Aku akun aku memang seorang yang sangat romantik dan jiwang karat so, aku ambil peluang ini utk berkarya,cipta kata2 indah, cerpen, sajak dan share my experiences. Aku minat bidang penulisan. so, sila sedia tisu, hidung jgn berdarah .. Cekidaut!!
Thursday, 18 December 2014
Monday, 15 December 2014
WELCOME BOY BUCUK : KHALIF UMMAR OWAIZ B. MOHD RIZALMAN EFFENDI
Nah... Menunggu saat kelahiran Budak Bauk nie... Abang aku Fadzley, Adik Aku Faudzean, Fariz Tarmizey, Laki aku Jasni dan Laki adik aku, Adek... Hihihi...lengkap kan...haha Semuanya excited menunggu... Apa lagi aku... hihihi... Lama da tak cium bau syurga nie.... huhuhu...
Baa ... Ngam2 jam 0945pm 01 Disember 2014... Nah lahir laa si Boboi nie... KHALIF UMMAR OWAIZ laa kunun nama dia, dengan beratnya... 3.94kg... Wow! Mabeles... hahaha


Yang excited, adik ipar aku laa... Alhamdulillah....
Baru dapat boboi, sebelum nie dua gugurl ...
Tuh... Nur Qaseh Humaira dan
Nur Qaseh Fathihah... Excited menunggu khabar kelahiran dari mama diorang
![]() |
| Nah ... Nie laa Khalif Ummar Owaiz... montel kan... Bah seterusnya.... layan gambar2 si montel gebu bauk nie.... hihihi.. |
![]() |
| Tahniah Dek... U got it! |
![]() |
| Mommy pun takmo ketinggalan... Geram cangat cangat... isk! Semoga Khalif membesar dengan sihat dan jadi anak yang berguna.... Amin.... |
Wednesday, 10 December 2014
PERSEMADIAN YANG AMAN CIKGU JAMRI GURI
Tiada lagi panggilan 'Budak Kecik Besar' untuk aku... Tiada lagi Panggilan 'Gadis Ayu' untuk kawan aku... Tiada lagi sebutan 'Kirim Surat Melalui Udara' Untuk Kami, Tiada sudah berkata 'saya di atas kasut saya' untuk kami... Tiada sudah istilah 'Jam four laa, dtg jumpa saya' Tiada lagi guru Math BI 'kosong satu three lima lima seven lima six kosong six' utk kami.. erm.. semua sudah tiada kerana pemilik kepada panggilan dan gurauan itu sudah pergi menyahut seruan Ilahi....
Innalillahiwainnalillahiroji'un...
Pada jam 0830 am bertarikh 10 Disember 2014, kami menerima perkhabarannya tentang kepergian abadinya.. Bagai terhenti detak jantung kami di office, sekilas spontan termundur ingatanku kali terakhir kami bersua dan kali terakhir menerima lawatannya di office kami... Teringat lagi aku ketika itu, kami berkongsi minuman (berbagi dua) kerana dia kenyang... Bercerita kisah kami dulu kala, mengimbau kenangan perkenalan kami...
Selama perkenalan kami, memang dia seorang kawan, abang, bapa untuk kami.. Seorang yang baik hati dan tidak suka menceritakan perihal buruk orang lain, suka tersenyum dan suka menasihat... Sedih! Dia pernah nasihatkan aku satu tika dulu... "Peduli la apa orang mahu cakap Lina, teruskan hidup kau. Penat dorang, diam juga tuh...Bukan dorang hantar beras ke rumahmu". Sedih sangat!!
Pernah duduk meratap, menangis di meja saya ketika anak kesayangannya meninggal dunia kerana kemalangan. Dia minta saya simpan gambar anaknya baik2, gambar yang diselitnya di kaca meja saya.. Memang saya simpan sehinggalah arwah bertukar ke PPD. Saya masih terus menyimpannya, hanya sehingga awal tahun lalu, semasa perpindahan pejabat ke bangunan baru.. Gambar itu tercicir dari simpanan kerana kecuaian orang yang mengemas meja saya. Erm... Saya merasa ralat.. Tapi hari terakhir kami berjumpa, saya ada minta maaf dan maklumkan yang gambar itu telah hilang, arwah hanya berkata... "Terima kasih ya Lina lama kau simpan gambar itu....Tidak mengapa laa..." sambil dia tersenyum.
Memang dia hari itu, kurang berbicara dan banyak termenung. Tiada lawak2nya lagi, tiada usikannya yang menghiburkan... Betul2 tiada....
Rupanya itu petanda....
Aman la kau bersemadi di sana
CIKGU JAMRI @ JAMIRI BIN GURI
" ALFATIHAH"
Wednesday, 19 November 2014
ANNUAL DINNER 2014 SK. PEKAN, LAHAD DATU
Annual Dinner kami yang meriah, diadakan pada 19 November 2014 di My Inn Cafe Hotel, Lahad Datu. Memang meriah.. banyak acara dipersembahkan dan kami biasa laa... dengan gaya ala2 anggun kami yang hanya sekali setahun... Merenyam laa sangat...
Disini aku selitkan laa gambar2 untuk santapan korang...
![]() |
| This is me... .... Love it! |
![]() |
| With My Kakak Herminy Shapawie Penolong Kanan Kokum kami yang sporting |
![]() |
| Wif Abby Norenna Jimi Andrew yang Tengah Preggy... |
![]() |
| Bergambar Bersama Kakak Guru Besar kami, Puan Hjh Sakka Labacho n my BFF... |
![]() |
| Bergambar itu Harusssss... |
![]() |
| Dan Bergaya pun itu Harusssss... Hahhaa |
Persembahan Lecobiat...
Seterusnya... Persembahan Nyanyian Dari aku dan tarian2 gelek dari kakak2 aku yang sporting n Cikgu Mokhtar,, Cikgu Ronnie yang sakit pinggang dan Cikgu Latiff.. Memang best laa malam itu... ( hehehe sorry... terpaksa merengkan kepala ) kikiki....
OK laa everyone..
See yaa Next Destination!
Saturday, 15 November 2014
PENCERITAAN YANG SUMBANG
Sekarang nie jam 08.35pm... Tgh duduk termangu sendirian... Bosan laa.. Dgn duduk berkemban, mau mandi mau ndak. Anak2 masing dengan agenda sendiri, encik suami ada makan malam anjuran jabatannya... Macam terngiang2, macam berenang2 kata2... dalam kepala otakku nie... Baa...... sblm aku melangkah kan kaki aku utk ke kamar mandi , terasa la pulak seperti ingin memgutarakan sebuah penceritaan dan perkongsian untuk tatapan semua pembaca...
Mengenai kawan baik, kawan setengah baik, kawan makan kawan dan macam2 lagi laa,,,
Yaa.. erti sebuah perkawanan, persahabatan...
KAWAN yang baik , maka kita pun baik kan...
KAWAN yang baik tapi memesong akal fikiran kita.. Naa ini yang penuh dengan sandiwara..
Suka-suka jak tuh menikam belakang kita... Bicara selembut salju...
FITNAH??? Erm.. entah laa.. kadang2 penceritaan kita disalahtafsir.. kekadang kita yang menyaksikan agenda pendustaan, agenda pemiikan sumbang...erm... Definitely, pasti anda tahu apa kesudahannya....
(mandi dulu kejap)
Friday, 7 November 2014
Aduhai.... ASAP ROKOK!
Alkisahnya...
Punya sedap aku menikmati nasi kuning ayam goreng sarapan pagiku bersama encik suami tadi... Memang enak tapi yang tidak menyenangkan bila asap rokok berkepul2 di sana sini... Ya Alah.. sudah laa aku alah dengan bau asap rokok...
Sana sini orang itu dengan sedapnya meniup menghembus.. Syahdu mahdu rasanya... Erm.... Keluar la mengkali rasa kesejatian lelakinya... Bengang aku jadinya....
PLEASE DEH....
Naa amik ko Iklan rokok di Thailand...
Baru ngam....!
Anda Anak ke 1 2 3 6 dan 7 ? Sila baca..... ^_^
SAYA ANAK KE 2...
SUKA MARAH-MARAH TAPI FUNNY
SUKA NYANYI ATAS MOTOR
SUKA DENGAR LUAHAN HATI SEDIH ORANG TAPI KALAU BAB DIRI, DIPENDAM
TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG KECUALI TERPAKSA
SEKALI DILUKAI SAMPAI MATI INGAT
JENIS TAK DUDUK DIAM
TAK MATERIALISTIK
NAMPAK JAK PENDIAM TP SEBENARNYA HYPERACTIVE
TAKKAN PERNAH LUAH SEMUA RAHSIA DEKAT ORANG
SANGAT NAKAL
SUKA KETAWA TAPI KEKADANG SERIUS
SUKA BULI ORANG SESUKA HATI
CUTE TIME MARAH
SELALU HAPPYKAN ORANG SEKELILING
KUAT CEMBURU
KUAT MERAJUK
KUAT NANGIS
SUSAH ORANG NAK DAPAT DIA
SELALU GEMBIRA WALAUPUN HATI SELALU DILUKAI
SETIA
( Bha... Kamu urang anak ke berapa? )
Subscribe to:
Posts (Atom)

















