Monday, 14 November 2011

Mimpi Indah...

Tersedar ku dari lena
Menyapu usap wajahku
Masih terasa aliran airmata itu
Mengalir sejuk sesejuk kasihMu


Ahhhh...
Mimpi itu???
Aku terkedu...
Adakah???
Ya...
kasihnya dia padaku
Sayangnya dia padaku
Aku rasa begitulah jua...


Barisan putih dikelilingku
Tersenyum sayu memandangku
Aku malu... Malu pada diriku
Malu pada barisan putih itu
Kerana didiriku terpalit setitik warna hitam
Dan aku tahu.. Amat mudah untukku memadamnya
Hanya dengan kalimat berbisa...
Allahu Akbar !!!

Deruman Deretan Kasihku
Fadleena Jasni Noo..
La Heart That Two..

No comments: