Wednesday, 22 February 2012

Jaga Tepi Kain Sendiri...

Bukan alang-alang aku dengar cerita si sang seorang nie.. Sibuk menyibuk dan sengaja menyibuk. Punya lembut bicara kata, kita hormat la dia nie coz dah veteran kan.. Tapi dia ? Perlahan2 menikam kita dari belakang. Aku pernah ubat hatimu dan aku tidak minta bayaran untuk proses pengubatan itu. Aku ikhlaskan kerana kuanggap kau sebagai seorang kawan dan seorang pendengar tapi dalam diam... Ko korek hatiku, kau hancur lumatkan... Ibarat daging... Whatever la.. Daging lembu ka, daging payau ka, daging b*** ka... ko ambik seketul daging itu dan kau ambik pisau yang tajam.. Kemudian kau hiris daging itu secara perlahan-lahan.. Dan ibaratnya itu la 'hati' aku. Pedih, luluh, hancur, merah dengan darah kering dan kau.. Ketawa la terbahak-bahak dan aku tak kisah... Kerana sudah puas selama ini aku menangis...

No comments: