Sunday, 25 December 2011

Pengenalan Words Of The Day.


 

Hai Everybody... Kemahiran Dalam Berbahasa Inggeris merupakan satu bonus kepada kita sekiranya kita mampu untuk bertutur dengan sempurna. Sememangnya dikalangan kita tidak semua yang bisa berbahasa Inggeris, Membaca boleh tapi bertutur tidak boleh..  Memahami maksud tapi tidak boleh menyebut. Boleh menyebut tetapi tidak boleh bertutur. Boleh membaca tetapi tidak memahami dan bermacam-macam lagi la... 

Oleh itu, aku ingin berkongsi sambil memperbaiki diri dan membantu kepada sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran bertutur dengan baik melalui segmen " PERBUALAN BAHASA INGGERIS DALAM TEMPOH 3O HARI."

Buku panduan aku merupakan sebuah kamus kecil yang dikarang dengan baik dan ringkas. Aku akan mencatitkan pembelajaran mengikut berperingkat seperti yang disarankan oleh pengarang. Oleh itu, aku berharap semua enjoy dan mempraktikkannya dengan baik dan memanfaatkan setiap apa yang dicatatkan. Aku bukan mengajar tapi untuk belajar bersama-sama anda dan kita sama-sama berdoa semoga kita dapat menjalani pembelajaran ini dengan sempurna kerana ini adalah bahasa antarabangsa dan wajib diketahui. Ianya Mudah, Praktikal dan Berkesan!!! Insyallah...

      PUAS                                     SATISFIED

Saya sangat puas hati.           I'm very satisfied.

Saya puas hati dengan pekerjaan anda.  I'm satisfied with your work

Adakah anda juga berpuashati?   Are you satisfied too?

Laporan anda cukup memuaskan.  Your report is quite satisfactory

Laporan tahun lalu tak memuaskan. Last year's report was unsatisfactory.

Saya bimbang laporan ini tidak memuaskan.I'm worried this report is unsatisfactory.

Dia selalu mengeluh. He's always complaining.

Kejayaan anda akan memberi kepuasan kepada org tua anda. 
               Your success will be a great satisfaction to your parents

Pesakit itu beransur sembuh dengan memuaskan.
                              The patient is improving satisfactorily.


     KIRI                              LEFT

Ke sebelah kiri.                 To the left.

Pusing kiri.                         Turn left.

Pusing ke kiri                     Turn to the left

Tangan kiri                         The left hand

Dua duduk sebelah kiri      He is sitting on my left.

Simpang sebelah kiri           The left junction.

Dia kidal.                             He is left-handed.

Dicarinya kiri dan kanan tapi buku itu tidak ditemui.
                        He looked everywhere but could not find his book.


... Okey... Setakat ini sahaja... Bertemu kita dihelaian lain...


See ya...

No comments: