Monday, 23 April 2012

Terima Kasih Matahariku kerana menyinari suramku



Hari ini aku tidak bekerja kerana masalah kesihatanku. Boring sangat aku teringat blog adik sepupu aku, Princess Diaries... Aku buka satu persatu, helai demi helai.. dan aku terkejut... 

Sorry laa adikku... Baru akak perasan Cerpen Nukilanku :  Cintaku Bertugu ada dimuatkan didalam blogmu... (Komen dan rumusan hasil pembacaannya ) ...


wow... aku baru habis membaca cerpen pendek nukilan my luvly sister di laman bloknya airmatatulus.blogspot.com Sejernih airmata... memang menyentuh rasa cerpen 'Cintaku Bertugu'... berdebar juga aku membacanya sehingga mata ku turut menumpang rasa pada degup jantung ku... biarpun pendek tapi padat dengan kasih sayang...walau sebenarnya aku belum dapat kepuasan untuk membaca cerpen ini namun aku dapat rasa 'cinta, kasihsayang, tulus, marah dan segalanya kerana cerpennya terlalu pendek... belum pun sempat airmata ku jatuh cerpen yang ku baca sudah sampai ke penghujungnya....
waaa.... tahniah my sist... aku suka cerpen akan... teruskan perjuangan dan usaha sist... teruskan warisan seni absrak puitis family Abol Hassan
Luv you... my sister aku sentiasa bersama azam mu...



Sori la... kerana tidak dapat kepuasan bila membaca cerpen akak nie.. Bukan apa, akak sendiri tidak mampu meneruskan tulisan nie.. kerana tidak mahu pengakhirannya berakhir dengan cara yang lebih tragis.. Takut dan tidak sampai hati melihat keadaan Emira yang sentiasa bersedih dan keliru, Borhan yang setia dan penyayang Dan Azlan, seorang yang setia dengan orang tua.

Sebenarnya... kisah ini memang meruntun jiwaku dan sedikit sebanyak menggaris sesuatu tanda yang terbenam dilubuk hati aku dan terus-terang dinyatakan, sedikit sebanyak kisah ini menggambil setitik kisahku. Tetapi di cerpen ini... Emira Dan Borhan akhirnya berkahwin tapi aku... Kami dengan haluan masing2.. Kuatnya cinta kami di saat itu, tapi pelbagai tentangan yang maha hebat tercetus di sekeliling kami, kawan makan kawan, dan bermacam rencah lagi.  Terpaksa kami akhiri cinta kami tanpa redha dan rela... Sedih bila mengimbas dan mengimbau kisah lalu... Airmata pun sudah kering untuk menangisinya...Tapi ini sahaja cara yang bisa melunaskan rasa bersalah, rasa ralat dan rasa membuku. Walaupun demikian aku mensyukuri di atas perkenalan kami kerana segalanya di atas keikhlasan, kebenaran dan maruah cuma TIADA JODOH ANTARA KITA... kisahku ini lagi maha dasyhat sebenarnya berbanding "Cintaku Bertugu" ini. :,(  Walaupun begitu...Aku juga mensyukuri, aku digantikan dengan jodoh yang sama seperti dia, sebaik dia, semulia hati dia.. 


Thanx adikku... Itumatahariku.Blogspot.com... Semoga Warisan Tulisan Dan Kebernasan Idea Abol Hassan Abang Taha sentiasa membara2 dan menyala2. Kebijaksanaan dan kepetahan berbicara Afsah Baran menggegarkan kalenjar puitis di dalam segenap tubuh cucu dan cicit...

No comments: