
Tatkala dia rancak bercerita dengan aliran sedikit airmata disudut matanya... Ingatanku tersasar kepada ayahku... Dan dikala aku menaip entry ini, airmataku jatuh setitik demi setitik hanya kerana sebutan nama 'AYAH'. Aku tidak tahu sejauh mana jasanya telah aku balas... Aku tidak tahu sejauhmana kasih sayangku setanding dengan kasih sayangnya dahulu. Aku tahu banyak pengorbanan Ayah lakukan kepadaku. Aku sayang Ayah dan aku tidak sanggup untuk merasai sebuah 'kehilangan'. Kehilangan seorang Ayah... Aku masih memerlukan ayah, aku masih memerlukan kasih sayang ayah, aku masih memerlukan nasihat ayah.
Aku bermunajat kepada yang maha esa... Panjangkanlah umurnya dan permudahkan segala urusannya. Aku tidak mahu dan tidak suka ayah bersedih. Aku mahu ayah sentiasa gembira. Tiada cara apa lagi yang bisa aku lakukan kerana aku tidak termampu membalas segala jasa-jasa ayah dulu, pengorbanan ayah dulu.
Aku teringat dulu... Semasa aku masih kecil, ayah seringkali membawa aku ke Klinik. Setiap kali aku tidak sihat, Ayah tidak akan membiarkan aku terus sugul menahan sakitku. Ayah menjaga aku semasa aku dimasukkan di wad. Aku ingat lagi... Sampai sekarang aku masih ingat. Masa aku di sekolah rendah, ayah yang menghantar aku sampai ke sekolah dan ayah akan pastikan aku selamat sampai ke kelas. Sehinggakan, satu saat itu dia menjadi idolaku, ayahku lah yang paling kacak dan aku bangga bercerita dengan kawan-kawan sekolahku. Aku menjadi terlalu taksub dengan Ayah.
Sekarang ini... Ayah selalu tidak sihat. Ayah selalu mengadu dan aku selalu acuh tak acuh dengan aduannya. Bukan kerana aku bersikap kurang ajar tapi aku tidak sanggup mendengar kelu kesahnya. Ayah merupakan seorang yang amat degil. Setiap kali Ayah mengadu, aku akan sarankan ayah ke hospital atau klinik. Tapi acapkali itu jugak dia akan menolak. Tidak mahu... Dan kekadang Umi dimarah kerana menelefon kami dan memberitahu kepada kami tentang kondisi Ayah.

No comments:
Post a Comment