Mungkin ramai di antara kita mengetahui bahawa kuku pada jari boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kelainan atau perubahan dalam warna dan tekstur kuku mungkin menjadi tanda penyakit dari anemia hingga penyakit jantung. Ini adalah salah satu cara doktor memeriksa kondisi tahap kesihatan pesakitnya...
- Kuku berwarna merah jambu - satu petanda kuku sihat,
- Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat - tanda kekurangan zat besi, dan berkemungkinan mempunyai penyakit kronik,
- Kuku berwarna kebiru-biruan - hemoglobin yang membawa oksigen didalam darah mengalami kekurangan oksigen,
- Kuku yang berwarna kuning - Reaklsi terhadap bahan kimia atau asap rokok. Ada gejala batuk dan sinus. Ia jugak menunjukkan penyakit paru-paru.