Tuesday, 31 December 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Hari ini 31 Disember 2013 adalah hari  terakhir untuk tahun ini. Seperti setiap tahun, semua happy, sedih, teruja untuk menunggu detik ketibaan tahun baru 2014.  Seperti tahun lalu juga, pelbagai azam kita dan impian kita ingin diutarakan didalam doa2 kita.


Aku juga seperti itu... 2012 meninggalkan kesan yang teramat mendalam dalam hidup aku... Kawan dan Lawan... Kutinggalkan ia dan mengecapi semangat lagi di tahun 2013...
Alhamdulillah... kulalui tahun 2013 ini dengan seribu kemanisan... Tetapi, dipengakhiran tahun 2013 ini pula, aku menerima tembakan bertalu2, tuduhan melimpah2 yang langsung membuat aku terkedu... Aku memang jahat mungkin dari pandangan masing2 tapi aku tidak sejahat menghina sesiapa sahaja yang terluka, berduka dan ditimpa musibah mahupun bencana. Aku punya sejarah hitam seperti kalian tapi tidak semestinya sejarah hitam yang kamu hadapi kini, patut untuk aku hina, keji dan sebagainya.

Apa2pun berterima kasih kepada mereka yang membuat aku hanyut seketika dilautan ketidakpercayaan. Aku punya kawan yang ramai dan sedia berkongsi sebarang permasalahan. Semuanya teguh dalam memori ingatan aku dan sekalipun aku tidak merosak sendi kepercayaan orang kepadaku. Siapa yang mengenali aku pasti tahu niat dihatiku. Tapi tidak mengapa, aku terima seadanya. Aku menyimpan segala rasa mereka tapi orang lain menambah garam dan gulanya, tapi aku terima tempiasnya. Allah tahu.... Aku terima seadanya...

Aku terima...

Akhir kata...

Selamat menyambut tahun baharu 2014.

Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan milik kita.

Semoga kita dirahmati Allah swt.

No comments: