Sunday, 15 April 2012

~ TANPA DENDAM DI HATI ~


TANPA DENDAM DIHATI

Lautan yang berapi
Daratan yang berduri
Bagiku bukan musibah
Malahan hikmah berharga

Katalah apa saja
Yang jelik penuh dusta
Kau bebas warnai diriku
Diminda yang kelabu
Siapa diri ini
Tuhan yang memahami
Amarah dan kecewa
Hanyalah bara membakar jiwa

Sungguhpun ku terkilan
Terguris perasaan
Kupilih berdiam diri
Tanpa dendam dihati

Me  :   Ku pilih berdiam diri kerana aku tahu tiada guna aku menyelongkar kembali kisah itu.  Biarkan ia berlalu kerana amarah dan kecewa yang kupendam sekian lama tidak akan berbalas jua. Semuanya berakhir dalam paksa dan redha.  Segala-gala yang berlaku biarlah berlalu, tidak perlu dikenang lagi kerana apa pun yang bakal berlaku, apa pun jawabannya ... Akhirnya tetap sama... Kau tetap kuhilangkan dari minda ku kerana aku tahu... Hak kembali kepada yang hak... Dan untuk 'mereka'... Terima kasih kerana menjadikan aku dan dia 'hilang'  dan hanya merenung khabar dari kejauhan...  ^_^V... Peace no war!

No comments: