Wednesday, 18 July 2012

Kronologi Kelahiran Nur Daniella Danisya aka Icha

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah umur anakku yang 'bongsu' dan memang bongsu nie 2 tahun.  Icha lahir tanpa dirancang, inilah baru namanya rezeki turun dari langit. 
Sebelum aku disahkan mengandung Icha, aku mengalami keguguran dengan usia kandungan ketika itu dua bulan. Sedih bukan alang kepalang, menangis ndak sudah. Sebelum kejadian berlaku aku telah bermimpi sebelum itu dimana aku melihat seorang bayi terjatuh ke dalam parit yang penuh air. Aku cuba menyelamatkan bayi itu, tetapi terlepas dari genggamanku. Aku tersedar dari tidur dan tersentak seketika apabila kurasa basah dibawah punggungku. Aku cuba bangun dan terasa nyeri dibawah perutku. Ku bangun dan kuberpaling cadarku ada darah yang terlalu banyak berbentuk love (hehe bentuk punggungku). Aku terkedu... Bukan rezekiku... Pagi2 itu aku berkemas seperti biasa untuk ke tempat kerja dan berharap baby dalam perutku ini dapat diselamatkan. Di sekolah (pejabat) aku mendiamkan diri sahaja dan berharap tiada apa2 yang tidak baik berlaku. Nyeri perutku semakin kuat. Aku ke tandas dan semakin banyak darah keluar. Aku telefon adikku untuk mengambil aku di sekolah kerana sakit perutku semakin kuat. Aku minta keizinan  pihak pentadbir untuk keluar ke hospital (emergency). Sesampai ku di kereta, aku maklum kepada adikku Farah mengenai keadaanku... Hehehe terus bunyi esakan dalam kereta... Hahaha... Aku apa lagi... cam suara Ziana Zain pun ada... Cam Siti Nurhaliza pun ada...Macam saja bha.. Hahaha
Aku kemudian dimasukkan ke wad dan diarah berpuasa untuk proses 'cuci'. Aku tak risau dan takut, sebab ini bukan pengalaman kali pertama... Sebelum nie aku pernah keguguran sebanyak 2 kali. Jadi bab cucuk2 jarum dilengan dah jadi lali dengan aku...
Yes ! Selepas 3 bulan kemudian... Aku muntah biawak hehehe Bermaksud aku mengandung. Happy sangat, si Babah pun happy sangat... Mahu dapat anak lagi n hopefully baby boy kunuk... Aku siap pilih nama lagi... Muhd. Ariel Danish...
Alahanku tidak teruk masa mengandung nie, cuma muntah2 biasalah... Pastu aku suka mekap2... Siap ikut kursus mekap lagik, mahu bercantik2 saja kerjaku. Padahal perut dah terjojol ke depan.  Masuk kandunganku 5 bulan, aku sudah tidak larat... Dengan keadaan darah kurang, aku tidak larat asyik menelan ubat sebesar2nya, makan bayam rebus, makan hati dan sebagainya tapi darahku tetap tidak bertambah. Perut makin besar dari hari ke hari, masuk restoran, orang tinguk perut tinguk mukaku... Macam alien kalik dorang sangka aku nie... Huhuhu... Besar kandunganku dan ramai berpendapat yang aku mengandung kembar. Aku suka jugak tapi hehehehe scan satu jak bha. Bulan2 terakhir, darahku belum stabil terpaksalah aku menerima suntikan 10 kali selang sehari... Aduh siksanya.. Aku kctaw korang laa... Elakkan menerima suntikan nie. Sakit Oooo....
Tiba la masa ditunggu2... Dueku sebenarnya 15 Julai 2010 tetapi terlajak ke angka 19. Hehehe Dari malam 18 tuh aku rasa sudah tidak selesa... Tidurku gelisah dan ada rasa nyeri sikit  di bawah perut. Abang balik2 turun naik turun naik menengok keadaan aku ( Kami tidur tingkat bawah kerana menjaga mertua yang sakit ) tapi malam itu, aku tidur di atas kerana aku rasa kurang selesa di bawah. Jam 7 pagi, ada tanda sudah aku rasa dan abang menelefon pejabatnya untuk memaklumkan yang abang tidak turun bekerja. Jam 8 pagi aku dan abang ke hospital dan terus masuk ke Labour Room.
Staf2 and pelatih2 masa tuh bertungkus lumus menjalankan prosedur ke atas aku. Mereka menyangka aku mengandung anak kembar. Aku kata tidak. Mungkin perutku sebesar ini kerana air yang banyak didalam kandunganku. Mereka memecahkan air tetubanku dan menekan2 perutku agar air tetuban tidak berbaki didalam. Menggelikan hatiku... Perutku tidak surut walaupun air tetuban telah dikeluarkan. Aku tengok abang, anduk bha keningnya da bercantum menengok aku.. Kesian kalik dia ngan aku kan berjuang untuk mengeluarkan zuriatnya. Adeh... Hehehe Tania yang ketika itu baru berumur 3 tahun turut bergenang airmata. Kalau aku tanya kisah itu dengannya sekarang ini pun Tania masih ingat. Kesian Mummy kena suntik, katanya.
Aku disaran menjalankan pembedahan kerana risau dengan size baby dalam perut. Sebenarnya doktor sudah menyukat size baby sebelum nie... Cuma 2.5 kg, tapi... Lain pula jadiknya...
Doktor juga menyarankan aku menjalani proses 'berpotong' dan abang setuju dan menandatangani borang... Bergenang sekali lagi airmata ini kerana aku tahu, kesejatianku sebagai seorang wanita berakhir hari itu juga. Huh!
Aku ditolak ke wad pembedahan... dan berjalan selama hampir satu jam. Satu pengalaman yang indah dan terima kasih di atas layanan staff hospital pada hari tuh.. Salute laa...
Maka Icha lahir dengan beratnya 4.25kg.Alhamdulillah... Baby Girl... Pada mulanya kusangkakan Baby Danish... Tapi Baby Danisya sebenarnya. Yang lucunya, time tuh pampers Newborn tidak muat ngan Icha..Alalalala size M baru ngam2... Betapa...
Dengan gabungan nama anak2ku... Ku dengan persetujuan abang yang memang tidak pernah membantah apa sahaja nama yang kupilih. Kami dengan sepakat menamakan anak baru kami ini dengan nama " Nur Daniella Danisya "... Dengan nama panggilan Icha... ( Nama nie diberi oleh Abah Wan nya & Umi Rynn nya )
Alhamdulillah...
Hari ini Icha genap dah 2 tahun... Aku share sini gambar2 Icha ... Miss this moments...








  



























Thanx for read it...

No comments: