Friday, 16 March 2012

Mengapa Diciptakan Aku ~

Mungkin ini melanggar Ciptaan Yang Agung. Tapi Persoalan ini berlegar-legar didalam otak buasku. Mengapa aku diciptakan.? Mengapa aku mesti ada didunia ini? Mengapa mesti aku hidup? Mengapa Aku di berikan satu penghidupan untuk menjadi seorang manusia?  Bertubi-tubi menerjah kedalam rongga hatiku yang amat tersorot.. Tetapi akhirnya....aku redha dengan apa yang dimiliki sekarang ini.  Tetapi, mengapa aku diberikan satu kelembutan yang tidak bisa kuguna sedikit untuk menentang perasaan sedihku ataupun perasaan marahku... Kenapa perlu airmata itu ada.?

Sekiranya diberi pilihan. Ketawa dan Airmata... Aku pilih ketawa dan aku tidak mahu airmata. Kerana airmata melemahkan aku. Kerana airmata aku diketawakan. Kerana airmata aku menjadi terlalu kecil dan kerana airmata aku menjadi seorang yang kurang berpendirian.  Tapi aku tahu, setiap ciptaanMu ada ceritanya.

Adanya Airmata, aku mensyukuri nikmatMu Ya Allah, hadiahMu untukku sekolam air jernih di kelopak mataku.  Aku redha ujianMu, dan airmata itu mengalir tanpa segan dan aku merasa nikmat dan puas. Sesungguhnya pilihan "Sejernih Airmata" untuk nama blogku bukan dibuat-buat kerana memang itulah kebenarannya... Airmata itu suci, airmata itu mulia... Terima kasih kepada mereka yang pernah mengalirkan airmataku kerana ia satu petanda baik kerana aku masih memiliki perasaan yang halus dan lembut.

Kacau fikiranku, gundah hatiku. Tidak tahu dimana silap. Aku berserah kepadamu Ya Allah. Apapun yang terjadi aku bukan penganiaya, Aku bukan penjenayah tapi aku penerima. Aku akur dan redha jika ini ketentuan dan Airmata ini mengalir tanpa rasa malu. Tapi 'bibir' pengukur segala, kau bisa menutupi helah hatiku. Kau bisa menjadi penyembuh lukaku. Terima kasih sayang...  

"Bibir tersenyum, hati menangis"
* Credit For Admin  Bibir Tersenyum Hati Menangis @ FB

No comments: