SEPI ITU HILANG
Sudah lama rasanya aku menyepi
Tiada kuberi perkhabaran
Semua kulesapkan untuk menyapa rasa
Aku belajar untuk itu
Setelah sekian punah kepercayaan
Aku berhenti untuk memberi
Kerana hambar yang terlalu menguasai
Semua tertulis hikmah
Indah setiap perancanganNya
Memberi sedikit kekuatan
Untuk mencapai rasa keindahan
Setiap gelap hadirnya terang
Bila segalanya memberi kesan mendalam
Serasa teramat menggamit perasaan
Tapi sungguh kerserasaan itu
Nikmat kesakitan yang mengundang kebahagiaan,
Nukilan Seorang Aku
Fadleena M Noo
j121pm 26022016