Sunday, 1 April 2012

Kepahitan Itu Aku...


#  Kau Melihat Diriku seperti sesuatu yang mencabar dirimu akal dan mindamu Kau mendustaiku kau bilang mereka tak tahu siapa diriku sedangkan kau juga begitu Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong Setiap tutur diperhatikan kau cari cara putar belitkan menjadikan diriku rasa kosong kosong Kini aku bangkit membuktikan yang diriku tak sakit dengan segala perit yang kau berikan Kini aku pantas berjalan bergerak ke hadapan dan akan kubuktikan siapa diriku yang sebenar... #

When i hear this song... Terembes segala ingatanku dulu kala yang telah lama kulupakan... Aku nampak 'dia' menjengukku.. Betapa aku teringat kisah itu dan lagu ini telah menimbulkan satu perasaan kurang enak berbaur duka ditambahi dengan sakit hati yang amat mendalam.  

Huh! Kalau boleh dibilang dengan jari akan kesakitan ini... Kalau boleh diukur dengan liter akan kepedihan ini... Kalau boleh ditimbang dengan Kilogram akan kesiksaanku... Kalau boleh disukat dengan Miligram akan kesedihan aku ini... Oh tidak bisa! Kerana ia lebih parah dari segala-galanya. 

Aku tidak sangka sesingkat pemikiran 'kamu' terhadap situasi aku. Kamu memperdayakan fikiran aku dan kepercayaan aku. Kamu sahabat yang betul-betul menyesakkan. Kamu tidak hargai aku dan 'dia' kamu jauhkan dari aku. Kamu tidak tahu ka, 'itu' memang amat menyiksakan?

Perpisahan yang telah lama terlerai dan pertemuan menjawab persoalan betapa aku terkedu... Ini jadinya dirimu kerana dalang di antara kepercayaanmu dan kepercayaanku.  Mereka tidak hargai kita, mereka tidak kasihani kita. Mencemuhmu demi aku... Mengherdikmu demi aku.. mencacimu demi aku... Aku tahu kau adalah mangsa dan aku tidak sama sekali membencimu kerana sesungguhnya baru ku mengetahui yang kau bukan begitu...

Mereka.... menjemputmu untuk menghalauku dari sangkar hatimu. Mereka berkebaikan denganmu untuk menyahkan kau dari lubuk hatiku. Aku silap dan terus percaya.... Aku silap... :,(

Tiada sokongan padu... Yang pergi tetap pergi dan kau terpaksa memegang pacuan semangatmu untuk bangkit secara bersendirian. Dimana mereka semua? Mereka menjauh... dan terus menjauh... Dan aku??? Dimana aku??? Aku pun turut melupakanmu. Ahhh....

Mereka tidak tahu...Kau la 'penyelamatku'... Kau menjagaku dan memastikan aku gah hingga ke akhirnya... Tapi aku lupakan kau dan akhirnya terlerai semua pengorbananmu 'menjaga' aku. Aku melupakan dan kau dilupakan...

Kau musnahkan hidupmu demi aku, kerana aku, semua aku... Aku serba salah disamping airmata penyesalan yang cukup menyesakku...

Jutaan Saat kau mencari aku... Jutaan masa dan jutaan penantianmu untuk mencariku... Aku redha sesungguhnya batasan waktu itu masih merantaiku sepertimana kita dulu...

Ahh... Sampai bilakah?

Terima kasih kerana menjadikan aku 'teragung' di hatimu... Kepada 'Mereka'... Terima kasih kerana menjadikan kita begini, menjadikan kita mangsa dan ibarat wayang 'antara dua darjat'... Kita dipisahkan tanpa redha...Dan ditemukan untuk berpisah....

No comments: