Tuesday, 31 July 2012

Aku Dan Gitarku : Kau Membohongiku


Assalam... Lamanya dah tak update blogku nie... Well.. Aku just mahu share kod gitar lagu "Kau Membohongiku"... Senang jak kod dia, bagi sesapa yang baru belajar2 macam aku... Try laa...

So, enjoy for this chord...
 
D               Bm
Mengapa kau menjauhiku
        G               A
Mengapa kau meninggalkanku
        D               Bm
Ternyata kamu selingkuh
        G               A
Selingkuh di belakangku

        G               D
Lalu apa kau memanggilku
        G               A
Tiba-tiba kau minta maaf padaku

        D               Bm
Aku ingin engkau pergi
        G               A
Dalam hidupku tanpa dirimu
        D               Bm
Tapi ku tak rela
        G               A
Meninggalkan dirimu sayang
      D               Bm
Mengapa kau menjauhiku
        G               A
Mengapa kau meninggalkanku
        D               Bm
Ternyata kamu selingkuh
        G               A
Selingkuh di belakangku

        G               D
Lalu apa kau memanggilku
        G               A
Tiba-tiba kau minta maaf padaku
 
 
Me : Sedap lagu nie, first tyme dengar i enjoy... My daughter favourite song nie... Mula dengar diorang nyanyi bebel2 jugak mulut, lagu apa la bah tuh... One tyme aku tdgr anak kecikku nyanyi2 lagu nie walaupun butir kata tak faham langsung tapi rentak dan melodi sama... Aku cuba menjadi mereka dan menyelami rentak lagu nie.. Erm... Memang Sedap and aku terus cuba menggorengnya... Well so far so good!

Wednesday, 18 July 2012

Kronologi Kelahiran Nur Daniella Danisya aka Icha

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah umur anakku yang 'bongsu' dan memang bongsu nie 2 tahun.  Icha lahir tanpa dirancang, inilah baru namanya rezeki turun dari langit. 
Sebelum aku disahkan mengandung Icha, aku mengalami keguguran dengan usia kandungan ketika itu dua bulan. Sedih bukan alang kepalang, menangis ndak sudah. Sebelum kejadian berlaku aku telah bermimpi sebelum itu dimana aku melihat seorang bayi terjatuh ke dalam parit yang penuh air. Aku cuba menyelamatkan bayi itu, tetapi terlepas dari genggamanku. Aku tersedar dari tidur dan tersentak seketika apabila kurasa basah dibawah punggungku. Aku cuba bangun dan terasa nyeri dibawah perutku. Ku bangun dan kuberpaling cadarku ada darah yang terlalu banyak berbentuk love (hehe bentuk punggungku). Aku terkedu... Bukan rezekiku... Pagi2 itu aku berkemas seperti biasa untuk ke tempat kerja dan berharap baby dalam perutku ini dapat diselamatkan. Di sekolah (pejabat) aku mendiamkan diri sahaja dan berharap tiada apa2 yang tidak baik berlaku. Nyeri perutku semakin kuat. Aku ke tandas dan semakin banyak darah keluar. Aku telefon adikku untuk mengambil aku di sekolah kerana sakit perutku semakin kuat. Aku minta keizinan  pihak pentadbir untuk keluar ke hospital (emergency). Sesampai ku di kereta, aku maklum kepada adikku Farah mengenai keadaanku... Hehehe terus bunyi esakan dalam kereta... Hahaha... Aku apa lagi... cam suara Ziana Zain pun ada... Cam Siti Nurhaliza pun ada...Macam saja bha.. Hahaha
Aku kemudian dimasukkan ke wad dan diarah berpuasa untuk proses 'cuci'. Aku tak risau dan takut, sebab ini bukan pengalaman kali pertama... Sebelum nie aku pernah keguguran sebanyak 2 kali. Jadi bab cucuk2 jarum dilengan dah jadi lali dengan aku...
Yes ! Selepas 3 bulan kemudian... Aku muntah biawak hehehe Bermaksud aku mengandung. Happy sangat, si Babah pun happy sangat... Mahu dapat anak lagi n hopefully baby boy kunuk... Aku siap pilih nama lagi... Muhd. Ariel Danish...
Alahanku tidak teruk masa mengandung nie, cuma muntah2 biasalah... Pastu aku suka mekap2... Siap ikut kursus mekap lagik, mahu bercantik2 saja kerjaku. Padahal perut dah terjojol ke depan.  Masuk kandunganku 5 bulan, aku sudah tidak larat... Dengan keadaan darah kurang, aku tidak larat asyik menelan ubat sebesar2nya, makan bayam rebus, makan hati dan sebagainya tapi darahku tetap tidak bertambah. Perut makin besar dari hari ke hari, masuk restoran, orang tinguk perut tinguk mukaku... Macam alien kalik dorang sangka aku nie... Huhuhu... Besar kandunganku dan ramai berpendapat yang aku mengandung kembar. Aku suka jugak tapi hehehehe scan satu jak bha. Bulan2 terakhir, darahku belum stabil terpaksalah aku menerima suntikan 10 kali selang sehari... Aduh siksanya.. Aku kctaw korang laa... Elakkan menerima suntikan nie. Sakit Oooo....
Tiba la masa ditunggu2... Dueku sebenarnya 15 Julai 2010 tetapi terlajak ke angka 19. Hehehe Dari malam 18 tuh aku rasa sudah tidak selesa... Tidurku gelisah dan ada rasa nyeri sikit  di bawah perut. Abang balik2 turun naik turun naik menengok keadaan aku ( Kami tidur tingkat bawah kerana menjaga mertua yang sakit ) tapi malam itu, aku tidur di atas kerana aku rasa kurang selesa di bawah. Jam 7 pagi, ada tanda sudah aku rasa dan abang menelefon pejabatnya untuk memaklumkan yang abang tidak turun bekerja. Jam 8 pagi aku dan abang ke hospital dan terus masuk ke Labour Room.
Staf2 and pelatih2 masa tuh bertungkus lumus menjalankan prosedur ke atas aku. Mereka menyangka aku mengandung anak kembar. Aku kata tidak. Mungkin perutku sebesar ini kerana air yang banyak didalam kandunganku. Mereka memecahkan air tetubanku dan menekan2 perutku agar air tetuban tidak berbaki didalam. Menggelikan hatiku... Perutku tidak surut walaupun air tetuban telah dikeluarkan. Aku tengok abang, anduk bha keningnya da bercantum menengok aku.. Kesian kalik dia ngan aku kan berjuang untuk mengeluarkan zuriatnya. Adeh... Hehehe Tania yang ketika itu baru berumur 3 tahun turut bergenang airmata. Kalau aku tanya kisah itu dengannya sekarang ini pun Tania masih ingat. Kesian Mummy kena suntik, katanya.
Aku disaran menjalankan pembedahan kerana risau dengan size baby dalam perut. Sebenarnya doktor sudah menyukat size baby sebelum nie... Cuma 2.5 kg, tapi... Lain pula jadiknya...
Doktor juga menyarankan aku menjalani proses 'berpotong' dan abang setuju dan menandatangani borang... Bergenang sekali lagi airmata ini kerana aku tahu, kesejatianku sebagai seorang wanita berakhir hari itu juga. Huh!
Aku ditolak ke wad pembedahan... dan berjalan selama hampir satu jam. Satu pengalaman yang indah dan terima kasih di atas layanan staff hospital pada hari tuh.. Salute laa...
Maka Icha lahir dengan beratnya 4.25kg.Alhamdulillah... Baby Girl... Pada mulanya kusangkakan Baby Danish... Tapi Baby Danisya sebenarnya. Yang lucunya, time tuh pampers Newborn tidak muat ngan Icha..Alalalala size M baru ngam2... Betapa...
Dengan gabungan nama anak2ku... Ku dengan persetujuan abang yang memang tidak pernah membantah apa sahaja nama yang kupilih. Kami dengan sepakat menamakan anak baru kami ini dengan nama " Nur Daniella Danisya "... Dengan nama panggilan Icha... ( Nama nie diberi oleh Abah Wan nya & Umi Rynn nya )
Alhamdulillah...
Hari ini Icha genap dah 2 tahun... Aku share sini gambar2 Icha ... Miss this moments...








  



























Thanx for read it...

Friday, 6 July 2012

Indahnya Hari Ini


Jiwa nan senja telah menjadi terang. Jiwa yang lara telah bebas seperti beburung yang terbang. Segala-galanya mengujakan dengan hari ini, hari keramat yang teramat sungguh sebagai titik dan tanda ingatanku masih cerah. Dulu, sunyi menjadi urat nadiku, kelam menjadi darahku. Tetapi kini... Kau hadir membawa sebiji loceng penanda kesunyian berdenting jauh.

Huh! Akhirnya....

Terlangsai sudah, terembes segala memori  terindah, kuperah segala rindu yang lama, kuluahkan segala rasa terperam, betapa kau telah lama menghilang.Jeritan Pekikku, Tangisan peritku telah pergi, telah hanyut bersama tangisanku yang panjang.  Kini, kau hadir seseri senyuman seseri hatiku.

Sunday, 1 July 2012

Cantikkan Diri Kerana Dirimu Begitu berharga!

Dua hari aku dalam keadaan sakit, dua hari aku dalam keadaan tidak selesa. Dua malam tidur tidak berapa lena, mundar mandir saja. Memang tidak selesa habis la... Aku rasa macam tidak bermaya daa... Asyik merungut.. mengeluh jak... Sampai kesian Abang membongkar setor mencari Mesin urut Ogawa untuk aku guna... Huh! Dalam hatiku mau berurut la nie... Tidak boleh pakai Ogawa nie sbb pas berurut mesti sakit.  So, teringat ngan Kak Pah yang pernah berjumpa dengan aku satu ketika dulu semasa temujanji d Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak. dan ditambah lagi dengan 'syor' Kak Ida untuk ke tempat Kak Pah.  So, dengan sekuat-kuat semangat, tidak mahu lentur lagi, aku gagahkan kaki memandu untuk ke Taman Aman 3.
Alhamdulillah... Kak Pah ada dirumah.. Orangnya memang peramah dan kita tidak segan untuk diurut. Selepas dari urutan tuh, aku rasa cukup selesa. Kata Kak Pah, dalam badan aku ada angin bisa. Kesian Kak Pah tidak henti2 sendawa dan meludah ( kerana urutan tradisional aura - effect kepada pengurut ).
Disamping perkhidmatan mengurut, banyak lagi perkhidmatan yang dilakukannya termasuk tempahan katering, kuih-muih tradisional dan baju sewaan. Seperkara lagi, kalau sesapa mahu zuriat... Sila la mencuba... InsyaAllah... Ramai yang mencuba, makbul... Dengan izin Allah...

Ini adalah koleksi jualan langsungnya... Pelbagai jenama... Sendayu Tinggi dan sebagainya...
 Rawatan dalaman wanita dan untuk lelaki pun ada juga. Untuk hubungan suami isteri pun ada juga... Kalau berminat sila la... hehehe



 Ini adalah sijil2 Kah Pah yang turut dipamerkan di premis nie..

Disini aku kongsikan harga-harga perkhidmatan :-

Urut   :   RM25.00
Sauna :   RM45.00
Rawatan Rambut   :  RM30.00
Rawatan Muka    :   RM30.00
Rawatan Kaki    :   RM30.00
Rawatan Badan  :  RM30.00
Mandi Herba    :   RM45.00
Mandi Bunga   :  RM30.00
Rawatan Resdung   :   RM35.00

PAKEJ URUTAN  :

Urut / Mandi Rempah   :  RM60.00

Urut & Sauna    :  RM60.00

Bodyscrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi muka dan urut  :  RM180.00

Lulur badan, rawatan rambut, mandi bunga, rawatan muka dan urut  RM150.00

Rawatan rambut, rawatan muka, lulur badan, mandi bunga, urut dan rawatan resdung  :  RM185.00

Rawatan muka, lulur badan, mandi bunga dan rawatan rambut : RM120.00

Scrub, sauna, lulur badan,rawatan rambut, rawatan muka dan mandi bunga  :  RM150.00

Scrub, sauna, lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi  bunga, urut dan rawatan resdung  :  RM215.00

Lulur badan, rawatan muka, rawatan rambut, mandi bunga dan rawatan resdung   :  RM155.00

Sauna 1 kali +  urut 3 hari    :   RM110.00

WANITA SELEPAS BERSALIN

Urut sahaja       :    RM35.00
Pakej lengkap  
- Berasap, mandi, tungku, urut, lulur, bengkung, jamu, mandi bayi 
RM70.00

# Menyediakan perkhidmatan urut ke rumah pelanggan

Nah... Sesapa yang rasa mahu mendapatkan perkhidmatan, sila la datang memang puas hati.

Kata-kata nasihatnya yang membuat aku rasa terpukau...

Kita sebagai seorang ISTERI...
Jagalah diri dan penampilan kita...
Mestilah sentiasa dipandang cantik ...
Bergaya cantik tidak semestinya dirumah sahaja, diluar kita mesti sentiasa kelihatan cantik tetapi nawaitu harus satu, untuk suami...

Pegang kata2...
Dalam rumah dia suami kita...
luar rumah dia bukan suami kita...
Oleh itu, kita harus tahu dan pandai mengambil hati suami dan mesti sentiasa cantik untuk suami...
Bukan cantik luaran sahaja tapi dalaman juga harus cantik... Oleh itu... Hehehe sendiri mahu ingat!

Pinjam kata2 Kak Jidah Koleksi...

CANTIK ITU HARUSssss....

Tanam dalam hati nie mahu terus kelihatan cantik... Lucky kita pun sedap mata nengok. Kalo serabai, macam orang tengah dalam pantang...susah laa Hehhehe Orang pantang bersalin pun berseri2 muka, nie lagi kita... Wah! Kg pun kena kurang2kan.. Huhuhu... Mana da DrDietku... Elken.. Dah 8 bulan dibeli 1 peket jak baru diminum... Kena bongkar balik nie... Kalo kazen aku Kak Zat Zarina from Papar my upline tau abes la aku... LD Venus ada 24 botol dalam baru 3 aku minum... Huhuhu macamana la nie.... WinTea... Dalam satu kotak baru 4 peket aku minum... Huhuhu... Jus Perawan... Wah! Hehehe expired daaa x diminum... Herbalife? Jgnkan terbiar, botolnya pun ntah mana daaa.... After this situation... Aku mo hargai setiap apa yang aku miliki dan aku mahu lebih memahami hati orang yang menyayangi aku... Hidup dengan aku, sebilik dengan aku, sekatil ngan aku, sebantal ngan aku... Hehehe sebab aku seorang yang 'pemalu' masih seperti dulu...

Ok da..da...