Friday, 10 February 2012

ADA APA DENGAN AKU...

Seorang rakanku telah ditemui oleh seorang rakanku yang lain, dia bertanya tentang diri aku. Dia bertanya, ada apa dengan Aku... Wah... Kenapa dengan diriku...?
Hahahaha... Baru aku faham dan betul-betul faham. Ramai yang tertanya-tanya, ADA APA DENGAN AKU?? Bermadah kata, bermadah pujangga, macam orang jatuh cinta, macam orang putus cinta... Tertiba lagi Akaun FBku, aku 'deactivated'kan... 
Hahahaha tiada kena mengena dengan sesiapa setiap apa yang terluah, tercatat di Facebookku atau di Blog kesayanganku nie.. Just 'tulisan' spontan...  Tiada apa-apa la... Hanya omong kosong dan memang ianya terkeluar secara tidak sengaja dan mungkin namanya ilham. Dan setiap nukilanku seperti sajak 'on the spot' ku tue, memang tetiba jak muncul.. Dan aku tidak ingin mengabaikannya dan merugikan dia berputar-putar di atas kepalaku dan itulah ku postkan terus ke blogku ini.

Untuk makluman....
Aku tidak bercinta dan tidak mungkin bercinta kerana aku isteri orang. Aku tidak  memutuskan hubunganku dengan suami kerana kami masih bahagia merentasi lautan badai dan asmara..Wah! Dia masih lagi 'Nakhoda' di hatiku dan hati anak-anakku.
Pendek kata... Tiada apa-apa yang berlaku dengan diri aku... 
Mohon maaf sekiranya setiap nukilan, setiap cebisan dan coretan kata-kataku ini telah menjentik sedikit perasaan yang kurang enak di setiap pembaca... Thank You kerana sudi melawat Blogku. 
Memang aku seorang yang sangat-sangat jiwang, romantik (huh!), suka bermadah kata... Memang dihati aku nie sentiasa berbunga-bunga... So, jangan hairan ya... Sentiasa begini dan terus begini... Aku cuba juga bersikap seperti seorang ibu yang terlalu tegas mengatur hidup anak-anak. Tapi tidak boleh, aku adalah aku dan tetap aku. Kerana aku bukan seorang yang hipokrit. 
Setiap bait-bait kata yang lahir dari hatiku bukan dibuat-buat, dan aku sentiasa meletakkan diriku seperti apa yang aku gambarkan. Orang yang kecewa putus cinta ka, segala macam putus... Aku letakkan diri aku di tempat orang itu... Dan terhasillah setiap sajak on the spotku... Banyak rakan-rakanku yang sudi berkongsi cerita, memohon pendapat aku... Disitu jugak banyak timbul pelbagai ilham tapi ceritanya di olah sedikit supaya kawan-kawan aku itu tidak terasa... Tapi setakat ini, dorang suka dan berterima kasih kepada aku kerana sudi berkongsi cerita...

So... Pelbagai spekulasi yang timbul dan membuatkan ada sebilangan orang berpendapat yang aku 'bermasalah'...  Jadi, disini sekali lagi dimaklumkan... Aku Okey... ! 

4 comments:

Luna Biru said...

Haha...padan muka ko. Same thing goes happen to me. Ilham mencetuskan spekulasi negatif. The hell with them. Teruskan berkarya. Sebab, tak ramai wanita yang dianugerahi bakat seperti kita. Tak ramai juga wanita seusia kita dan yang sudah berkeluarga seperti kita punya ruang seindah kita. Kita berkarya kerana kita adalah istimewa. Jangan berhenti kerana omongan kosong itu ok. Wish you luck babe.

Fadleena J. Noo said...

Haha... Padan Muka Aku... Sepatutnya ini tajuk entry Lina nie kan Kak??? Hehehe Betul kak... When i read all setiap nukilan Lina nie.. Lina tak sangka sejauh ini... Huh! Patut la jgk... Yaa... Memang tetap diteruskan walaupun sedikit onar. Ruang yang indah ini tetap di 'renovated' supaya lebih luas dan indah... Go go go Pewaris Abol Hassan!

itumatahariku said...

aku setuju pendapat mis Luna Biru....

Fadleena J. Noo said...

Hehehe Ya Princes Diaries... Setuju gak nie... :)