Dua hari aku dalam keadaan sakit, dua hari aku dalam keadaan tidak selesa. Dua malam tidur tidak berapa lena, mundar mandir saja. Memang tidak selesa habis la... Aku rasa macam tidak bermaya daa... Asyik merungut.. mengeluh jak... Sampai kesian Abang membongkar setor mencari Mesin urut Ogawa untuk aku guna... Huh! Dalam hatiku mau berurut la nie... Tidak boleh pakai Ogawa nie sbb pas berurut mesti sakit. So, teringat ngan Kak Pah yang pernah berjumpa dengan aku satu ketika dulu semasa temujanji d Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak. dan ditambah lagi dengan 'syor' Kak Ida untuk ke tempat Kak Pah. So, dengan sekuat-kuat semangat, tidak mahu lentur lagi, aku gagahkan kaki memandu untuk ke Taman Aman 3.
Alhamdulillah... Kak Pah ada dirumah.. Orangnya memang peramah dan kita tidak segan untuk diurut. Selepas dari urutan tuh, aku rasa cukup selesa. Kata Kak Pah, dalam badan aku ada angin bisa. Kesian Kak Pah tidak henti2 sendawa dan meludah ( kerana urutan tradisional aura - effect kepada pengurut ).
Disamping perkhidmatan mengurut, banyak lagi perkhidmatan yang dilakukannya termasuk tempahan katering, kuih-muih tradisional dan baju sewaan. Seperkara lagi, kalau sesapa mahu zuriat... Sila la mencuba... InsyaAllah... Ramai yang mencuba, makbul... Dengan izin Allah...
Ini adalah koleksi jualan langsungnya... Pelbagai jenama... Sendayu Tinggi dan sebagainya...
Rawatan dalaman wanita dan untuk lelaki pun ada juga. Untuk hubungan suami isteri pun ada juga... Kalau berminat sila la... hehehe
Ini adalah sijil2 Kah Pah yang turut dipamerkan di premis nie..
Disini aku kongsikan harga-harga perkhidmatan :-
Urut : RM25.00
Sauna : RM45.00
Rawatan Rambut : RM30.00
Rawatan Muka : RM30.00
Rawatan Kaki : RM30.00
Rawatan Badan : RM30.00
Mandi Herba : RM45.00
Mandi Bunga : RM30.00
Rawatan Resdung : RM35.00
PAKEJ URUTAN :
Urut / Mandi Rempah : RM60.00
Urut & Sauna : RM60.00
Bodyscrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi muka dan urut : RM180.00
Lulur badan, rawatan rambut, mandi bunga, rawatan muka dan urut RM150.00
Rawatan rambut, rawatan muka, lulur badan, mandi bunga, urut dan rawatan resdung : RM185.00
Rawatan muka, lulur badan, mandi bunga dan rawatan rambut : RM120.00
Scrub, sauna, lulur badan,rawatan rambut, rawatan muka dan mandi bunga : RM150.00
Scrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi bunga, urut dan rawatan resdung : RM215.00
Lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi bunga dan rawatan resdung : RM155.00
Sauna 1 kali + urut 3 hari : RM110.00
WANITA SELEPAS BERSALIN
Urut sahaja : RM35.00
Pakej lengkap
- Berasap, mandi, tungku, urut, lulur, bengkung, jamu, mandi bayi
RM70.00
# Menyediakan perkhidmatan urut ke rumah pelanggan
Nah... Sesapa yang rasa mahu mendapatkan perkhidmatan, sila la datang memang puas hati.
Kata-kata nasihatnya yang membuat aku rasa terpukau...
Kita sebagai seorang ISTERI...
Jagalah diri dan penampilan kita...
Mestilah sentiasa dipandang cantik ...
Bergaya cantik tidak semestinya dirumah sahaja, diluar kita mesti sentiasa kelihatan cantik tetapi nawaitu harus satu, untuk suami...
Pegang kata2...
Dalam rumah dia suami kita...
luar rumah dia bukan suami kita...
Oleh itu, kita harus tahu dan pandai mengambil hati suami dan mesti sentiasa cantik untuk suami...
Bukan cantik luaran sahaja tapi dalaman juga harus cantik... Oleh itu... Hehehe sendiri mahu ingat!
Pinjam kata2 Kak Jidah Koleksi...
CANTIK ITU HARUSssss....
Tanam dalam hati nie mahu terus kelihatan cantik... Lucky kita pun sedap mata nengok. Kalo serabai, macam orang tengah dalam pantang...susah laa Hehhehe Orang pantang bersalin pun berseri2 muka, nie lagi kita... Wah! Kg pun kena kurang2kan.. Huhuhu... Mana da DrDietku... Elken.. Dah 8 bulan dibeli 1 peket jak baru diminum... Kena bongkar balik nie... Kalo kazen aku Kak Zat Zarina from Papar my upline tau abes la aku... LD Venus ada 24 botol dalam baru 3 aku minum... Huhuhu macamana la nie.... WinTea... Dalam satu kotak baru 4 peket aku minum... Huhuhu... Jus Perawan... Wah! Hehehe expired daaa x diminum... Herbalife? Jgnkan terbiar, botolnya pun ntah mana daaa.... After this situation... Aku mo hargai setiap apa yang aku miliki dan aku mahu lebih memahami hati orang yang menyayangi aku... Hidup dengan aku, sebilik dengan aku, sekatil ngan aku, sebantal ngan aku... Hehehe sebab aku seorang yang 'pemalu' masih seperti dulu...
Ok da..da...
No comments:
Post a Comment