Thursday, 23 February 2012

Boyfriend Yang Baik..

"Selalu dengar BOYFRIEND yg SEBENAR ialah orang yg akan sanggup melakukan mcm ni, mcm tu. Errgh. Hanya satu je yg patut dilakukan dan akan dilakukan oleh BOYFRIEND yg SEBENAR ialah menikahi perempuan yang dicintainya dan menjadi SUAMINYA. Bukan setakat peluk, cium, pegang tangan, berkasih sayang semua tu. Kerana itu adalah tugas SUAMI, bukan BOYFRIEND" 

( Kata2 dapat dari FB melalui wall Mr. Rockie )

What they say is true... Kalo dapat Boyfriend yang melayan kita seperti rakan dan tidak ada niat terpesong memang best dan anda harus berbangga memiliki seorang Boyfriend yang benar-benar tulus.  

* Terkenang pulak ngan seseorang dulu yang amat tulus dan mulus.. Menghargai hubungan tanpa ada 'sentuhan kecundang'. *

Wednesday, 22 February 2012

Jaga Tepi Kain Sendiri...

Bukan alang-alang aku dengar cerita si sang seorang nie.. Sibuk menyibuk dan sengaja menyibuk. Punya lembut bicara kata, kita hormat la dia nie coz dah veteran kan.. Tapi dia ? Perlahan2 menikam kita dari belakang. Aku pernah ubat hatimu dan aku tidak minta bayaran untuk proses pengubatan itu. Aku ikhlaskan kerana kuanggap kau sebagai seorang kawan dan seorang pendengar tapi dalam diam... Ko korek hatiku, kau hancur lumatkan... Ibarat daging... Whatever la.. Daging lembu ka, daging payau ka, daging b*** ka... ko ambik seketul daging itu dan kau ambik pisau yang tajam.. Kemudian kau hiris daging itu secara perlahan-lahan.. Dan ibaratnya itu la 'hati' aku. Pedih, luluh, hancur, merah dengan darah kering dan kau.. Ketawa la terbahak-bahak dan aku tak kisah... Kerana sudah puas selama ini aku menangis...

Tuesday, 21 February 2012

DIMANA SUAMIKU

I LOVE THIS NOVEL...

SYNOPSIS...

... Sinar matamu ingin kutatap...
         ... Mana dirimu dapat kudakap ...

" Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Pernah ditanya pada diri, harga sebuah kasih-sayang, sebuah kesetiaan. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami.  Lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.
 
Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa kasih pada lelaki yang bukan suami. Menderhakakah dia, jika dalam kesepian menyambut salam seorang kekasih lama, yang baik dan penyayang. Dia sebenarnya penasaran; antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita itu dalam dilema, diburu resah.

Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya, sampai bila segalanya akan ada penyudah... "

... Seronok membaca novel nie... Tahun 2002 aku baca  novel nie.. Betul2 menyentuh jiwa dan memberi seribu kesedaran untuk lebih menghargai perasaan orang yang menghargai kita ...

Monday, 20 February 2012

Kebencianku Untukmu


KAU CUBA MENYUKAI
TAPI AKU BENCI
KAU CUBA MENGENANG
TAPI AKU BENCI
KAU CUBA MENGIMBAS
TAPI AKU BENCI
KAU CUBA MENDEKATI
TAPI AKU BENCI
KAU CUBA BERUSAHA
TAPI AKU BENCI

TIDAK KUSANGKA TIDAK KUDUGA
PERMAINAN DULU MENJADI PINTASAN
PENGALAMAN DULU MENJADI UBATAN
KEJADIAN  DULU MENJADI KEBENCIAN

SEPERTI TIADA APA
ANGKA ITU MENGINGATKANKU
BAHASAMU MENCUAKKANKU
BAGAIMANA KENAPA MENGAPA
HANYUT TEKA TEKI ITU
BERSAMA SELURUH KEBENCIANKU…


ON THE SPOT BY ME  FADLEENA M.NOO
20.02.2012

Sunday, 19 February 2012

Ironiknya Majlis Tingkuang ~ Rodzaidie & Nordiana

Oh My God!! Beberapa hari nie suram betol hari-hari indahku... Bukanpa, line stremix down di rumah.. Huhuhu macam apa rasanya, syahdu mahdu.. Mo share any feeling pown nggak bisa ya... Mo surf Utube ~ Geisha Cinta Dan Benci pown tak dapat... Nie di sekolah baru dapat on9... So difficultiesnya hidupku 3 hari nie...

Sorry la.. Adik-adikku Pewaris Imam Hj Etong, lambat da mo update nie cerita perkahwinan c Rodzaidie & Nordiana nie... Apakan daya... Semalam terima calling from Rodzairul kita berkenaan gambar2 cantik dorang dua nie... Akak share gambar yang ngan akak jak yaaa... Kalo da tiba ditangan halus akak nie.. Hahaha baru kita share lagi gambar cantik durang nie... 

Hahahaa... Biarpun dalam gelap tetap kontrol ayu & macho.. Hehehehe For pengetahuan korang semua... Dah la banjir dan shooting RTM tidak jadi, malam ada gangguan letrik lagi... So, bersanding dalam gelap la.. Hehehehe Siokkan... Nie la specialnya majlis diorang nie... Tempat sanding atas tilam lagi Huhuhuhu.. Aku pesan gak ngan dorang... Jangan buat hal depan orang nie... Hehehehe kata Osbon...  Baju dorang gayakan nie... Wah... Baju suku kaum Idahan... Merah menyala you... I Like!

Aku agak2 jak nie... Dalam gelap nie... So sapa termerah mata, tershoot tak kena, tershoot yang pelik2 sabo je la....



Tengok nie... Makan pun teraba-raba.. Hahaha Apa kan daya...

 Aku wif pengantin perempuan  Hahahaha.. Laki diam2 di belakang...






Nie... Celup punya pemain kulintangan....

Ini Azmi Osman... Kazen aku... Kawan aku ber'gila' masa dulu2... Kami memang jarang jumpa tapi sekali jumpa banyak cerita kami.


Anduk ba.... Candle Light Dinner...
Hai.. Maz Win with her family... Dorang bakal p 
umrah hujung bulan nie...




Nie kak Nursia Usman... Akak kesayangan aku... Orangnya sporting, tidak suka bermulut-mulut dan baik hati. Masa aku muda remaja aku stay dengan dia. Kawan ber'gila' jugak nie.... Hehehehehehe
Nah... Ni gift majlis merenjis dan menepung tawar...


That's all for this... Tunggu gambar yang menarik tertarik de boom dari Rodzairol aka Rockie... Nanti i share wif you all here. K...


 

Friday, 17 February 2012

Utk Siaran RTM - Adat Istiadat Suku Kaum Idahan-Subpan... Check It Out!!

So Tired, Last nite pulang jam 2.00 pagi, melalui jalan raya yang licin, hujan lebat dan gelap ngam lagi keadaan aku yang basah kuyup dek kerana meredah hujan.  Sampai jak dirumah, aku mandi dan terus melabuhkan kepalaku ke bantal dan terus nyenyak tidur tanpa Icha, huhuhu so sad sangat.. Mengalir tanpa diundang airmata ini... Dengan lenganku yang sakit, dengan betisku yang sengal aku gagahi untuk tidur dengan airmata yang masih basah dipipiku.. Wah... Bermadah kata dipagi hari...  I Miss Icha...

Hari nie majlis tingkuang Adik sepupu aku dan tema pada siang hari ialah.. Suku kaum Idahan ( Subpan ) so.. Kitorang men'decorate' la konok pelamin suku kaum kami nie dengan bantuan orang-orang tua kami ( Nenek Satu - panggilan adik nenek kami ) 

Memandangkan Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) akan datang untuk merakam detik-detik bersejarah hari ini.. So kami buatlah yang terbaik... Mencantikkan, menyenikan dan menyerikan lagi pelamin pengantin ni. Maklumlah... Masuk Telebesen... Hehehehe


 Sambil men'decorate' kitorang dihiburkan dengan bunyi-bunyian tengguguk dan gong yang dimainkan oleh Nenek Satu dan Abang Adi Hj. Salim.


 Sambil di interframekan oleh dua orang nie... Hehehehe Wahab Ngeng n Hubby kak Supiah Usman Oghang seghawak nie...
 Siok gila la semalam coz... banyak kuarga yang lama da tak jumpa hadir bersama-sama meriahkan kegembiraan pengantin nie...

Kami terus menggiatkan usaha dan kementalan kami mencantikkan pelamin adat istiadat suku kaum kami nie...Idahan-Subpan. Walaupun dalam surat lahirku berbangsa Melayu Berunai, darah idahan tetap ada walau sedikit hehehe bangsa Umi aku. Aku tetap hormat bangsa keturunan Umi aku.Walaupun... bermacam2 tohmahan yang aku dengar tapi just 'deny' sebab bukan semua suku kaum nie bersikap seperti 'itu'.  Dan mengikut pengalaman aku, Keturunan Hj Imam Etong Okk Usah dan Hjh. Hairan Peliyar tidak pernah membuat sesuatu yang boleh merosakkan nama baik Hj. Imam Etong, Datuk kesayangan kami nie... I Miss Him So Much...

Persediaan Awal menyiapkan pelamin adat istiadat...


 Salah satu perkara paling penting ialah... Tilam dan bantal... Jangan jak direct tus pengantin buat hal depan umum... Hahahahaha





 Umi pun turun padang... Kie... Jangan marah ya... Ter'enterframe' gak... Supaya orang tau ada khidmatmu dictu.... hehehhe




AKHIRNYA...



Oleh kerana da settle... Aku mo meragam macam ikan duyung la... Bukan dugong yaaa... Hehehehe...


Aksi menunggu pengantin lelaki datang.. Huhuhu Where is my prince charming... Miss Cinderella here!!! Hahahaha


Nie antara yang hadir....





Nie orang kuat nie... Hehehe Kak Syamsiah Usman



Umi kol aku jam 7.00 tadi pagi... Banjir teruk di Sapagaya... Macamana acara hari ini...? Alalalalala... Memang gerenti anak ramai nie... Hahahaha... Jangan marah Rambo... Hehehe ;P

Ok la.. That's all for today... Adik-adikku kuargaku Pewaris Hj. Imam Etong enjoy for tour my Blog nie and jumpa lagi kita di 25 Februari 2012 nie... Sepupu sorang lagi akan kawin... Tema ? Hehehe... Siti Nurhaliza ya... Biarlah Rahsia.. Tunang tus kawen... Wah!!! This is the first in our history of CCHII... Yeay....!

Wednesday, 15 February 2012

Sifat Mengikut Bulan Kelahiran ~ Dr. Fazilah Kamsah

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC  ( My Darling )
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

P/s: Sekiranya  setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan.Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka.