Tuesday, 8 November 2011

KESANNYA MASIH TERASA...

Hari ini hari ke-4 pemergian Adib...

Hari ini baru Mom berkesempatan mem'polish'kan perihal Adib...Last Mom menerbitkan catatan... Sangat simple.. Selama 3 hari kami bersama-sama mengharungi hari-hari tanpa Adib bersama Ibu dan Ayah Adib. Sambutan Raya pula kurang terasa poleh kami. Patutlah sebelum tibanya raya, semangat untuk beraya semua hilang dan tiada persiapan seperti tahun-tahun sebelumnya... Rupa-rupanya itu petanda...


Bagai guruh tiba-tiba berdentum tatkala mendengar khabar dari Ibu menyatakan Adib tiada harapan lagi...Dan Bagaikan Haliilintar memanah tatkala mendengar khabar pemergian Adib buat selamanya...

Dalam tempoh tiga jam menunggu dan Adib tiba dari Daerah Tawau ke Lahad Datu untuk dimandikan dan dikafankan seterusnya dikebumikan... Luluhnya hati seolah-olah kaki tidak berpijak dibumi nyata... Memang kita sedia maklum akan perkhabaran ini kerana penyakit Adib yang sememangnya rumit tapi kita tidak sangka ia berlaku secepat ini... Dan menjadi ralat... Adib meninggal bukan  kerana komplikasi jantung berlubangnya...
Tapi kerana perihal lain yang bila difikir-fikirkan sememangnya tidak logik... Dari cerita Ibu yang Mom dengar memang ia amat mendukacitakan dan sememangnya berlaku kecuaian tapi apalah daya,,, Anggap sahaja Ajal dan  Maut Di Tangan Allah....

Kesian Ibu Adib... Tidak percaya Adib boleh pergi seawal itu... Keadaan Adib yang hanya sakit ringan dan menjadi tenat hanya kerana Antibiotik ynag tidak sama seperti biasa dimasukkan... Dan ia menjadi punca Adib menjadi panas dan sesak nafas.. Sentiasa berkeringat dan kekurangan Oksigen...

Ahh... Biar la soal Adib.. Yang penting Adib sudah selamat dan tidak perlu disuntik-suntik lagi... Mom sudah tidak mampu untuk menghuraikan...

Disini Mom siarkan gambar-gambar selama tempoh 3 hari... Saat kesedihan dan kegembiraan berkumpul bersama sepupu-sepupu ... Ini lah cara untuk melalaikan kakak-kakak dan abang-abang Adib agar dapat mengurangkan perasaan kehilangan  Adib buat sekertika.... Semua merasai kehilangan Adib...


Kak Tania & Kak Ain... Kak Ain selalu tanya Adib mana...
Mummy cakap.. Adib di Syurga...

Dari Kiri, Nur Lailatul Qaisyah, Mohd. Nor Fikri, Mohd. Aliff Danial, Mohd. Afif Afnan, Nur Afeeqah Natasha, Nur Ainatul Aleesya, Nur Tania Arisya, Nur Qaseh  Humairah dan Nur Daniella Danisya


Nur Qaseh Fatehah... Ini penawar hati semua kerana umurnya sama dengan Adib.. Pengubat Kerinduan kami pada Mohd. Adib Afzan.

SEMUA MERASAI KEHILANGANNYA

No comments: