Tuesday, 3 January 2012

Entry Balas For Luna Biru - Mistiknya Diriku

Ini adalah balasan kepada kata-kata kak Luna Biru diblognya Artifak Dalam Botol... 

Sungguh tak sangka kan...Aku juga menghadapi benda yang sama. Tapi semua ini tidak menghairankan... Sesuatu dari zaman mudaku, huh.. Zaman kegadisanku.  Perkara ini sememangnya menjadi kebiasaan kepada diriku... Dengan keadaanku yang tidak menentu  sehingga posisi diri, kg diri merundum jatuh. Satu saat aku takut untuk memejamkan mata , aku takut untuk tidur.

Tapi aku suka suasana kegelapan malam. Aku suka duduk di luar rumah sambil memandang ke luar rumah. Suka dengan kepekatan malam..

Pernah satu ketika, aku tengah nyenyak tidur... Tiba2 kudikejutkan dengan rengekan ketawa dan tangisan bayi.. Kubuka mata... Bayi-bayi terapung-apung diawang-awang. Aku kaget dan langsung tidak boleh bergerak. Mulutku seperti dikunci. Dimalam yang lain, budak lingkungan umur  dua tahun tersenyum dihadapanku dengan memakai topi sambil memegang sekuntum bunga.. Menakutkan aku budak itu didalam cermin tingkap bilikku. 

Pernah lagi... Aku seolah-olah masuk ke dalam satu beg udara. Dimulai dengan kepalaku ( dalam keadaan berbaring ). Aku kuatkan hatiku untuk melawan... Sejuk rasa udara itu... Aku kuatkan hatiku, semangatku untuk melawan, aku terus melawan dan aku terlepas dengan sesakan nafasku yang sesak. Aku rasa... Mungkin seandainya aku terus masuk ke dalam bulatan udara itu.. Rasanya hari itu aku tinggal nama! Atau mungkin ada sesuatu...Mungkin ka aku jadi seperti Nujum Pak Belalang... Hahaha atau aku hilang di dunia nyata...
Banyak lagi peristiwa yang betul-betul di luar aras fikiranku. Kelihatan 'jelmaan' dihujung lirikan mataku sudah menjadi lazim dalam hidupku dan ia kubiarkan... Nafas mendengus ditelingaku sudah menjadi perkara biasa bagiku.  Itu juga kubiarkan...

Ada lagi sesuatu berlaku dan tidak dapat kukongsikan disini.. Kerana ia menyentuh sensitivitiku... Telah kukongsikan bersama seorang teman yang telahpun menjadi arwah... Dia membawa ceritaku ini bersamanya...So, aku belajar untuk melupakannya..

Wallahu'alam bissawaf...

No comments: