Sunday, 1 April 2012

Cuba Untuk Mati...

Pernah satu tika aku cuba untuk mati. Pernah satu tika aku cuba untuk pergi. Pernah satu tika aku cuba untuk melupakan. Aku betul-betul pernah cuba memutuskan denyut rancak di nadiku. Aku jadi obses dengan diri aku. Dalam kotak fikiranku cuma satu.... Aku Mahu Mati!

Kadang terasa dunia tidak adil dan terasa hidup tidak adil... Tapi aku sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya walaupun cara dilalui dan kesannya amat berbeda dan tidak direstui.

Tangisan demi tangisan melalui hari-hari suramku.  Jeritan demi jeritan dalam hati mengganggu tidurku. Sungguh payah rasanya tika itu sehinggakan aku merasakan diri aku orang yang paling malang...

Aku duduk terkedu membungkus diri dipelukan rasa....

Me :  Rintihan rasa seorang teman...

No comments: