Sunday, 8 January 2012

Mistik : Ketindisan

'Ketindisan' ialah satu keadaan dimana keadaan badan seperti kejang, hanya mata sahaja yang berkelip-kelip.  Telinga kita kedengaran seperti bergaung. Dan seperti ada lembaga hitam muncul.

Banyak dah tempat ku bertanya... Apa punca jadi gitu?? Kenapa boleh jadi gitu?? Jawapan tetap sama... Gangguan...

So... Baru-baru ini aku bertanya dengan seorang kenalan yang mengamalkan perubatan Islam...

Ini kata-katanya :-

Ada dua faktor berlakunya keadaan ketindisan ini...

Pertama... Keadaan badan kita yang letih tetapi otak kita masih berjalan maksudnya kita tidur tetapi otak masih bangun... ( istilahnya )

Kedua... Gangguan Jin Hitam yang suka mengganggu atau lebih mesra lagi menyakat. 


Huh!!! Seram pulak kan... Aku dulu selalu kena nie... Kata orang gerakkan ibu jari kaki dan jangan tidur melentang... Aku guna la masa 'terkena' tapi... tidur mengiring pun pasti akan terkena juga. Selepas berlaku kejadian itu yang mengambil masa 15 ke 20 saat.. Sangat letih dan tidak bermaya... 

Satu cara yang baik.. memeluk bantal guling. Masa bujang dulu.. iya la... Bantal guling kena standby bagi mengelak terkena lagi..

tapi bila dah berlaki nie..  Erm... Tak pyh peluk bantal... peluk laki jak.... hiihihi

Amalan yang harus kita amalkan mengelak gangguan nie...


Baca ayat 9 Yassin...


3 Qul... 
Qul A'uzubbirabbinnas... 
Qul A'uzubbirabilfalak
Qulhuwallahu Ahad...


Kemudian tiup lawan jam dengan menyebut...
Asyhaduallah Ilahaillah....


InsyaAllah....


Wallahu a'lam...


Just sharing...


p/s kalo ada mo tambah maklumat... Silakan...


** Sekarang selalu juga kena tapi tidak sekerap zaman bujang dulu...

4 comments:

Luna Biru said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fadleena J. Noo said...
This comment has been removed by the author.
yana Mardyana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yana Mardyana said...
This comment has been removed by a blog administrator.