Kisah satu keabadian yang tak terungkap, satu kisah yang nan abadi tapi hanya jadi mainan memori didalam ingatan dan lubuk yang paling dalam. Tidak menjadi kebencian tapi hanya sebagai satu ingatan dan kenangan paling termanis walaupun pengakhirannya sebuah kedukaan yang menyentap jiwa... Hahahaha So seriously la pulak petang-petang nie... Bercanda dahulu aku di atas kepingan dinding tegak menjunub ke mataku.
Amboi...
Alkisahnya sebuah kisah lama, tiada koma dan tiada tanda-tanya. Hanya noktah bersilih ganti menanda dan menitik diminda yang berligat memikir. Jiwa itu terlalu mendalam untuk dimengerti dan tidak bisa dikongsi kerana hanya kata-kata memilukan.
Sebuah hubungan yang terjadi, sedikit kalut kerana pertama menikmatinya. Tiada ibarat kata hanya kerana sesingkatnya membelek novel terkarang dan kisah penutupnya terluah kerana hanya ketidakpuasan hatiku menikmati cinta yang bukan sejati. Cinta yang bukan kepura-puraan, cinta itu ikhlas tetapi menyayat hati sehingga lahirnya sebuah kebencian. Sentuhan demi sentuhan, menghalangi nikmatnya merasai cinta terindah. Perbalahan menjemputku kerana hanya sentuhan itu, sentuhan jelas meranapkan rasa sayang dan kasih.
Ia menjadi sebuah kisah yang mati, novel cinta yang dibakar menjadi abu kebencian., kain kebahagiaan yang telah dilipat rapi dan diabadikan di muzium keindahan di hatiku, ibarat sampan tanpa pendayung, kualirkan ke tengah lautan tidak bertepi agar ia bisa terus memunggah angin tanpa perhentian.
Sebuah nikmat menjalani ranap bersama hatiku yang mula mereput dari awalnya. Tulang belulangku terasa merekah sedikit demi sedikit. Sesekali kudengar namamu, sekalian juga didihan takat lebur dalam hatiku menggegar memuntahkan larva-larva sumpahan mahsuriku.
Sumpahan itu telah menjalar diseluruh pelusuk sanubariku. Melahirkan perasaan yang sedikit gugat dan jenuh.
Sesungguhnya... Aku tidak membencimu seumur hidupku kerana aku tahu kau sayang aku. Dan perasaan itu benar-benar melembutkan hatiku yang walang dan gusar.
2 comments:
wow... abstrak sangat sist...
Hahaha... Spontan dan jujur dari hati...
Post a Comment