak 2 kali. Jadi bab cucuk2 jarum dilengan dah jadi lali dengan aku...
Yes ! Selepas 3 bulan kemudian... Aku muntah biawak hehehe Bermaksud aku mengandung. Happy sangat, si Babah pun happy sangat... Mahu dapat anak lagi n hopefully baby boy kunuk... Aku siap pilih nama lagi... Muhd. Ariel Danish...
Alahanku tidak teruk masa mengandung nie, cuma muntah2 biasalah... Pastu aku suka mekap2... Siap ikut kursus mekap lagik, mahu bercantik2 saja kerjaku. Padahal perut dah terjojol ke depan.  Masuk kandunganku 5 bulan, aku sudah tidak larat... Dengan keadaan darah kurang, aku tidak larat asyik menelan ubat sebesar2nya, makan bayam rebus, makan hati dan sebagainya tapi darahku tetap tidak bertambah. Perut makin besar dari hari ke hari, masuk restoran, orang tinguk perut tinguk mukaku... Macam alien kalik dorang sangka aku nie... Huhuhu... Besar kandunganku dan ramai berpendapat yang aku mengandung kembar. Aku suka jugak tapi hehehehe scan satu jak bha. Bulan2 terakhir, darahku belum stabil terpaksalah aku menerima suntikan 10 kali selang sehari... Aduh siksanya.. Aku kctaw korang laa... Elakkan menerima suntikan nie. Sakit Oooo....
Tiba la masa ditunggu2... Dueku sebenarnya 15 Julai 2010 tetapi terlajak ke angka 19. Hehehe Dari malam 18 tuh aku rasa sudah tidak selesa... Tidurku gelisah dan ada rasa nyeri sikit  di bawah perut. Abang balik2 turun naik turun naik menengok keadaan aku ( Kami tidur tingkat bawah kerana menjaga mertua yang sakit ) tapi malam itu, aku tidur di atas kerana aku rasa kurang selesa di bawah. Jam 7 pagi, ada tanda sudah aku rasa dan abang menelefon pejabatnya untuk memaklumkan yang abang tidak turun bekerja. Jam 8 pagi aku dan abang ke hospital dan terus masuk ke Labour Room.
Staf2 and pelatih2 masa tuh bertungkus lumus menjalankan prosedur ke atas aku. Mereka menyangka aku mengandung anak kembar. Aku kata tidak. Mungkin perutku sebesar ini kerana air yang banyak didalam kandunganku. Mereka memecahkan air tetubanku dan menekan2 perutku agar air tetuban tidak berbaki didalam. Menggelikan hatiku... Perutku tidak surut walaupun air tetuban telah dikeluarkan. Aku tengok abang, anduk bha keningnya da bercantum menengok aku.. Kesian kalik dia ngan aku kan berjuang untuk mengeluarkan zuriatnya. Adeh... Hehehe Tania yang ketika itu baru berumur 3 tahun turut bergenang airmata. Kalau aku tanya kisah itu dengannya sekarang ini pun Tania masih ingat. Kesian Mummy kena suntik, katanya.
Aku disaran menjalankan pembedahan kerana risau dengan size baby dalam perut. Sebenarnya doktor sudah menyukat size baby sebelum nie... Cuma 2.5 kg, tapi... Lain pula jadiknya...
Doktor juga menyarankan aku menjalani proses 'berpotong' dan abang setuju dan menandatangani borang... Bergenang sekali lagi airmata ini kerana aku tahu, kesejatianku sebagai seorang wanita berakhir hari itu juga. Huh!
Aku ditolak ke wad pembedahan... dan berjalan selama hampir satu jam. Satu pengalaman yang indah dan terima kasih di atas layanan staff hospital pada hari tuh.. Salute laa...
Maka Icha lahir dengan beratnya 4.25kg.Alhamdulillah... Baby Girl... Pada mulanya kusangkakan Baby Danish... Tapi Baby Danisya sebenarnya. Yang lucunya, time tuh pampers Newborn tidak muat ngan Icha..Alalalala size M baru ngam2... Betapa...
Dengan gabungan nama anak2ku... Ku dengan persetujuan abang yang memang tidak pernah membantah apa sahaja nama yang kupilih. Kami dengan sepakat menamakan anak baru kami ini dengan nama " Nur Daniella Danisya "... Dengan nama panggilan Icha... ( Nama nie diberi oleh Abah Wan nya & Umi Rynn nya )
Alhamdulillah...
Hari ini Icha genap dah 2 tahun... Aku share sini gambar2 Icha ... Miss this moments...








  



























Thanx for read it...

Friday 6 July 2012

Indahnya Hari Ini


Jiwa nan senja telah menjadi terang. Jiwa yang lara telah bebas seperti beburung yang terbang. Segala-galanya mengujakan dengan hari ini, hari keramat yang teramat sungguh sebagai titik dan tanda ingatanku masih cerah. Dulu, sunyi menjadi urat nadiku, kelam menjadi darahku. Tetapi kini... Kau hadir membawa sebiji loceng penanda kesunyian berdenting jauh.

Huh! Akhirnya....

Terlangsai sudah, terembes segala memori  terindah, kuperah segala rindu yang lama, kuluahkan segala rasa terperam, betapa kau telah lama menghilang.Jeritan Pekikku, Tangisan peritku telah pergi, telah hanyut bersama tangisanku yang panjang.  Kini, kau hadir seseri senyuman seseri hatiku.

Sunday 1 July 2012

Cantikkan Diri Kerana Dirimu Begitu berharga!

Dua hari aku dalam keadaan sakit, dua hari aku dalam keadaan tidak selesa. Dua malam tidur tidak berapa lena, mundar mandir saja. Memang tidak selesa habis la... Aku rasa macam tidak bermaya daa... Asyik merungut.. mengeluh jak... Sampai kesian Abang membongkar setor mencari Mesin urut Ogawa untuk aku guna... Huh! Dalam hatiku mau berurut la nie... Tidak boleh pakai Ogawa nie sbb pas berurut mesti sakit.  So, teringat ngan Kak Pah yang pernah berjumpa dengan aku satu ketika dulu semasa temujanji d Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak. dan ditambah lagi dengan 'syor' Kak Ida untuk ke tempat Kak Pah.  So, dengan sekuat-kuat semangat, tidak mahu lentur lagi, aku gagahkan kaki memandu untuk ke Taman Aman 3.
Alhamdulillah... Kak Pah ada dirumah.. Orangnya memang peramah dan kita tidak segan untuk diurut. Selepas dari urutan tuh, aku rasa cukup selesa. Kata Kak Pah, dalam badan aku ada angin bisa. Kesian Kak Pah tidak henti2 sendawa dan meludah ( kerana urutan tradisional aura - effect kepada pengurut ).
Disamping perkhidmatan mengurut, banyak lagi perkhidmatan yang dilakukannya termasuk tempahan katering, kuih-muih tradisional dan baju sewaan. Seperkara lagi, kalau sesapa mahu zuriat... Sila la mencuba... InsyaAllah... Ramai yang mencuba, makbul... Dengan izin Allah...

Ini adalah koleksi jualan langsungnya... Pelbagai jenama... Sendayu Tinggi dan sebagainya...
 Rawatan dalaman wanita dan untuk lelaki pun ada juga. Untuk hubungan suami isteri pun ada juga... Kalau berminat sila la... hehehe



 Ini adalah sijil2 Kah Pah yang turut dipamerkan di premis nie..

Disini aku kongsikan harga-harga perkhidmatan :-

Urut   :   RM25.00
Sauna :   RM45.00
Rawatan Rambut   :  RM30.00
Rawatan Muka    :   RM30.00
Rawatan Kaki    :   RM30.00
Rawatan Badan  :  RM30.00
Mandi Herba    :   RM45.00
Mandi Bunga   :  RM30.00
Rawatan Resdung   :   RM35.00

PAKEJ URUTAN  :

Urut / Mandi Rempah   :  RM60.00

Urut & Sauna    :  RM60.00

Bodyscrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi muka dan urut  :  RM180.00

Lulur badan, rawatan rambut, mandi bunga, rawatan muka dan urut  RM150.00

Rawatan rambut, rawatan muka, lulur badan, mandi bunga, urut dan rawatan resdung  :  RM185.00

Rawatan muka, lulur badan, mandi bunga dan rawatan rambut : RM120.00

Scrub, sauna, lulur badan,rawatan rambut, rawatan muka dan mandi bunga  :  RM150.00

Scrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi  bunga, urut dan rawatan resdung  :  RM215.00

Lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi bunga dan rawatan resdung   :  RM155.00

Sauna 1 kali +  urut 3 hari    :   RM110.00

WANITA SELEPAS BERSALIN

Urut sahaja       :    RM35.00
Pakej lengkap  
- Berasap, mandi, tungku, urut, lulur, bengkung, jamu, mandi bayi 
RM70.00

# Menyediakan perkhidmatan urut ke rumah pelanggan

Nah... Sesapa yang rasa mahu mendapatkan perkhidmatan, sila la datang memang puas hati.

Kata-kata nasihatnya yang membuat aku rasa terpukau...

Kita sebagai seorang ISTERI...
Jagalah diri dan penampilan kita...
Mestilah sentiasa dipandang cantik ...
Bergaya cantik tidak semestinya dirumah sahaja, diluar kita mesti sentiasa kelihatan cantik tetapi nawaitu harus satu, untuk suami...

Pegang kata2...
Dalam rumah dia suami kita...
luar rumah dia bukan suami kita...
Oleh itu, kita harus tahu dan pandai mengambil hati suami dan mesti sentiasa cantik untuk suami...
Bukan cantik luaran sahaja tapi dalaman juga harus cantik... Oleh itu... Hehehe sendiri mahu ingat!

Pinjam kata2 Kak Jidah Koleksi...

CANTIK ITU HARUSssss....

Tanam dalam hati nie mahu terus kelihatan cantik... Lucky kita pun sedap mata nengok. Kalo serabai, macam orang tengah dalam pantang...susah laa Hehhehe Orang pantang bersalin pun berseri2 muka, nie lagi kita... Wah! Kg pun kena kurang2kan.. Huhuhu... Mana da DrDietku... Elken.. Dah 8 bulan dibeli 1 peket jak baru diminum... Kena bongkar balik nie... Kalo kazen aku Kak Zat Zarina from Papar my upline tau abes la aku... LD Venus ada 24 botol dalam baru 3 aku minum... Huhuhu macamana la nie.... WinTea... Dalam satu kotak baru 4 peket aku minum... Huhuhu... Jus Perawan... Wah! Hehehe expired daaa x diminum... Herbalife? Jgnkan terbiar, botolnya pun ntah mana daaa.... After this situation... Aku mo hargai setiap apa yang aku miliki dan aku mahu lebih memahami hati orang yang menyayangi aku... Hidup dengan aku, sebilik dengan aku, sekatil ngan aku, sebantal ngan aku... Hehehe sebab aku seorang yang 'pemalu' masih seperti dulu...

Ok da..da...

Wednesday 27 June 2012

Kisah Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah




SUDAH CUKUP SUDAH

Korang pasti pernah dengar lagu nie, pernah bersiul2 lagu nie, pernah nyanyi2 lagu nie ... Hehehee...
Erm... Lagu nie memang very the... Mula2 aku dengar lagu nie, aku rasa something gak sebab lirik lagu nie macam seolah2 perbualan kita seharian.. SUDAH CUKUP SUDAH... Disamping alunannya lagi macam ala-ala dangdut hehehe... Memang aku minat lagu nie ( pernah jadi lagu latar blogku ) 
Lagu nie berkisarkan tentang orang yang kecewa... Sekalinya.... Uiyooo... Lagu ini terhasil adalah kerana mengingati sahabat penyanyi nie yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.

Adoi.... Patut cam berhantu lagu nie... Hehehee...

JIwang semacam...

Alkisahnya , sahabat mereka nie sangat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara. Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah..biarlah aku pergi saja,”.  Mereka sangat terharu mendengar luahan rasa oleh sahabat mereka nie.

Tidak lama kemudian, mereka mendapat berita sahabat mereka itu ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.

Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.

“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” kata penyanyi band tuh...

Huh! Begitu kunuk ceritanya.... Hmmm.... 

p/s teringat pulak satu kisah dulu kala... Orang 'itu' Sanggup tersiksa dan merana kerana ditinggalkan kekasih hati... Dan Alhamdulillah... Dia berbahagia kini. Itu la makanya, setiap kejadian ada hikmahNya dan ada janji yang pasti terbaik untuk kita di dunia ini... Syukurilah di atas segala Nikmat ataupun Keperitan yang telah Allah berikan... Semuanya adalah ujian dan rencah kehidupan dalam menjadi MANUSIA yang betul2 MANUSIA... Dan tandanya Allah sayang kita...

# Cukup Cukup Sudah... Cukup Sampai Disini Saja... Daripada Batin Tersiksa Lebih Baik Ku pergi Saja ...

Got story from  :  www.fuzore.com

Thursday 21 June 2012

Damai yang mendamaikan

Damai yang mendamaikan... Bukan jawapan bagi hati yang tertanya. Bukan jawapan untuk duka yang terlangsai. Bukan jawapan untuk nafsu yang berbayar. Bukan jawapan untuk setiap persoalan walhal nadinya tersumbat oleh suatu ketidakwarasan.


Gila memang gila dengan keputusan. Menduga menjadikan satu mimpi ngeri kembali hadir menusuk-nusuk setiap sendi.  Ibarat hati tersayat dek belati tajam.

Sesal, Sesalan, Penyesalan, Kesalan, Kesesalan... 

Merangkum menjadi satu.   Tanda satu seruan kebencian menanda setiap inci samada hukuman ka atau bukti ka atau menyerah ka atau bersabar ka... Hati menjadi terlebih-lebih pasrah. Seperti Gempita merempit dikala hujan dihati masih menjadi rintik. Huhh... Inikah memang takdirnya atau inikah satu tanda berakhirnya sesuatu yang sepatutnya diakhiri.

Hidup memang merumitkan. Tapi hidup ini memberikan sejuta kemanisan dan kepahitan. Bersyukur menjadi penghuni duniawi, walaupun kepahitan yang ditanda dari azali sukar dihadapi. Terima dengan hati yang lapang walhal mata ini selalu digenangi oleh lautan kepedihan dan keperitan.

Terima kasih sang angin, kau selalu meniupkan aku sepoi kasih-sayangmu... Terima kasih sang mentari, kau selalu mengeringkan kolam yang berlopak dimataku.. kau menyinarkan aku dikala hati disirna kedukaan... Terima kasih sang malam, kau menyedarkan aku situasi perbezaan di antara terang dan kegelapan. Kau menyuluhku dikala ku dihimpit keresahan.

Monday 18 June 2012

Aku Dan Gitarku : Ramalanku Benar Belaka


RAMALANKU BENAR BELAKA

Am      Dm
Hingga ke saat ini
G         C
Pelbagai persoalan

Am    Dm
Tak henti melanda

E    Am
Buntu ku memikirkannya

Am        Dm
Kau memilih diriku

G          C
Di atas dasar apa
Am         Dm
Adakah kerna cinta

E        Am
Atau pelepas sepi cuma

Dm    G   C   Am
Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan

Dm     E     Am
Membiarkan ranting dimamah usang

Dm     G   C    Am
Apakah semua itu akan terjadi padaku

Dm    E     Am
Andainya benar maka benarlah apa yang kuramalkan

F    E    Am
Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama

F      E     Am
Dari satu daripada ungkapan syahdu bahawa aku takkan kehilanganmu

Dm           Am
Susah payah kita semai benih cinta

Dm
Menempuh dugaan

E
Akhirnya kau tinggalkan

F     G
Sia-sialah kubina istana cinta

Am      Em      Am
Andai insan lain dihatimu bertakhta


Solo....


Hingga ke saat ini

Kumasih mengenangkan

Detik-detik terindah

Yang dulu kesudahan aku parah