Aku menerima panggilan telefon dari Umi pada jam 1030 mlm... Dub dab dub dab pada mulanya....Mengapa Umi menelefon selewat ini... Rupa2nya Umi cuma mahu memberitahu yang Adib masuk wad lagi.. Huh!!! Kesian Adib... Anak buahku yang sorang nie... Dari lahir hingga kini sentiasa keluar masuk wad dek kerana penyakit yang dihidapinya... Penyakit Jantung Berlubang... Penyakit yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi.
MOHD. ADIB AFZAN... itu la nama gerangan... Amat sedih tatkala melihat sekujur tubuhnya yang lemah melawan sakitnya... Hati ini yang sememangnya 'pantang' berduka... saat itu itu jugak... 'renyai-renyai'...
Lantas... Jari-jemari ku liar menekan punat 'search' untuk mendail adik iparku...
Alhamdulillah... Adib cuma batuk-batuk biasa dan kerana penyakitnya, terpaksa dimasukkan ke wad kerana takut diserang asma.
MUHAMMAD ADIB AFZAN
Semoga Ibubapanya diberikan kekuatan dan ketabahan didalam menghadapi situasi begini... Tapi syukur Alhamdulillah.. adik iparku merupakan seorang wanita yang cekal... Tidak pernah merungut... Tidak pernah menangis... dan tidak pernah menyesali atas apa yang berlaku.. Dia menerimanya dengan penuh ikhlas kerana ini merupakan qada dan qhadarnya... Ermm... Walhal... Hatinya hanya Allah yang tahu... Dia mampu lagi tersenyum dan tidak menampakan kedukaannya... Mmg aku salute betul ngan dia nie.. Sejak aku mengenali dia... Ujian hidupnya memang cukup banyak..... tapi semua bisa dihadapi dengan tenang....
Adikku pulak seorang yang simple and bertanggungjawab and tegas dengan anak-anak.. Maklumlah.. Mungkin sebab dia Pak Pulisi... Isterinya pulisi jugak tapi naluri ibunya kuat membenteng... Berbalik kepada adikku... Pernah menelefon Ayah dan Umi sambil menangis kerana sedih sangat dengan keadaan Adib... Hurm... Kesian aku dengan adikku..Kukuatkan semangatnya.. Kunyatakan padanya.. Ramai yang sayang Adib walaupun Adib begitu... ( Ada satu lagi penyakit Adib dikesan tapi tak boleh la nyatakan sini )
Semoga adikku tabah menghadapi keadaan ini...