Assalam... Na... For the first tyme.. I want to share something about a visual, the one of my friend send to me. Erm.. Setelah di amat2i..Setelah dicongak2... Setelah digarap2... Iyaaa.. Semua benar belaka... Dan sesungguhnya kaum adam aka lelaki harus peka dan faham tentang keberadaan seorang perempuan atau wanita itu. Perasaan bukan suatu mainan yang boleh di anggap enteng dan bukan seperti bola sekejap di tendang dan dikejar dan ditendang lagi.. Bukan yaa Muslimin dan muslimat... Wah! Emosi pulak aku nie... Letakkan darjat seorang wanita yang anda sayangi di dalam sanubari dan hati kamu Bukan di telapak kaki untuk dipijak2....Hahaha
1) Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan airmata, bermakna dia sedang menangis dalam hatinya... ~ Betul tuh ~
2) Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. ~ Betul ~
3) Wanita sukar untuk mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan ) ~ Betul ~
4) Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika kita keluar dengan lelaki lain. ~ Akak rasa ini pun betul jugak ~
5) Bila seorang lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat... ~ Waina buttul nie... Tapi tidak semua benda buli mencairkan hati wanita yaa harap maklum.... ~
6) Wanita memang sukakan pujian tapi selalu tidak tahu macamana nak menerima pujian itu.. ~ Erm.. Yg nie.. No komen laaa... sebab bukan semua perempuan suka dengan pujian ~
7) Jika kamu tidak sukakan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolaklah cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu takkan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja. ~ Apa maksudnya nie... Bunuh diri kaa? Hahahaha terlampau la pulak kan... Erm... Memang betul.. Keputusan kaum wanita nie kekadang ndak logika juga... But well... Terima la seadanya... ~
8) Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, Biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih mengganggapnya seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan. ~ Yang nie... Tak setuju.. Sebab kalo da break off... Maksudnya dia dah tak perlukan kita lagi n... buat apa mo berbaik n mo dijadikan kawan... No i'm not... Menyebut namanya pun i tak sudi taw !~
9) Wanita suka meluahkan apa yang dia rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka ~ Hehehehe i think ini laa yang paling betul... Ndak payah carik contoh lain... Aku ler tue ~
10) Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna... ~ Amboi... Ndak sayang mulut nampak ~
11) BERSIKAP TERLALU SERIUS BOLEH MEMATIKAN MOOD WANITA ~ Naaa faham2 laa kalo dah huruf besar... Buttul la tue ... ~
12) Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam menelefonnya, respon dari perempuan acuh tak acuh jak... seolah2 tidak berminat, tetapi sebaik sahaja gagang telefon diletak, dia akan melompat kegirangan dan tidak sampai beberapa minit, rakan2nya akan mengetahuinya... ~ Aiks... Mcm mengenen pulak nih.. Teringat pulak 38 tahun yang lalu... Ahaks ~ Rasa ketuaan la pulak...
13) Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali di ajak keluar, tinggalkan la dia kerana memang dia tidak berminat kepadamu. ~ Tidak semestinya... Salah satu menguji tahap kesabaran sang arjuna tue ~
14) Sekuntum senyuman memberi seribu erti kepada wanita.. Oleh itu, jangan senyum sembarangan... ~ Hahahaha kalo macam c Aliff Scha tue... Duduk2 sendiri pun pandai senyum sendiri macamana pulak... Takkan mo dimarah kan??? ~
15) Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. ~ Tak Setuju!
16) Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal... ~ Bergantung kepada nasib seseorang tuh.. Jumpa yang awalpun kalo bukan jodoh kita... Huhuhuhu.... Tak jugak buli jadi... Teringat pulak ngan Mr. Lamunan Terhentiku... ~
17) Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati ~ Iya
18) SENJATA WANITA ADALAH AIRMATA ~ Itulah pasal ada Sejernih Airmata nie... Sebab senjata utama akak... Hehehehe
19) Wanita juga suka sesekali orang yang disayangi membuat suprise kepada dirinya, mereka akan merasa terharu dan merasakan dirinya memang betul2 dicintai setulus hati. Dengan ini, tidak akan ada keraguan lagi. ~ Well, I think so....
20) Wanita mudah jatuh hati kepada lelaki yang mengambil berat mengenai dirinya. ~ Ada betul jugak nie...
21) Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu adalah kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. ~ Banyak betul...
Miss Ermah Anui...
Nie jak sempat dikomentarkan... Tapi apa2pun... Sekiranya kita mencintai seseorang itu dan mahu dia jadi peneman hidupmu... Maka berjanjilah dan pastikan dia menjadi milikmu... Untuk selamanya.. Kerana janji Allah sentiasa ada disetiap doa kalian... Memang jodoh ketentuan dari Allah tapi tidak salah mencuba dan merubah segalanya... Memang menjadi RALAT bila dia yang kita sayangi bukan jodoh kita. Tapi kita harus pasrah dan redha dengan segala2nya. Walaubagaimanapun... "PASTIKAN DIA ADALAH JODOHKU"... Doakan ini setiap hari... OK.. Cik Ermah Anui... Caunselor mo tidur dah nie... Tinguk jam dinding da 1241am... Amboi... Esok kejak Oooo....
Da da...