Tuesday, 13 March 2012

Terima Ujian Sepenuh Hati

Kita didunia ini tidak akan dapat melarikan diri dari sebarang ujian.  Pelbagai ujian yang harus ditempuh walau pahit sekalipun kena terima. Bak kata Tuan Guru Besar, ujian yang kita terima walaupun kecil mahupun besar, semuanya mungkin pencuci dosa kita.  Jangan bersedih dan menangis. Panjatkan kesyukuran dan berdoalah untuk memudahkan kita menghadapi ujian itu.  Allah ada sebab memberi ujian itu, menandakan Dia ingat kita.  Ada Hikmah disebalik kejadian....

Inginku kongsi sesuatu tapi aku tidak boleh la cerita mengenainya kerana terlalu sensitif.. Ini berkisar dengan entryku  Titik 'Itu' Membayangi
Syukur Alhamdulillah... Dimasa itu aku rasa dugaanMu mulai mendugaku, dugaanMu mulai mengujiku, dugaanMu mulai mengetuk-ngetuk relung hatiku... Tangisan 'itu' telah lama aku tinggalkan kini menjelingku semula dan aku benar-benar terpempan dan seretan bayu lembut menampar halus kemukaku. Aku merasa terlalu sukar dan menempelak diri  kerana kenapa harus ia datang lagi menusuk-nusuk akal fikiran dan tangisku?

Tapi sekali ku hadir kembali menghakimi diri. Syukur ia berlalu dengan pantas dan sempat melafaz salam sayang dan takzim.  Aku melepaskan nafas sendu terharu dan aku sempat mengalirkan airmata kesyukuran... Terasa ingin aku melompat girang... Sesungguhnya aku belum bersedia dan aku tahu Kau memberi peluang kepada aku mengolah kata-kata dan mengarang ayat indah untuk tidak menjatuhkan aku ke lembah serba salah...

Aku menunggu saat itu.. dan aku sedar yang aku harus bersedia dan terus bersedia...

I will... But not now!

No comments: