Friday, 21 October 2011

Icha Oh icha...

Hari ini hari sabtu..Biasa la lumrah, giliran Umi Dan Abah menjaga Icha...

Ralat rasanya hati ini dengan kejadian pagi ini yang membuatkan hati tersedak...
Icha tumpahkan makanan bijirinnya cococrunch...Mom marah sangat sebab hidangan itu masih panas dan belum pun dijamah lagi...

Dengan perasaan yang sedikit risau... Mom jeritkan Icha... Icha faham... Icha tundukkan kepala... 
Mom tanya... Buat lagi?? Icha angguk... Mom marah lagi... Buat lagi?? Icha diam tunduk memandang lantai.. Dengan mulut yang muncung.. Icha diam sahaja..
Bunyi kereta berderum di luar... Umi Icha da sampai... Icha masih tunduk ke lantai..
Icha tengok muka Mom..Mom Masih marah... Umi sahut Icha.. Icha diam tunduk sambil mendepang tangan minta ambil.  Umi dukung Icha... Icha masih diam.. Umi suruh salam...Icha unjuk tangan tanda signal minta salam... Mom tak peduli... Icha diam lagi... Mom hulur tgn Icha salam dan cium tangan mom.. Sayu hati Mom, Mom cium pipi Icha... Dalam kereta Icha senyum dan lambaikan tangan sambil mata berkedip tanda signal 'Beautiful Eyes'.. Icha... Icha...  Masuk rumah Mom nampak hidangan bijirin Icha berhamburan dilantai dan botol susu Icha yang tidak sempat dijamah.... Ralat rasa hati Mom...


Mungkin begitu juga hati Icha... Ya Allah.. Anugerah yang diberi amat bernilai dalam hidup ini... Harta ku dunia akhirat...  Tanpa kusedari airmata bergenang lagi...

Telatahnya ini yang sering menbuatkan orang rindu

No comments: