Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh
menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu
pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan
setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan
dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil
hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan
mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri
sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik
tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran
bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi.
FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan
pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak
pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras
hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak
apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan
sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang
remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan
suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada
harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka
hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada
dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang
tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk
mempamerkan emosi.
MAC ( My Darling )
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan
pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah
simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah
dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka
diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut
selera atau perasaan.
APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat
menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental
yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai
memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat
berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih,
penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal
perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut
dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit
disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik
hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik
dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap
pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang
tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta
melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai
pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan
segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih &
mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap
& berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas
berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat
tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema.
Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang
tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur
dianggap kawan.
JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak
suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah
dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat
peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa
sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat
peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang
serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang
tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin
belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan
lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi
tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi
kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin
dalam membuat kerja.
OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat
terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas
& bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah
& bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan
pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah
mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya
pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang
berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat
dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan.
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti &
teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam
tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah
simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak
diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak
bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari
terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang
lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan &
melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama
disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas.
Bersistematik.
OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak
pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan
mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi
merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak
menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka
berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat
yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera
& seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam
percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang
lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran. Mudah patah semangat.
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami
sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan
idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang
sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan
mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani,
pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka
marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai
muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang
sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak
sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi
yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih
sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam
mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan
mudah berubah-ubah.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam
permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam
organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka
dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak
ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah
berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada
kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.
P/s: Sekiranya setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan.Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka.
No comments:
Post a Comment