Sunday, 25 March 2012

~ RAHSIAMU LAUT ~


Credit Gambar For  Mr Ronnie Sahni....








Lautan dalam usah diduga. 




Kata2 itu menakutkan dan penuh dengan  makna...Aku melihat suasana laut yang indah apalagi ketika tiupan bayu  menggegarkan sendi2 asam uratku. Menyerotkan bibir ku sedikit kerana menahan pelukanmu sang angin. 

Alkisahnya sebuah laut... Tarikan dalamannya memang penuh  dengan rahsianya... Memang indah dan menarik.Dia menyimpan seribu rahsia yang sukar diungkapkan. Indahnya laut mendamaikan hati, mententeramkan jiwa...

Terima kasih kepada seorang sahabat. Membawaku berenang ke dalam luasnya lautan. Bersama-sama aku mengutip mutiara putih bertaburan di lantai lautan, bersama-sama aku menyusun rumpai laut kau jadikan kalung hiasan leherku.. Bersama-sama mengutip kekerangan di gigi pasir untuk dijadikan kasut pelindung kakiku...
Terima kasih sekali lagi sahabatku... Terasa diriku seperti kisah Little Mermaid, terasa diriku seperti kisah Duyung. Baru ku tahu istimewanya laut melalui matamu...

Sesungguhnya...

Kaulah Sahabat Terbaikku.....

Me :  Mata ngantuk sangat.. Idea pun kucar kacir... Huh!

Friday, 23 March 2012

~ KINI ~

Sepi mengisi ruang hatiku
Menghakis saat indah bersamamu
Antara kita tak pernah sengketa
Tapi mengapa kasihmu pudar

Sepi yang melanda kini
Tak daya aku lalui hidup ini

Cuba lah engkau selami jiwaku
Cubalah engkah hargai cintaku
Jangan biarkan sepi jadi api
Sanggupkah engkau sisihkan diriku

Kuharap engkau mengerti
Setulus cinta yang telah kuberi
Supaya mekar kembali
Rimbunan kasih yang pernah bersemi

Oooo
Hari kehari
Kurasa  bagai mimpi 
Seolah kau disisi

Oooo
Mengapa sanggup
Melihatku terusan
Tersiksa begini

Cukuplah segala sengsara yang kutanggung kini...



Me  :   Berusaha melarikan diri tapi makin aku menjauhkan diri, semakin ia mendekati. Semakin aku ingin melupakan, semakin rancak ia menggegarkan hatiku... Semakin aku cuba membuangnya jauh ke dalam lautan dalam, semakin ada pemukat menggapai tangannya, menarik dia untuk terus menjengahku... Argghhhh !

Aku yang diajar tentang ketabahan...

Biar pun engkau jauh 
Kasihku tetap teguh
Walaupun telah hilang 
Engkau masih dalam ingatan

Malamku yang panjang
Hatiku yang suram
Terkelip kelip memikir kesudahan

Kita berpisah tanpa direncana
Bukanlah kehendak kita
Semua suratan takdir 
Yang penuh dengan kesedihan

Aku yang diajar tentang ketabahan
Serta kesabaran di dalam mencarimu....

Disini aku menyendiri
Susuri badai penuh pilu 
Dan ada juga ketika ku kebingungan

Terkapar-kapar mencari pegangan
Didalam arus kehidupan
Kuyakin akan bertemu jalan penyudah
Tuhan yang lebih mengerti...


Me  :  Well... This song sangat2 menimbulkan kisah,,,  Merencanakan segalanya tidak menjanjikan apa-apa... So pity, when somebody still loving us and trying to make the dreams come true... But It's over Dear...

Saturday, 17 March 2012

~ TABAH ~

Pertemuan Ini Pertemuan Terakhir
Dari Dua Insan Yang Sedang Berkasih
Kerna Esok Hari 
Kita Tidak Lagi Digelarkan
Pasangan Yang Bercinta

Sudahku Menduga Kau Akan Berubah
Cuma Tunggu Masa Untuk Kau Meluah
Tapi Hari Ini Terbukti Semuanya
Kau Pintaku Melupakan Dirimu...
 Tak Apalah Ku Tak Kisah
Memang Itu Keputusanmu
Memang Itu Nasib Aku
Sering Terluka Dan Jiwa Tersiksa

Biar Hitam Sejarah Hidupku
Namun Aku Tetap Tabahkan Hati
Kesal Memang Kesal
Hatipun Tercalar
Siapalah Yang  Inginkan Perpisahan

Andai Suatu Hari...
Ada Orang Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
Jawablah Bahawa Jodoh Kita Tiada
Dan Kita Tak Pernah Sengketa

Moga Engkau Berbahagia
Disampingnya Yang Kau Puja
Cuma Satu Yang Aku Pinta
Undanglah Aku Dihari Bahagiamu...

Siapa yang dapat menjawab !

Assalam...

Aku just mahu minta tolg uolls... Aku pernah terdengar lagu nie berkumandang di radio masa aku concentrated buat kerja di Office... Entah... Rancak Berdetak jantung and debaran hati when i hear lagu nie... Hehehe ndak la, aku just suka lagu nie and... Hopefully... Korang tau sapa penyanyinya and apa tajuk dia... Dah puas tengok di Utube tak jumpa2... Suaranya macam Saleem (Iklim) tapi dah taip sana-sini tak jumpa juga apa tajuk lagu nie.  Aku sempat rekod di handfon and here diselitkan liriknya k... Sapa dapat jawab... berterima kasih sangat2... Tiada la hadiah hehehe... tapi just thanx so much..!
 ...
BUKAN KEHENDAK KITA BERDUA
KITA SENGAJA DIPISAHKAN
DENGAN ALASAN
ENGKAU DAN AKU TIDAK SEPADAN

APAKAH KITA YANG BERDOSA
TIDAK MENGIKUT KATA
APAKAH KITA YANG BERDOSA
DI TEMUKAN BERDUA
SALING MENYINTA
JUJUR DAN RELA
BIARLAH TUHAN MENENTUKANNYA
...

Harap-harap sesapa kaki karaoke... or memang penyanyi... Harap dapat membantu... Dan sesapa jak kebetulan tau lagu nie, mana la taw tekenen2 lagu kenangan korang putus cinta dulu2 kan... Hahahaa... Please tell me... K

# Me  :  Tak ada kene mengene lagu nie ngan aku... suka suka jer...
just mo share jak in my blog... Thanx For everything....

Friday, 16 March 2012

Mengapa Diciptakan Aku ~

Mungkin ini melanggar Ciptaan Yang Agung. Tapi Persoalan ini berlegar-legar didalam otak buasku. Mengapa aku diciptakan.? Mengapa aku mesti ada didunia ini? Mengapa mesti aku hidup? Mengapa Aku di berikan satu penghidupan untuk menjadi seorang manusia?  Bertubi-tubi menerjah kedalam rongga hatiku yang amat tersorot.. Tetapi akhirnya....aku redha dengan apa yang dimiliki sekarang ini.  Tetapi, mengapa aku diberikan satu kelembutan yang tidak bisa kuguna sedikit untuk menentang perasaan sedihku ataupun perasaan marahku... Kenapa perlu airmata itu ada.?

Sekiranya diberi pilihan. Ketawa dan Airmata... Aku pilih ketawa dan aku tidak mahu airmata. Kerana airmata melemahkan aku. Kerana airmata aku diketawakan. Kerana airmata aku menjadi terlalu kecil dan kerana airmata aku menjadi seorang yang kurang berpendirian.  Tapi aku tahu, setiap ciptaanMu ada ceritanya.

Adanya Airmata, aku mensyukuri nikmatMu Ya Allah, hadiahMu untukku sekolam air jernih di kelopak mataku.  Aku redha ujianMu, dan airmata itu mengalir tanpa segan dan aku merasa nikmat dan puas. Sesungguhnya pilihan "Sejernih Airmata" untuk nama blogku bukan dibuat-buat kerana memang itulah kebenarannya... Airmata itu suci, airmata itu mulia... Terima kasih kepada mereka yang pernah mengalirkan airmataku kerana ia satu petanda baik kerana aku masih memiliki perasaan yang halus dan lembut.

Kacau fikiranku, gundah hatiku. Tidak tahu dimana silap. Aku berserah kepadamu Ya Allah. Apapun yang terjadi aku bukan penganiaya, Aku bukan penjenayah tapi aku penerima. Aku akur dan redha jika ini ketentuan dan Airmata ini mengalir tanpa rasa malu. Tapi 'bibir' pengukur segala, kau bisa menutupi helah hatiku. Kau bisa menjadi penyembuh lukaku. Terima kasih sayang...  

"Bibir tersenyum, hati menangis"
* Credit For Admin  Bibir Tersenyum Hati Menangis @ FB