Tuesday, 6 December 2011

Aman Kau Di Sana Anak Syurga

Assalamualaikum My Blog...


Kukongsikan lagi cerita dinihari ini dengan sebuah cerita yang bisa menyentap hati kita.

Pada majlis hantaran adik sepupu Rodzaidie & Dyan.. aku telah dikhabarkan mengenai kesihatan anak buah.. Mohd. Aznawi Azvi, Dimaklumkan juga mereka sekeluarga telah berpindah semula  ke rumah nenek. Huh!!! Lega hatiku kerana kali ini aku bisa  melawatnya kerana sebelum ini, sememangnya aku tidak dapat melawat kerana mereka telah berpindah ke rumah makcik. Petang itu, aku mengambil peluang melawatnya...

Aku tergumam seketika buat pertama kali aku melihatnya setelah tiga bulan aku hanya mendengar khabarnya.. Anak kecil ini kelihatan sangat pucat , lemah, perut yang senak dan keadaan kepala dan muka berbiji2 dan bengkak.. Ya Allah Ya Tuhanku... Aku terkedu... Ini la pulak yang menimpa dirinya, lebih dashyat dari yang aku bayangkan. Kusentuh dia... Kugosok-gosok belakangnya tiba-tiba dia teriak.. Takut kepadaku.. Lantas dia memeluk mamanya..  Sememangnya dia sejak akhir2 ini sentiasa dalam ketakutan dan sentiasa ingin berdamping dengan ibunya... Esoknya aku melawat dia lagi.. Kuhadiahkan dia beberapa alat permainan.. Ketika itu dia makan.. Syukur Alhamdulillah walaupun dalam keadaan tidak sihat yakni demam, selera makannya bertambah.. Aku berikan hadiah itu, dia membelek2 satu persatu didalam bakul yang kubawa khas untuk tempat meletak alat permainannya. Aku belai dia lagi... Ku gosok lagi belakangnya.. No respon... dia diam dan asyik bermain sambil ibunya menyuapkan makanan kepadanya... (Tiba2 teringat pesanan Umi agar segera pulang ke rumah ) aku meminta izin ibunya untuk berlalu... Dengan sepantas kilat... Hati ku sayu tiba-tiba tatkala... anak kecil ini melambai tangannya dan mengatakan Babai, dengan disertai senyuman yang tersangat manis dan buat pertama kali aku melihat senyuman darinya yang betul-betul berbunyi 'ikhlas' ... Runtun hatiku.. Anak kecil ini menghargai pemberianku walaupun 'kecil'... Ya Allah .. Dengan linangan airmata ku lambaikan tangan dan berlalu pergi....

PAGI INI... lebih kurang jam 11.30 aku menerima panggilan telefon dari adikku menyatakan anak kecil ini sakit dan akan dimasukkan ke ICU... Astaghfirullah...'Aku mencapai kunci  kereta dan memohon kebenaran kepada rakan-rakan sepejabatku untuk ke Hospital sebentar... Sampai hospital, adikku telah menunggu dan menyatakan anak kecil ini masih di tingkat 6 dan dalam keadaan yang nazak. Kemudian....

Tepat jam 12.10 tghari.. 06 Disember 2011... Kami kehilangan lagi seorang 'anak buah'... Mohd. Aznavi Azvi @ Tintoi pergi menyahut seruan Ilahi. Innalillahiwainnalillahirojiun....


Tak kusangka senyuman ikhlas darinya merupakan petanda pengakhiran hidupnya.  Dia telah 'aman' di sana, tanpa 'gangguan' dari doktor, tanpa 'menyusahkan' ibu dan ayahnya, tanpa menyukarkan keadaan diri dan sekelilingnya, dia pergi dengan tenang dan hanya meninggalkan sedikit kenangan terindah untuk diabadikan oleh ibubapanya...  Dan Tintoi boleh kawin... Itu hajatnya... " Toi mau kawin, pakai baju cantik2 "... Nah.. sudah kesampaian hajatnya.... :)


AMAN KAU DI SANA ANAK SYURGA...


P/s Kepada ibubapanya... kutitipkan ucapan kesabaran dan ketabahan.. Jangan diratap pemergiannya.. Dia bakal menyelamatkan kamu di akhirat kelak dan 'ignore' segala kata-kata nista. Jadikan kejadian ini sebagai cabaran dan ujian dari Allah Swt, pemberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup.. LIFE MUST GO ON...
 

No comments: