Monday, 5 March 2012

Jiwa yang bercelaru

Di saat hati ini memerlukan dirimu untuk membasuh segala lukaku dan menyapu si airmata, saat itu juga kau hilang bersama senyummu dan riangmu.  Hancur berkecainya hati ini, menggusar dan mencuka ibarat layang-layang terbang tanpa tali. Diombaki angin yang menyulitkan lenggokmu.

Jiwa yang bercelaru bersama deru nafas yang menderu. Kau hilang dari pandangan mata untuk ke sekian kalinya.  Aku menyapa lembut senyuman anganmu didalam hatiku yang satu ini. Hati yang sentiasa berdegub kencang bersama doaku yang panjang.

Segala harapanku hancur remuk bersama impianku. Impian yang kita sulam bersama terungkai tidak berkait.  Tuluskanlah dan redhakanlah, khayalan panjang harus berakhir detik ini. Hidup harus diteruskan, dendam harus dihentikan.

Epilog Seorang Aku (Anak)

Tadi petang aku telah meluangkan sedikit masa untuk mendengar kelu kesah seorang rakanku yang telah kehilangan ayahnya beberapa hari yang lalu.  Aku merasa sebaknya dan beratnya hati dia masa itu. Siapa kita di dunia ini yang sanggup menerima sebuah 'kehilangan'. Kehilangan yang berat untuk dihadapi oleh sesiapa sahaja. Apatah lagi orang yang menjadi kesayangan seluruh ahli keluarga. Walaupun perbezaan agama, tapi sebagai seorang muallaf, dia cekal dan tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Sungguh... Dizaman IT yang serba kemodenan ini, masih ada seorang 'anak' yang betul-betul 'anak'.

Tatkala dia rancak bercerita dengan aliran sedikit airmata disudut matanya... Ingatanku tersasar kepada ayahku... Dan dikala aku menaip entry ini, airmataku jatuh setitik demi setitik hanya kerana sebutan nama 'AYAH'. Aku tidak tahu sejauh mana jasanya telah aku balas... Aku tidak tahu sejauhmana kasih sayangku setanding dengan kasih sayangnya dahulu.  Aku tahu banyak pengorbanan Ayah lakukan kepadaku. Aku sayang Ayah dan aku tidak sanggup untuk merasai sebuah 'kehilangan'. Kehilangan seorang Ayah... Aku masih memerlukan ayah, aku masih memerlukan kasih sayang ayah, aku masih memerlukan nasihat ayah. 

Aku bermunajat kepada yang maha esa... Panjangkanlah umurnya dan permudahkan segala urusannya. Aku tidak mahu dan tidak suka ayah bersedih. Aku mahu ayah sentiasa gembira.  Tiada cara apa lagi yang bisa aku lakukan kerana aku tidak termampu membalas segala jasa-jasa ayah dulu, pengorbanan ayah dulu.

Aku teringat dulu... Semasa aku masih kecil, ayah seringkali membawa aku ke Klinik. Setiap kali aku tidak sihat, Ayah tidak akan membiarkan aku terus sugul menahan sakitku. Ayah menjaga aku semasa aku dimasukkan di wad.  Aku ingat lagi... Sampai sekarang aku masih ingat.  Masa aku di sekolah rendah, ayah yang menghantar aku sampai ke sekolah dan ayah akan pastikan aku selamat sampai ke kelas. Sehinggakan, satu saat itu dia menjadi idolaku, ayahku lah yang  paling kacak dan aku bangga bercerita dengan kawan-kawan sekolahku. Aku menjadi terlalu taksub dengan Ayah.



Sekarang ini... Ayah selalu tidak sihat. Ayah selalu mengadu dan aku selalu acuh tak acuh dengan aduannya. Bukan kerana aku bersikap kurang ajar tapi aku tidak sanggup mendengar kelu kesahnya.  Ayah merupakan seorang yang amat degil. Setiap kali Ayah mengadu, aku akan sarankan ayah ke hospital atau klinik. Tapi acapkali itu jugak dia akan menolak. Tidak mahu... Dan kekadang Umi dimarah kerana menelefon kami dan memberitahu kepada kami tentang kondisi Ayah.

Bukan kami benci ayah... Kami sayang Ayah... Janganlah ada sedikit perasaan kurang enak di hati ayah... Lina sayang Ayah... Luv u always.. And i know... You only.. And will only... And Always Only My Hero.... Lina pernah mencalit kisah dan Lina tahu betapa Ayah terpukul tapi percaya lah... Semuanya bukan kemahuan Lina dan Lina tidak pernah membenci Ayah.... Malam ini Lina menangis kerana terlalu sayangkan Ayah dan Malam Ini Lina rasa rindu dengan Ayah... Tidak mustahil satu masa nanti Lina akan pergi meninggalkan semua disini dan Lina akan sentiasa ingat Ayah sampai bila-bila.... Lina menangis untuk Ayah... Lina ketawa untuk Ayah...

