Aku melirik seketika ke Jam dinding... erm... 12.37 pagi, well... Aku tidak bisa melelapkan mata. Telah kucuba berlagu syahdu, mendodoi rasa agar mata terus layu bertemu kelopak dan bermimpi indah, namun segalanya terlarang. Mata ini tetap galak terkebil didalam gelap. So, ku capai laptop and cuba menari2kan jariku di atas laptop ini. Kucuba mengarang kata dan khasnya kutujukan buat anak muda mudi rakan FBku...
Bila ber'friend' dengan anak2 muda, memang kita terasa mudanya dan terasa juga jiwangsnya, sana sini I LOVE U, I MISS U... hahaha... Tapi disini kita mahu berkongsi, bukan nasihat tapi hanya peringatan.
CINTA
Memang seronok di alam percintaan. Tapi waspada, kekadang ada yang bisa menerima cinta bersama pelajaran dan ada yang bisa menerima cinta dan mengabai pelajaran. Adik2 pilih dimana kedudukan sekarang... Situasi 1 atau situasi 2.. Memang kekadang bercinta ini juga bisa menyuntikkan semangat berkobar2 untuk belajar dan bersaing bersama pasangan dan tak heran la ramai di antara mereka berjaya dan mempunyai kerjaya dan akhirnya... mereka berkahwin setelah semua impian tercapai. Itu yang bisa....
Ada yang tidak boleh membahagikan keadaan itu. Ingatlah... Pelajaran itu amat penting! Kita akan terbuang tanpa pelajaran... Hidup tetap dapat diteruskan dengan cinta tapi tanpa pelajaran kehidupan kita bisa hilang entah ke mana...
KAHWIN ...
Pastikan kau mengecap kehidupan yang sempurna, punya kerjaya yang baik dan selepas itu, baru memikirkan soal kahwin.
Yang lelaki, belajar la sebaik mungkin punya kerjaya baik dan kahwin. Besar tanggungjawab... Cinta tidak akan terus hidup dalam hati seandainya hidup kita banyak kekurangan. Dengan cinta, kita tidak bisa membeli beras, membeli itu ini dan sebagainya. Punya kerja yang baik, menjanjikan hidupmu bahagia. Percaya laa...
Yang perempuan... Sudah belajar dapatkan kerjaya yang bagus. Pastikan ada duit... jangan mentang2 perempuan, kita hanya tunggu dihulur.. Tolong.. sekarang bukan zaman Hang Tuah. Berdikari la... Berkahwin punya kerjaya. Tanam dan set itu diminda. Masa disayang, dicinta semuanya indah. Bila ada masalah timbul, mula la keluar segala.
Jangan terlalu mengejar cinta, belajarlah demi masa depan. Pada lelaki, pada perempuan semuanya sama, saling memerlukan. Seronok kan kalau masing2 berkerja, punya uwang, apapun bisa dibeli. Bila berkahwin, Mahu buat Wedding Of The Year... Silakan. Mahu Honeymoon, kemana saja ya silakan. Tiada melarang kerana kamu punya kemampuan.
Bukan menakutkan, bukan
membuat hukuman. Tapi ini kenyataan, ini realiti. Sampai bila orang tua
menanggung kita?? Kesian mereka. Kita senang mereka pun berasa senang
hati.
INGATLAH... ADA CINTA BISA MEMBAHAGIAKAN HIDUPMU, ADA CINTA BISA MEMUDARATKAN HIDUPMU.
Cinta memang tulus, cinta memang suci. Itu memang anugerah terindah. Tapi... Bukan Cinta yang mengawal kita, tapi kita yang harus mengawal cinta... Hati Kita Yang Satu Inilah Yang Seharusnya Mengawal CINTA.
Tapi... Segala-galanya bergantung kepada rentak tari ketika kamu mendakap cinta itu. Jika rentak 'halus', maka halus laa cinta itu.. Tapi Jika 'keras'. maka keraslah cinta itu.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment