Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia
Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama
Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerna paras rupa
Sedarilah kasih
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu
Demi kasih sayang
Yang aku pertahankan
sanggup ku meniti
Malam tanpa mimpi
Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya ...
Me : Biarpun impian itu telah musnah dan ranap. Tetapi, di sudut hati masih mengharapkan satu tangan menggapaiku, satu sinar menerangiku. Walaupun ianya tidak mungkin berlaku, tetapi aku redha ia hanya sebuah mimpi dan bersedia membiarkan ia menjadi mimpi walaupun sekadar indah di dalam tidur. Biarpun acapkali mata terbuka dan mimpi itu hilang... Kuharap ia hadir kembali menguntumkan senyumku yang telah lama hilang bersama seri wajahmu.
No comments:
Post a Comment