Tuesday, 11 September 2012

Warna Hari Indahku Hari Ini

Alhamdulillah... Hari ini sudah genap usiaku ke tuttt hehehe... Takmo takmo... Malas mo sebut... Ngee ~

Syukur aku masih boleh bernafas hingga ke hari ini. Masih boleh mengecapi kebahagiaan bersama Encik Suami dan anak2ku seramai 4 orang. Walaupun debaranku masih mengencang tatkala ketika ini dan hari ini dari kemaren lagi... Anak sulung aku menghadapi UPSR dan hari ini adalah hari keduanya... Mudah2n Anakku tue dapat menghadapinya, menjawab soalan dengan penuh rasa, cekal dan tawakal.  Hanya iringan doa yang termampu dilakukan.

Kehidupanku? Alhamdulillah... Meniti hari demi hari dengan gagahnya bangun sendiri dari jatuh. Pernah mencalitkan onar tapi bisa kuubati dengan dalamnya luka bersama sebuah kolam airmata yang sarat.  Menjadi bahan bualan, menjadi bahan cacian tapi bisa kubuktikan, Aku adalah aku yang tidak bisa lunyai walau banjir melanda.  Pernah 'down' satu ketika dulu... Tapi bangkit dengan lembutnya sepasang tangan menggapaiku.

Kerjaya? Bersyukur punya kerjaya walaupun biasa2 saja tetapi Halal di sisiNya. Walaupun sudah 15 Tahun bertugas, tapi masih banyak yang perlu aku pelajari. Ralat dengan setiap orang yang mengucap syukur tapi sekali kita buat kesilapan... Kebaikan kita menjadi duri untuk mencucuk2 setiap pengorbanan kita. RALAT... 

Teman2... Aku dikelilingi ramai teman yang baik... Menghargai aku... Tetapi pepatah yang satu ini menjadi ingatanku selalu... Teman yang baik tidak semestinya menjanjikan kebaikan tetapi teman yang kita lihat 'tak sayang mulut' itu la yang bisa menyambut tangan kita, mengelap airmata kita tatkala ditimpa musibah dan sebagainya. Teman untuk ketawa memang ramai tapi teman untuk menangis bersama, berkongsi rasa amatlah sukar ditemui.

Suamiku? Alhamdulillah... Caring orangnya, penyayang, bertanggungjawab... Berbakti dengan orangtuanya.  Doktor aka Pakar kesihatan ketika sakitku. Kerana mahukan keluarganya sihat, makanan tambahan aka vitamin / herba berlambak dirumah, Kalau dah berkhutbah pasal penjagaan kesihatan... Standby jak kapas letak ditelinga... Memang jenis menjaga kesihatan orangnya... "Yang, jangan lupa makan ini... makan itu..." Aduh! Aku suka kalau tyme lepas bersalin... Rasa sangat diri dihargai... Datang la sudah minta puji ku berganda2... Kemanjaan... Ngee~ Sekarang dah tak buli mengandung lagi... Huhuhu... Semoga Allah beri ketetapan hati kepada Abang untuk terus menerus menyayangi aku dan anak2... Tidak berubah walau sedikitpun. Aku Sayang Dia tapi maluuu ah! Hehehe

Anak2ku? Aku bersyukur punya anak 4 orang didalam usia ini.. Kudoakan agar anak2ku berjaya dalam hidup dan menjadi orang yang berguna / berjasa pada orang tua, adik beradik, kuarga dan negara.

Erm...

I think, ini sahaja yang dapat kukongsikan. Lama da tidak update blog aku nie...  Rasa sibuk menjalar disetiap darah dagingku... Tidak punya masa, kekangan demi kekangan... But... Disubuh ini... 

Aku cuba untuk melakar indah hatiku hari ini. Menconteng dan mewarnai rasa sukaku.  Titik kegembiraan kuharap menjadi bola-bola besar dan sentiasa melantun ke sana ke mari dan melarik senyum indahku. 

Kepada pandangan 'Mata' di sana itu... Kupohon sejuta maaf di atas perginya 'Aku' dari dakapmu.. Kepada senyuman Indah di sana itu... Kupohon sejuta rasa agar kau tidak 'resah' menerima segulung kenangan dulu diikat bersama riben berwarna merah buat pengetat agar tidak 'menjenguk' aku lagi. 

Salam indah, salam sayang ku buat semua... :,(

No comments: