Monday, 14 November 2011

Icha's not very well



Baru aku dapat meluangkan sedikit masa mencatat di dairi gelapku ini.. Sekian lama tidak dikunjungi kerana dek kesibukan dengan tugas dan anak-anak...

Masya Allah... Jumaat itu... Bagaikan jantungku diregut, dihiris tatkala menerima khabar dimana Icha diserang sawan kerana demam panas yang mengejut.... Huh!!! ralat rasanya hati ini... Ya Allah bagaikan tidak berpijak dibumi nyata ketika itu dengan kelajuan kereta kupandu cuma 20km/sjm.. dengan kesesakan lalulintas di tengahari sibuk kerana orang ramai berebut2 utk pulang ke rumah dan solat jumaat. Aku memandu dengan dada berdebar dan tujuan aku satu... Untuk sampai dengan segera...

Syukur Alhamdulillah... Icha dapat diredakan,, Ya Allah.. Cukup la ujian kecilmu ini, aku tidak sanggup lagi menghadapinya..

Diketika itu jugak aku mengangkat tangan mensyukuri nikmatmu Ya Allah dengan dugaan yang bukan alang kepalang Kau berikan padaku di tengahari jumaat itu.  Itu mungkin satu amaran untukku untuk membaiki diriku dan kerohanianku untuk lebih banyak bersyukur, bersabar dan mensyukuri pemberianNya...

Mungkin Dia melihat ku lalai dan leka... Kerana Itulah Kau berikanku dugaan yang cukup menyakitkan.. Kesayanganku Kau jadikan taruhan... Bayaran agar aku lebih menghargai, mensyukuri dan menyesali segala nista yang kulakukan.

Mungkin aku bukan sesempurna insan lain yang gah dan layak dilabelkan 'orang baik'.  Aku hanya kerdil disisiMu dan hanya mampu menadah tangan untuk membuat 'Permohonan'.


Dinihari itu... Aku sedar yang aku terlalu jauh meninggalkanMu tetapi Kau tetap tidak melupakanku...







No comments: