Friday, 20 January 2012

INGATLAH SANG SUAMI...


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di hadapan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai sang suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya dapat memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya dapat membawa PERDAMAIAN.

Tetapi satu perkara mengenai dia yang sering dilupakan oleh SUAMI…

Bahawa “Betapa berharganya dia”

Masih Wujudkah Lelaki Ini?


Kenapa Lelaki Menangis...

Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ataupun sebab lain tapi sebab ALLAH SWT dan perkara-perkara yang boleh dia tangisi ~

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikirannya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.


~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.


~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.


~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.


~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.


~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.


~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Jadi dalam hal ini siapa kata lelaki tak romantik. Cuma Lelaki pandai menyembunyikan perasaan dari diketahui oleh Perempuan.  


( Petikan Dari FB Friends )

Thursday, 19 January 2012

SEBENARNYA SOPAN

Manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Lumrah alam... Tapi kesilapan itu boleh digalaskan dengan sikap. Ada sikap segelinting dari kita bisa menyulitkan hubungan.. Kurang Ajar, tidak menghormati orang, cakap lepas, cakap tak serupa bikin, semua bisa menjadi titik tolak mencerminkan perangai kita.

Kalau mahu orang hormatkan kita. Kita cermin dahulu diri kita dan hormati orang dahulu. Hargai perasaan orang sekiranya kita mahu diri kita dihargai.

Berdasar dari pengalaman. Ada orang yang cukup warak tapi kurang ajar, ada yang gila-gila tapi hormat dengan orang, Ada juga yang seiring tapi ada jugak yang mereng. Huh!!! Susah mahu puaskan hati semua orang.

Berkisarkan dari pengalamanku bertugas selama 15 tahun. Banyak rencah dan ragam ku temui selama tempoh itu.. Dari seorang remaja 18 tahun menjadi seorang ibu beranak 4. Pelbagai  ragam pelbagai gaya. Manis lidah ada... Masin... Pahit... Semua ada.. Huh!!! Ada yang menyenangkan ada jugak yang menyakitkan... Tapi ndakpa... Tugas itu ibadah so kena ikhlas dan bersangka baik. Walaupun... Buat derk jak... Kengkadang setan bertanduk sekali sekala menjadi orang ketiga. Dan aku setakat ini bisa menangkis walaupun kengkadang tersasar.

Wednesday, 18 January 2012

Tension Betul.

Subuh dah bangun, tunai tanggungjawab urus anak-anak. Semua dah cekal dan standby pg sekolah... Icha ikut juga sebab c Auntie belum datang. Babah pigi Tawau ada meeting.

Aliff dah antar... Dayang pun dah dihantar... So turn is Baby (Tania)... Semangatnya cukup berkobar-kobar untuk ke sekolah. Tapi entah apa kejadiannya... Sentimental betul murid-murid dikelasnya hari nie... Bertangisan mahu ikut pulang. Tiba-tiba Baby plak menangis mahu ikut pulang.. Alalalalala Apa sudah jadi. Semangat hari nie terus down... Ralat tul, cikgu dia boleh relax jak.. Disuh lagi bawak pulang... Huh!!! Dengan hati yang cukup berat dan airmata di hati nie mengalir membasahi... Aku bawalah jugak Baby pulang dengan mulutku yang beberapa kali dijahit nie... Isk!

Masya Allah.... Cubaan di awal pagi... 

Seperkara lagi... Huhuhuhu jiwa aku yang berbunga-bunga Ros Mawar Merah hari nie jadi bunga tahi ayam dahhh...   Huh!

Projek Time Cuti...


 Ingin ku kongsi kisah aku lagi bersamamu My Lovely Blog...

Aku ambik cuti seminggu tapi tak ada maknanya... Penat juga ke hulu hilir mengurus anak-anak ke sekolah... Dan harapan hari ini agar aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Abang antar budak-budak p sekolah dan aku dengan niat hati hari ini mau mengemas setor yang sekian lama tergendala. So, dengan hati yang berkelip2 suka dan hati yang berbunga-bunga riang dikuatkan lagi dengan Icha yang tengah lelap tidur ( bangun seawal 530 pg tadi ) So... Dengan penuh pengharapan ku panggil Auntie utk membantu aku menjalankan tugas pembersihan dan menyusunatur buku-buku kesayangan 'Lucky' aku.

Almari nie baru beli sebulan lalu... Sebulan dia kosong tak berpenghuni.. Sebab tuan rumahnya busy sangat... Haaa ni da start isi items.. That's it... Buku kesayangan laki aku...
Jangan coba-coba mo buang... Jangan coba-coba mo simpan dalam kotak.. Dia sayang buku nie lebih dari dia sayang bini dia... Huhuhuhu hihihi


 Haaa nie la di antara buku-buku kesayangan 'lucky' aku.


Superhero... Sebijik macam lucky aku...
 Ini jugak...
Cuba tengok tarikh dia.... Bayangkan penuh almari yaaa...



Check punya check.. Ada pulak terjumpa buku lamaku ini...

Terkenang3 pulak Nostalgia lama... Buku STPM nie...Fuh... Miss them so much...
 Ini lagi di antara buku-buku bacaannya..




Ini pulak untuk anak-anak diaa...




Tuesday, 17 January 2012

Kerana Bosan.. Meh Layan Icha !

Icha masa baru lahir.. Usia baru 2 jam... Berat lahir 4.25kg... Special case ' ceaserean'
Full Name  :  NUR DANIELLA DANIESYA
KOLEKSI GAMBAR ICHA







Titik 'Itu' Membayangi

Hari ini cuti... Berurusan sana-sini... Selesai jugak Alhamdulillah.. Tapi... Seperkara berlaku membuatkan hatiku berdetak kencang dan kecewa yang teramat... Kisah 'Itu'  membayangi dan mencucuk-cucuk hatiku yang berbunga-bunga hari ini. Adui... Aku dikhabarkan dan aku menjadi cukup beremosi. 

Ya Allah... Keputusan 'itu' mengiyakan salahku, mula menampakkan betapa aku begitu takut. Macamana dan bagaimana ingin ku perjelaskan. Sesungguhnya dia menampakkan kematangan. Aku jadi gundah, nestapa... Menjadi buah fikirku untuk menghitung, memilih dan mencongak jawapan apa yang patut ku onarkan... Kelu lidah dan aku cuma menyatakan tiada apa-apa... Tapi sampai bila..?

Ya Allah... Permudahkan aku meneruskan hidup dan memilih jawapan yang pasrah dan curiga...

Maafkan aku mengubah kehidupanmu.. Jiwa tenang menjadi gundah... Emosi berbunga menjadi duri... So Sad!

::: Kata Abang... Tidak mengapa  kalau itu sebenarnya... Tawakal dan redha... Dan wajah abang ku lihat penuh mendalam :::