Selamilah hati ini

Cinta ini 
Ada batas 
Ada ruang 
Ada senda dan gurauan 
Hanya untuk yg setia...

Dan cintamu
Hanya engkau yang mengerti
Hanya engkau yang memahami
Itu punca perpisahan...


Kau berjanji menjaga hati ini
Kau berjanji memupuk kasih sayang
Dan kita akan kekal bahagia
Aku rindu dengan janji manismu
Aku sayu dengan kalimah palsu
Hingga kini kau cuba untuk menyembunyi diri


Selamilah hati ini
Kasihilah jiwa ini
Didalam bara berduri 
Atau di lautan sangsi

Kuingin aku bahagia
Kuingin aku gembira
Hanya itu yang termampu
Nilaianmu....



( Anis Suraya )

Saturday, 3 March 2012

Berpisah Jua

Tiada Manisan Dalam Madunya
Tiada Hangat Didalam Dakapnya
Biarku Memujuk Biar Kumerayu
Telah Kutahu Kasih Dan Cinta
Telah Sembahkan Semua Kelam
Masih Hambar

Apalah Lagi Yang Engkau Mahukan
Apalah Lagi Daya Kukorbankan
Ada Kehambaran Cuba Kuelakkan
Tiada Senyum Aku Girangkan
Segalanya Hilang Cuba Kutahan
Berpisah Jua...

Kerana Cintaku Dan Kasihku
Airmata ku Jatuh Berlinang
Mengalir Kerana Setia Terhadapmu
Telah Dibuang Ketepi

Kerana Janjimu Dan Sumpahmu
Airmataku Jatuh Berlinang
Mengalir Kerana Itulah  Peganganku
Telah Dilupa Segalanya

Kecewa Terkilan Aku

BERPISAH JUA...
  
( Ziana Zain )

Friday, 2 March 2012

MOHON KASIH

 Ku Bermohon Kasih
Ku Bermohon Sayang
Padamu Wahai Kumbang
Dalam Rindu Kasih
Hamba Tak Berdaya
 Menempuh Jiwa Siksa

Kasihanilah Hamba
Merayu Sehingga Merana
Wajahmu Menawan
Hingga Tertawan
Menjadi Idaman

Hai Muda Bistari
Kumbang Madah Suci
Yang Menawan Hati
Hamba Mohon Kasih
Harapan Nan Bersih
Kupuja Dikau Saja

Kasihanilah Hamba
Merindu Balasan Darimu
Hatiku Tertawan
Tak Dapat Kutahan
Engkaulah Idaman...
(T_T)

Thursday, 1 March 2012

KAU SAKIT AKU LAGI SAKIT

Kau Sakit aku lagi sakit
Kau Pedih aku lagi pedih
Kau Parah aku lagi parah

Monolog diri mencetus jiwaku
Pisah terpaksa tanpa rela
Aku pergi tinggalkan segala
Aku tidak menoktahkan
 Walau seumur hidupku
Kuabadikan namamu sentiasa dihatiku
Tiada bisa menghalangi
Kerana hanya aku yang menanggung

Terima suratan ini
Kau kutinggalkan bukan dengan rela
Tapi kerna paksa
Memaksa diri memadu janji 
Dan aku belajar 
untuk melupakan...

No hurt feeling
On the spot ;
Fadleena M.Noo

Aku Dalam Dilema.

Ndak pandai kering airmataku malam ini. Berita itu betul-betul mengejutkan aku... Berita yang aku tidak mahu diperlaksanakan... Memang aku tidak mampu dan aku berharap agar 'abang' berubah fikiran.

Sebak betul dada aku.. Ndak terkata lagi.. Entah apa ungkapan yang patut aku gunakan agar perasaan aku tika ini lega ibarat burung terkeluar dari sangkar, seperti bunga yang mekar berkembang dengan renjisan air menyuburkan...

Takutku ibarat Kassim Selamat... Bangun pagi da kelam pandangan mata. Banyak yang bermain di fikiran, andainya aku menerima tawaran itu. Banyak hati yang turut merasa sakitnya jika aku menurut kemahuan 'abang'. Aku tidak mampu, aku tidak berdaya... Berilah aku peluang untuk berfikir sedalam-dalamnya.  Aku tahu dimana tanggungjawab aku, aku sedar dimana harusku berdiri tapi... Perasaan ini bukan untuk dipermainkan. Satu-satu wajah silih berganti bermain di ruangan mata. Aduh!

Sakit sungguh jiwaku baaa... Sakit Sangat...Kacau betul fikiranku. Aku ndak mampu membuat keputusan... Aku tidak mampu memberi satu jawapan yang pasti.

Sungguh aku cakap... AKU SEDIH!!!

Ya Allah... Kuatkanlah hatiku...